Mengapa Rahimah Pkr Mrs 30 Peratus Serang Shafie Warisan Ini Jawapannya




Mengapa tiba-tiba Rahimah Majid Pegawai Khas Menteri KPKT menyerang Shafie dan Warisan? Rahimah menjadi popular sekelip mata kerana isu Amarjit Singh Pengarah JANS. Apakah ia dendam Rahimah PKR terhadap Warisan?
Kenyataan Rahimah Majid Ketua Wanita PKR baru-baru ini mengenai keingkaran kerajaan negeri terhadap keputusan mahkamah berhubung pelantikan Amarjit Singh yang diisytiharkan sebagai tidak sah sebagai menjejaskan kredibiliti kerajaan negeri mengundang kemarahan pemimpin Pakatan Harapan Sabah.
[ARTIKEL BERKAITAN- Isu Pengarah Jabatan Air, Shafie tidak bijak beri isyarat salah kata Ketua Wanita PKR Sabah ]

Menurut Rahimah, ketua menteri dan kerajaan negeri menghantar isyarat yang salah kepada dunia dan pelabur berpotenasi bahawa ia tidak akan menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.
“Mereka jelas gagal menghormati undang-undang dan memberikan contoh tidak baik. Mahkamah telah membuat keputusan dan harus diikuti walaupun anda tidak setuju. Bukan sahaja surat undang-undang perlu dihormati tetapi juga semangat undang-undang.
Mengapa Rahimah ‘balun’ Shafie dan Kerajaan Warisan?
Strategi Rahimah bijak mencari ruang publisiti dalam keadaan beliau bukan seorang Ketua Cabang PKR yang popular berketuakan Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kontroversi menentang kuat Anwar Ibrahim bakal PM ke 8.
Serangan Rahimah sebagai seorang peguam terhadap Shafie Apdal dan Warisan telah mempopularkannya dengan cepat. Tidak ramai kenal siapa Rahimah. Kini Rahimah dikenali.
Masih ingat dengan pendedahan Sabahkini2 pada 3 Februari 2019 terhadap usaha Kerajaan Negeri untuk melawan Kerajaan Persekutuan mengenai penurunan kuasa projek atau kontrak? Kerajaan Negeri mahu kuasa diberikan oleh kerajaan Persekutuan mengendalikan kontrak tetapi Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan (MOF) menggunakan Pekeliling MOF 29 Jun 2018 untuk menyekat kuasa negeri Sabah dan Sarawak yang sebelum ini diberi oleh Kerajaan Barisan Nasional.


Menteri PH menggunakan kuasa memilih 
Oleh itu semua projek perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan kerja ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan pusat dengan hanya menggunakan kuasa pertimbangan menteri sama ada mahu menyerahkan kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah atau Sarawak. Ia hanya pilihan.
Percubaan itu juga pernah itu dilakukan oleh Dr Mazlee Malik menggunakan kuasanya mengarahkan pembatalan perwakilan kuasa pengawal KPM kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dan Sarawak bagi projek perolehan Bekalan dan Perkhidmatan melalui surat KPM 14 Novermber 2018. Namun gagal apabila ditentang kuat oleh Kerajaan Negeri.
[ARTIKEL BERKAITAN- baca Menteri Pendidikan mahu ‘bolot’ projek tender KPM arah batal kuasa perolehan Sabah ]
Namun percubaan awal dilakukan oleh Zuraida Kamarudin Menteri KPKT sekitar Oktober 2018 mengejutkan Kerajaan Warisan dari tidur. Disaat semua pihak sedang rakus memburu projek Zuraida dan pegawainya beraksi hebat.
YB Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggunakan kuasa menterinya melalui Pekeliling MOF 29 Jun 2018 itu dengan menyalurkan terus peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan  (PBT) di Sabah tanpa perlu lagi melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Rahimah Majid (Kudat), Roland Chia (Sepanggar) dan Kong Hong Ming (Tawau) Proksi Projek KPKT

Zuraida memilih 3 nama Ketua Cabang yang pro dengannya monopoli semua projek PBT di Negeri Sabah iaitu Rahimah Majid, Roland Chia (Sepanggar) dan Kong Hong Ming (Tawau). Tiga nama ini jika membawa senarai projek PBT sebagai  ‘Confirm’ lulus. 
Bagaimanapun Zuraida melantik Rahimah Majid sebagai Pegawai Khas Menteri KPKT secara pro bono. Berkhidmat secara percuma, tiada dalam senarai perjawatan kementerian tetapi memegang kad perniagaan sebagai ‘Pegawai Khas Menteri KPKT’.
Sebagai timbal balik pendapatannya adalah melalui projek-projek PBT yang disalurkan kepada Majlis-majlis Daerah di Sabah. Oleh itu Rahimah Majid paling berkuasa sekarang untuk projek-projek PBT.
Sebut saja dikalangan kontraktor PBT di Sabah nama Rahimah terkenal sebagai ‘Mrs 30%’. Surat yang sepatutnya dihantar kepada Menteri KPKT atau apa yang bakal diluluskan KPKT perlu melalui pengesahan Rahimah atau ‘Mrs 30%.
 
Tugas Zuraida di Sabah ialah mengekang sikap monopoli pemimpin Warisan yang ‘lapar’ di PBT negeri atau Kementerian kerajaan Tempatan di Sabah yang di kuasai oleh Datuk Jaujan Sambakong. Rahimah Majid menjadi pagar depan kepada usaha ini.
Perolehan ditentukan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan Pusat dan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah/Perbandaran) bukan lagi Datuk Jaujan Sambakong Menteri Kerajaan dan Perumahan Sabah sebagai penentu tetapi Zuraida kerana boleh memberi terus projek kepada pemimpin PKR di Sabah yang beliau mahukan.
Jaujan Sambakong Menteri Sabah Vs Zuraida Menteri Putrajaya!
Kerana tindakan Zuraida dan Rahimah itu semua pihak tahu Datuk Jaujan Sambakong telah mengutus surat kepada YB Zuraida Kamaruddin bertarikh 31 Oktober 2018 memaklumkan peruntukan khas PBT 2018 Projek BP1 tidak boleh disalur terus kepada PBT. Mesti melalui kementeriannya.

Di mana Zuraida di Sabah di situ ada Rahimah dan Roland Chia. Proksi projek kena selalu ada
Jaujan menyerang Zuraida menggunakan pekeliling kerajaan. Katanya perkara tersebut tidak selaras dengan Pekeliling Kerajaan Tempatan dan Perumahan Bil.1 2002 dan Bil.2 2002 bahawa tatacara permohonan peruntukan Jabatan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Landskap negara termasuk pengendalian sebut harga/tender dilakukan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah.


Antra salinan surat yang tular
PBT juga katanya tertakluk Local Government Ordinance (LGO) 1961, Financial Intruction of Local Authority (FILAS).
Kerana semua PBT secara langsung menerima peruntukan dan projek dari Zuraida Menteri KPKT membelakangi Datuk Jaujan maka pada 7 Januari 2019 Datuk Seri Panglima Hashim Paijan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah mengutus surat kepada semua PBT Negeri mengenai ketetapan Mesyuarat Jemaaah Menteri Sabah pada 5 Disember 2018 bahawa semua pengurusan projek-projek biayaan persekutuan di Sabah perlu mendapat persetujuan Kerajaan Negeri.

PBT dihalang menerima peruntukan atau melaksana projek secara terus. PBT mesti akur kepada arahan kerajaan negeri.
Beberapa bulan selepas peperangan Zuraida dan Jaujan akhirnya pada 15 April 2019 Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, Setiausaha Kerajaan Negeri menghantar surat kepada semua Pejabat Daerah meneruskan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah diteruskan dengan syarat diberi mandat oleh pihak berkuasa negeri dan persekutuan.

Bermakna KPKT perlu akur kepada persetujuan dan pekeliling asal untuk persetujuan bersama.
Situasi ini mengundang kemarahan Zuraida dan pegawai khasnya Rahimah Majid. Jaujan dan kerajaan Warisan menyekat usaha Zuraida untuk mengukuhkan kuasa dana proksi PKR di Sabah.
Namun Pekelliling itu tidak menghalang Zuraida dan Rahimah untuk kekal memonopoli projek PBT. Kini Zuraida memusatkan semua peruntukan PBT di Sabah yang dipohon mestilah melalui Rahimah Majid. Rahimah menentukan projek pembangunan yang boleh diluluskan oleh Menteri KPKT atau tidak. Peruntukan PBT yang tidak sebulu akan ditahan atau mungkin sengaja dilewatkan. Akhirnya semua pegawai PBT dan pelobi projek terpaksa menyembah Zuraida dan Rahimah. 
Inilah semua harga kesetiaan Rahimah kepada Zuraida yang tiada tolok bandingnya. Serangan MPN Pusat PKR pun dia pertahan Zuraida inikan peringkat negeri. Aduan-aduan kontraktor dan PBT terhadap Rahimah termasuk komisen melampau sehingga 30% pun Zuraida bakul sampahkan. [Satu masa pendedahan projek bawah Rahimah akan didedahkan]. Apakah SPRM sedar? atau menunggu masa?

Dalam PKR Rahimah menjadi kuda kuat mempertahan Zuraida. Jadi apalah sangat kritikan terhadap Shafie dan Warisan.
Begitulah besarnya Rahimah Majid sekarang.
Kini Rahimah Majid mencipta peluang untuk membalas dendam terhadap Kerajaan Warisan.
Isu Amarjit Singh menjadi paksi Rahimah bangkit untuk popular. Serangan beliau sebagai peguam bahawa Shafie dan Warisan merosakkan integriti Pakatan Harapan mengena apabila serangan itu digunakan sebaiknya oleh pembangkang di Sabah.
Apa lagi yang bakal dilakukan oleh Rahimah Majid? Beranikah PKR Sabah menggantungnya atau mengambil tidakan tegas? Pastinya tidak. Apapun Sama -sama lihat.
sumber
[http://sabahkini2.com/en/news/2331/mengapa-rahimah-pkr-mrs-30-peratus-serang-shafie-warisan-ini-jawapannya/view]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/29/mengapa-rahimah-pkr-mrs-30-peratus-serang-shafie-warisan-ini-jawapannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
After Pkr Criticism Shafie Hints Of Bad Things By Party

After Pkr Criticism Shafie Hints Of Bad Things By Party

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 193 hits
Parti Warisan Sabah president Mohd Shafie ApdalKOTA KINABALU Chief Minister Shafie Apdal has taken a veiled swipe at Sabah PKR after rejecting criticism by the party s Wanita leader about the Sabah Water Department He said Rahimah Majid had...
We Can Take Action Against You Sabah Pkr Warns Rahimah

We Can Take Action Against You Sabah Pkr Warns Rahimah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 290 hits
Sabah PKR women s chief Rahimah Majid has criticised the Sabah government for ignoring the court decision over the state water chief s appointment KOTA KINABALU Sabah PKR today refuted the claim by its women s chief Rahimah Majid that the c...
Harimau Sumatera Serang Warga Di Indragiri Hilir Hingga Tewas

Harimau Sumatera Serang Warga Di Indragiri Hilir Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 200 hits
Mendengar teriakan korban teman temannya langsung berlari ke arah korban untuk memberikan pertolongan Mereka berusaha mengusir harimau yang menyerang korban Usaha itu membuahkan hasil tapi korban terlanjur mengalami luka parah di sekujur tu...
Beruang Sarkas Serang Pelatih Ketika Persembahan

Beruang Sarkas Serang Pelatih Ketika Persembahan

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 205 hits
Seekor beruang sarkas menyerang dan mencederakan jurulatihnya dalam satu persembahan di Olonets Utara St Petersburg Berhubung dengan perkara ini pihak berkuasa Rusia akan membuka satu kertas siasatan untuk kejadian tersebut Kejadian tersebu...
5 Kali Mereka Tukar Tiang Gol Untuk Serang Saya Saya Amat Tersinggung Hishammuddin

5 Kali Mereka Tukar Tiang Gol Untuk Serang Saya Saya Amat Tersinggung Hishammuddin

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 345 hits
Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini sekali lagi menolak dakwaan beliau telah mengaturkan konspirasi bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri seterusnya Hishammuddin yang juga Ahli Pa...
Biadab Lakonan Pemuda Bersatu Serang Dap

Biadab Lakonan Pemuda Bersatu Serang Dap

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 336 hits
Gaduh PH Biadab DAP perlu disiplinkan ahli Penerangan Pemuda BersatuKetua Penerangan Pemuda Bersatu Ulya Aqamah Husamudin membidas kenyataan akar umbi DAP yang mengherdik menteri pendidikan mengenai isu komik Inisiatif Jalur dan Laluan dan ...
Sekat Massa Banten Ke Jakarta Polisi Jaga Ketat Gerbang Tol Serang Cilegon

Sekat Massa Banten Ke Jakarta Polisi Jaga Ketat Gerbang Tol Serang Cilegon

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 156 hits
Satu kompi polisi wanita turut diterjunkan dalam rangka operasi pengamanan pelantikan Presiden dan Wakil Presiden Terpilih periode 2019 2024 tersebut
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran