Mengapa Pas Hadir 2 Himpunan Perpaduan Melayu Presiden Pas


Amanat muhasabah bangsa.MENGAPA PAS menghadiri dua Himpunan Perpaduan Melayu tanpa keraguan?
Pertama: Himpunan Muafakat Nasional, anjuran PAS dan Umno.Kedua: Kongres Maruah Melayu, anjuran para ilmuwan beberapa universiti, disertakan ucapan YAB Tun Mahathir mewakili satu-satunya parti Melayu dalam kerajaan PH, walaupun dianggap seperti melukut di tepi gantang, tetapi ada garangnya.
Walaupun dua pertemuan itu kelihatan berlainan dan tempatnya pula bebeza, tetapi sebenarnya satu sahaja titik pertemuan iaitu perpaduan bangsa Melayu dan menyedarkan Melayu bangkit bersama Islam.Sekurang-kurangnya PAS dapat merealisasikan konsep Taawun yang dipraktikkan dalam konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan oleh PAS. Seterusnya dapat menyatukan kedua-dua himpunan tersebut.Saya tidak berhajat mengulangi apa yang diucapkan dalam Himpunan Muafakat Nasional supaya jangan syok sendiri atau seronok kepada ucapan sendiri.Marilah kita bersikap terbuka mendengar ucapan pihak lain yang juga Melayu Islam seperti kita.Muhasabah diri wajib dilakukan, walaupun adanya kritikan yang keras dan pahit, kerana mungkin tidak dirasai atau tidak disedari ada lagi penyakit dalam diri bangsa Melayu yang wajib dilakukan rawatan segera, apatah lagi penyakit leka yang tidak menyedarkan.Jadilah manusia yang berakal sihat dengan keinsafan. Biarlah orang yang berpenyakit gila sahaja marah kalau dikatakan dia sakit.Dalam menjalani kehidupan dunia ini, Allah memberi amaran dengan firman-Nya:﴿ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ  وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ  وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ١١﴾ [الرعد: 11]“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya”. (Surah Ar-Ra’d: 11)Petunjuk Allah ini yang sepatutnya memberi keinsafan bahawa jumlah umat Melayu Islam yang majoriti di atas bumi yang kaya kurniaan Allah ini, tidak memberi apa-apa faedah kalau sikap Melayu Islam berubah kepada cara yang salah dan negatif terhadap Islam.Saya mendengar amanat YAB Tun Mahathir dengan teliti dan agak berbeza dengan kalangan yang menunggu kecaman beliau terhadap bangsa lain yang menjadi saingan kita dalam masyarakat majmuk.Tiba-tiba ucapan beliau menyebut kesilapan bangsanya sendiri yang menjadi sebab mereka mundur ketinggalan, tercorot dan diperbodohkan oleh pihak lain dan diperbodohkan oleh bangsanya sendiri sehingga terkebelakang.Maka jumlah majoriti Melayu Islam di tanah airnya sendiri yang melimpah ruah kurniaan Allah adalah tidak berfaedah bagi diri sendiri dan lebih malang kalau melupakan kurniaan Allah dan mengkufuri terhadap anugerah-Nya kepada kita di bumi bertuah ini.Segala-galanya tidak berfaedah apabila petunjuk Allah iaitu Islam tidak diamalkan dengan sempurna. Jumlah yang ramai tetapi berpecah, cerdiknya tanpa hidayah dan tidak beramal dengan ilmu untuk diri dan umatnya.Ada yang bijak menipu kaumnya sendiri, ramai juga yang jahil murakab (tidak sedar dirinya jahil). Maka hidup untuk makan, bukannya makan untuk hidup dan beramal soleh. Makhluk yang menjadikan tujuan hidupnya untuk makan akan dimakan oleh pihak lain.Islam adalah petunjuk Allah kepada seluruh manusia, maka mana-mana bangsa yang menjadi penganut Islam adalah sangat beruntung di dunia dan akhirat, dengan syarat menjadikan Al-Quran itu petunjuknya dan Rasulullah S.A.W. adalah contoh teladan yang telah berjaya mengubah bangsa Arab jahiliah yang buta huruf dan buta akal sehingga menjadikannya umat paling bertamadun bersama Islam dan mampu memimpin dunia selama beberapa abad.Tamadun Melayu di Nusantara juga paling cemerlang apabila bersama Islam. Begitu juga bangsa Turki, Kurdis dan lain-lain. Adapun kejatuhan mereka selepas itu sehingga dijajah adalah kerana meninggalkan Islam.Ketahuilah bangsa lain yang bertamadun tanpa Islam tidak mampu bertahan lama seperti umat Islam yang