Mengapa Pas Sokong Mahathir


MOHSIN ABDULLAH



Umum tahu PAS telah beberapa kali menyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri – sekurang-kurangnya sehingga tamat penggal pilihan raya umum ke-14.

Sokongan terbuka PAS disuarakan pemimpinnya termasuk setiausaha agung Takiyuddin Hassan dan khusus presiden parti Abdul Hadi Awang.

Baru baru ini Hadi sekali lagi menyatakan pendirian sokong Mahathir. Kali ini dengan nada keras.
Kata beliau pihak yang “nak sangat jadi PM, buat lah undi tak percaya”. Maksudnya kemukakan di parlimen usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Jelas kata kata itu diluahkan berikutan desakan beberapa pihak yang mahu Mahathir melepaskan jawatan Mei ini - genap dua tahun Pakatan Harapan mentadbir negara.

Bagi Hadi suasana ketika ini memerlukan Mahathir kekal memegang jawatan PM. Beliau bagaimanapun tidak menghuraiakan apa atau bagaimanakah “suasana ketika ini “ yang dimaksudkan.

Beberapa pemerhati dan pengulas politik termasuk saya hairan mengapa PAS perlu kerap mengulangi sokongan terhadap Mahathir – seolah-olah parti itu “bertungkus-lumus” cuba menyakinkan semua pihak akan keikhlasan sokongan mereka itu.

Tidak kurang juga pemerhati politik yang “pelik” PAS menyokong Mahathir kerana bagi mereka jika ada pemimpin politik yang boleh “letak PAS di tempatnya” atau dalam bahasa Inggeris “put PAS in its place”, orang itu ialah Mahathir.
Malah Mahathir sejak dulu lagi kerap “menyerang “ keras PAS. Beliau juga tidak pernah menyembunyikan pendapat bahawa beliau tidak setuju dengan “Islam yang dibawa PAS”.

Jadi mengapa PAS menyokong Mahathir? Adakah PAS percaya kerajaan Pakatan Harapan lebih mudah ditumbangkan bila tiba masanya jika ia terus diterajui Mahathir?

Ada penganalis mengaku ada benarnya jika itu yang PAS percaya. Namun ada juga yang berkata parti itu tersilap langkah jika berpegang dengan kepercayaan itu kerana Mahathir kata mereka “bukan calang-calang lawan”.

Tentang Anwar, bukan Mahathir

Pun begitu beberapa lagi pemerhati dan penganalis politik berpandangan isu ini “is more about Anwar Ibrahim rather than Mahathir” - lebih mengenai Anwar daripada Mahathir.

Kata mereka PAS tidak atau belum memaafkan Anwar terhadap apa yang beliau lakukan ke atas PAS. Imbas kembali tahun 1982. Anwar menerima pelawaan Mahathir yang ketika itu presiden Umno dan perdana menteri keempat dan menyertai Umno.

Penyertaan Anwar dalam Umno lihat sebagai sesuatu yang amat memerangsangkan parti itu. Bagi PAS pula ia satu tamparan. Ramai teman Anwar ada dalam PAS. Antaranya allahyarham Fadzil Noor, Hadi dan Mohamad Sabu - sekadar menamakan tiga sahaja. Mereka semua bersama Anwar dalam Abim seketika dahulu.

Lantas mereka menjangka Anwar akan menyertai dan berkempen untuk PAS pada pilihan raya umum yang menjelang tiba. Sebaliknya kehadiran Anwar dalam Umno membantu Umno/BN menang cemerlang pilihan raya umum 1982. PAS hanya memenangi lima kerusi parlimen.

Itu mencetus kemarahan PAS ke atas Anwar. Kemarahan menyemarak apabila Anwar yang berada dalam kabinet Mahathir memerangi PAS. Tidak memeranjatkan kerana Anwar yang ketika itu cukup setia adalah antara panglima perdana menteri waktu itu.

Bagaimanapun ada pihak mendakwa Anwar pernah cuba menjalankan usaha berbaik baik atau menjalin kerjasama Umno-PAS yang masa itu dipimpin Fadzil Noor yang merupakan sahabat baik beliau. Ini bagaimana pun tidak dapat disahkan.
Bekas presiden PAS allahyarham Fadzil Noor Namun PAS “memaafkan” Anwar apabila beliau disingkir Mahathir pada tahun 1998 dan menyertai gerakan reformasi anjuran Anwar. Seterusnya menyertai Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat.

Bukanlah satu rahsia itu semua khususnya sokongan PAS untuk Anwar banyak didorong dan terjadi atas kemahuan Fadzil Noor walaupun ada pemimpin dalam PAS yang tidak setuju.

Itu kisah lama. Kisah sekarang ialah PAS pimpinan Hadi sokong Mahathir kerana tidak mahu Anwar jadi perdana menteri. Itu andaian atau anggapan beberapa pemerhati dan penganalis politik. Bagi PAS, asal bukan Anwar kata mereka.

Seorang penganalis menginatkan saya sejak dalam Pakatan Rakyat lagi ada pertembungan PAS dengan PKR.

Kebencian presiden, bukan PAS

Dan kata beliau: “pertembungan PAS dan PKR sebenarnya diwakili pertembungan peribadi Haji Hadi dan Anwar. Dalam banyak isu sewaktu dalam Pakatan Rakyat Haji Hadi tidak sehaluan dengan Anwar. Seperti Langkah Kajang dan isu MB Selangor.”

Namun ada pihak berpendapat PAS bimbang Anwar dengan latar belakang agama dan pengetahuannya mengenai PAS boleh “kerjakan” parti itu jika atau apabila beliau mengepalai Pakatan Harapan.

“Ini antara barangkali ketakutan PAS tapi ia persepsi sahaja”, kata penganalisis tadi.
Mohd Sayuti Omar Pemerhati PAS dan penulis veteran Mohd Sayuti Omar juga berpendapat PAS mahu Mahathir kekal sebagai PM ialah “sebab utama dia tak nak Anwar jadi PM. Itu saja.”

Hadi dan Anwar, kata Sayuti, tidak ada beza pada segi prinsip dan dasar. Namun menurut beliau tidak ada alasan “fizikal” kenapa Hadi tidak suka Anwar selain isu personal.

Dan kata beliau lagi ini soal “kebencian presiden bukan PAS keseluruhan”. Namun perlu diakui ahli PAS setia dan dengar kata presiden.

“Marah dan benci bukan prinsip tetapi peribadi. Sebab itu dalam bacaan saya jika Hadi tak lagi pimpin PAS, parti itu tidak begitu menjurang jauh dengan Anwar.

“Tengok Tuan Ibrahim boleh duduk minum dengan Anwar di parlimen, kata Sayuti.

Yang dimaksudkan ialah Tuan Ibrahim Tuan Man, timbalan presiden PAS.

Apa pun hakikatnya Hadi masih kukuh dalam PAS.

*MOHSIN ABDULLAH ialah seorang wartawan tua yang menulis mengenai itu dan ini, di sana dan di sini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/mengapa-pas-sokong-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Konsisten Sokong Tun Mahathir Sebagai Pm

Pas Konsisten Sokong Tun Mahathir Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 307 hits
KUALA NERUS 11 Februari Hanya mereka yang paranoid akan bertindak menentang usul undi percaya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan dibentangkan parti itu di parlimen bulan depan menurut Naib Presiden Pas Dato Seri Dr Ahm...
Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 262 hits
Pengisytiharan Pas yang akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat wajar dilihat sebagai peringatan agar kesemua anggota dewan untuk terus menyokong pentadbiran beliau Malah d...
Kenapa Ph Cuba Mengelak Lari Dan Tidak Bersatu Utk Berhadapan Dengan Usul Pas Sokong Mahathir

Kenapa Ph Cuba Mengelak Lari Dan Tidak Bersatu Utk Berhadapan Dengan Usul Pas Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 267 hits
klik jangan tak klikSemasa Tun serahkan tugas PM pada Paklah apa terjadi kepada projek landasan keretapi berkembar Singapura Padang Besar dan Jambatan Bengkok Kedua duanya kecut untuk meneruskan Dan ini tidak wajar berulang jika Tun serahka...
Yang Nak Bersama Bersatu Adalah Ummo Selepas Pas Dapat Berdamping Dengan Mahathir

Yang Nak Bersama Bersatu Adalah Ummo Selepas Pas Dapat Berdamping Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 308 hits
UMNO akan pecah dua atau tiga Tun tetap serah PM pada Anwar Up to UMNO dan PAS how to survive
138 Ahli Parlimen Sokong Tun Dr Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Akhir Penggal

138 Ahli Parlimen Sokong Tun Dr Mahathir Kekal Sebagai Pm Hingga Akhir Penggal

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 440 hits
oleh Dr KamarulZakiah Koya melaporkan dalam akhbar The Star hari ini bahawa sumber sumber beliau menyebut 138 daripada 222 Ahli Parlimen telah menandatangani Akuan Bersumpah menyokong Tun Dr Mahathir kekal sebagai PM hingga akhir penggal Ji...
Semua Parti Komponen Ph Sokong Dr Mahathir Sepenuhnya

Semua Parti Komponen Ph Sokong Dr Mahathir Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 327 hits
SEMUA parti komponen Pakatan Harapan komited kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan akan terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri Oleh tindakan sesetengah parti di pihak pembangkang yang mahu ahli parlimen mereka menyokong Perdana Menteri...
Sd Sokong Mahathir Cubaan Berterusan Ganggu Ph

Sd Sokong Mahathir Cubaan Berterusan Ganggu Ph

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 218 hits
Dakwaan wujudnya akuan bersumpah yang ditandatangani beberapa ahli Parlimen termasuk dari Parti Keadilan Rakyat yang kononnya bagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal dianggap sekadar khabar angi...
Zahid Hamidi Sahkan Umno Terpaksa Berkerjasama Dengan Mahathir Kerana Ikut Pas Dan Tidak Mahu Ketinggalan

Zahid Hamidi Sahkan Umno Terpaksa Berkerjasama Dengan Mahathir Kerana Ikut Pas Dan Tidak Mahu Ketinggalan

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 411 hits
Oleh Lokman AdamSaya amat malu hari ini kerana mempunyai seorang Presiden yang lemah dan tiada jati diri Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba tiba muncul dalam mesyuarat JK Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO yang dipengerusikan oleh Da...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11