tegak dan bangkit bersama Islam sehingga beberapa abad. Tamadun bangsa lain tanpa Islam, akhirnya menghancurkan bangsanya sendiri dan tidak mampu bertahan lama.Bangsa lain yang bangkit bersama tamadun barat terkini mencapai kemajuan dengan ilmu duniawi, sebenarnya mempelajari daripada tamadun Islam, tetapi tanpa Islam. Jadilah mereka laksana berjaga dalam gelap tanpa hidayah.Kita saksikan terkini tanda keruntuhan tamadun barat yang sedang merudum dan membakar diri sendiri dan alam sekitarnya.Malangnya umat Islam pula tidur dalam cahaya yang terang. Tugas kita sekarang ialah menyedarkan umat Islam yang tidur supaya bangkit dan membuka mata.Paling malang bagi bangsa Melayu yang beragama Islam ini, ada yang tidur nyenyak dan tidak sedar diri di atas bumi tanah airnya sendiri tempat mereka berpijak.Tanah air ini adalah kurniaan Allah kepada bangsa Melayu Islam yang wajib dipertahankan bagi menegakkan agama Allah yang diamanahkan kepada mereka di atas bumi bertuah ini, supaya menjadi model dan petunjuk kepada bangsa lain yang tidak beragama Islam kerana perintah Allah:﴿كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ  وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ  مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ١١٠﴾ [آل عمران: 110]      
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik).” (Surah Ali-Imran: 110)
Haram bagi umat Islam menyerah kuasa kepada bangsa lain yang bukan Islam, sehingga menjadi hina laksana menyerah rumah kepada penumpang, kemudian melarikan diri tanpa bumi tanah air tempat berpijak.Lebih malang lagi kalau marahkan orang yang menyedarkan kita supaya bangkit daripada tidur nyenyak tanpa sedar diri.Fahamilah apa yang tersurat dan tersirat dalam dua himpunan tersebut yang mendedahkan penyakit yang dialami oleh bangsa Melayu yang beragama Islam ini.Jangan hanya menadah telinga dan bertepuk tangan tanpa muhasabah diri sendiri. Tanamkan dalam diri kesedaran dan keinsafan.Tanamkan ilmu, iman, amal dan takwa menjadi jati diri bangsa yang bermaruah. Musnahkan makhluk perosak yang mengelilingi kita dan musuh yang sentiasa berusaha merosakkan kita.Kelemahan kita ditambah pula dengan perancangan bukan Islam yang memusuhi Islam dan penganutnya, tanpa mengenang budi tamadun Islam kepada mereka, dan jasa baik umat Islam terhadap mereka.Allah mengingatkan kita:﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ  قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ  إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ١١٨ هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ  قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ  إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ١١٩ إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا  وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا  إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ١٢٠﴾ [آل عمران: 118-120]“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118) Awaslah! Kamu sahajalah yang suka dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (119) Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; Dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan) (120)”. (Surah Ali-Imran: 118-120)Allah mengingatkan umat Islam supaya mengenali kawan dan lawan dengan cara Allah mendedahkan kalangan munafiq yang bersembunyi dan nyata bermusuh terhadap Islam dan penganutnya.Akhirnya Allah melarang kita berpecah dan berkelahi dengan amarannya:﴿وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ  وَاصْبِرُوا  إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ٤٦﴾ [الأنفال: 46]“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berkelahian; (kalau terus berkelahi juga) nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala cabaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar).” (Surah Al-Anfal: 46)“Islam Memimpin Perpaduan”ABDUL HADI AWANGPresiden PASBertarikh: 7 Safar 1441 / 7 Oktober 2019 – HARAKAHDAILY 7/10/2019

Lihat rumah ini..Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..Penduduk S/Buluh Terkejut Roboh Rumah Esok.. Doubl..Rumah Penduduk Diroboh. Mana Peri Manusia?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/mengapa-pas-hadir-2-himpunan-perpaduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Tanjung Piai Pas Johor Harap Bn Letak Calon Melayu

Prk Tanjung Piai Pas Johor Harap Bn Letak Calon Melayu

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 380 hits
JOHOR BAHRU PAS Johor mengharapkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai November ini dipilih dalam kalangan rakyat tempatan yang mempunyai rekod bersih Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata pandan...
Dr M Hadir Kongres Maruah Melayu Kerana Ancaman Munafik

Dr M Hadir Kongres Maruah Melayu Kerana Ancaman Munafik

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 355 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bakal menyampaikan amanat terakhir dalam Kongres Maruah Melayu pada bulan hadapan di tengah tengah ancaman golongan munafik yang menyebarkan fitnah dan provokasi untuk mengancam perpaduan negara kata Angg...
Orang Melayu Tanjung Piai Meluat Tengok Umno Pas

Orang Melayu Tanjung Piai Meluat Tengok Umno Pas

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 309 hits
Via WhatsApp Penyatuan Nasional dengan megah serta dengan yakinnya telah memberitahu bahawa mereka akan merampas kerusi Tanjung Piai Presiden Pas Hadi akan mewajibkan semua ahli2nya yang mengundi di situ untuk menyokong calon MCA Tetapi itu...
Tun M Dijangka Akan Menangis Di Pentas Himpunan Maruah Melayu

Tun M Dijangka Akan Menangis Di Pentas Himpunan Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 520 hits
Kongres Maruah Melayu yang selama ini banyak dispekulasikan di media sosial akhirnya sah akan dilangsungkan pada 6 Oktober depan di Stadium Melawati Shah Alam Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad juga sudah disahkan akan hadir dan bakal men...
Perpaduan Melayu Impikan Negara Berbilang Bangsa Yang Sejahtera

Perpaduan Melayu Impikan Negara Berbilang Bangsa Yang Sejahtera

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 388 hits
Sejak akhir akhir ini banyak pihak bercakap tentang perpaduan Sama ada tentang kerjasama antara parti politik mahupun penyatuan Melayu Dalam hal ini pendirian saya konsisten sentiasa menyokong sebarang usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia...
Menyemai Benih Perpaduan Melayu Tanpa Pinggir Kaum Lain

Menyemai Benih Perpaduan Melayu Tanpa Pinggir Kaum Lain

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 320 hits
Menyemai benih perpaduan Melayu tanpa pinggir kaum lain ULASAN nbsp Malangnya akan ada sahaja pihak yang tidak senang dengan usaha ini lalu dengan sengaja menimbulkan retorik perkauman
Hanya Pas Dan Umno Mampu Laksana Resolusi Kongres Melayu

Hanya Pas Dan Umno Mampu Laksana Resolusi Kongres Melayu

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 246 hits
Pengerusi Assabiqun PAS Subky Latif berkata beliau tidak yakin kerajaan PH mampu melaksanakan resolusi yang dihasilkan semasa Kongres Maruah Melayu baru baru ini Tambah veteran PAS tersebut beliau menjangkakan resolusi tersebut akhirnya aka...
Dr Mahathir Dedah Dinasihat Supaya Tidak Hadir Kongres Maruah Melayu

Dr Mahathir Dedah Dinasihat Supaya Tidak Hadir Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 471 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau telah dinasihati oleh beberapa orang supaya tidak hadir perjumpaan Kongres Maruah Melayu hari ini Sambil mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap di hadapan kumpulan orang Melayu perd...
Kafir Harbi 13 Soalan Untuk Timbalan Presiden Pas

Kafir Harbi 13 Soalan Untuk Timbalan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 336 hits
USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN Kafir yang memusuhi Islam itu harbi kafir yang bernaung di bawah pemerintahan Islam itu zimmi kafir yang buat perjanjian dengan kerajaan Islam itu ahdi Saya fokuskan takrifan kafir harbi di atas mengikut Timbalan Pr...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner