Mengapa Kerajaan Perpaduan Terus Susahkan Hidup Najib Sian See



(Malaysia Gazette) – Kerajaan Perpaduan dikatakan terus menyusahkan hidup Datuk Seri Najib Razak walaupun selepas 10 bulan bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan atas sabitan kes SRC International Sdn Bhd.
Penganalisis politik, Lim Sian See berkata demikian ekoran tindakan dua syarikat milik kerajaan tidak menggugurkan saman sivil terhadap Najib iaitu tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 bilion oleh SRC International dan AS$8 bilion (RM37 bilion) oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut beliau, berikutan saman-saman sivil itu, mahkamah membenarkan permohonan injunksi Mareva secara ex-parte oleh 1MDB dan SRC International terhadap Najib untuk membekukan asetnya.
Sian See menambah, melalui injunksi tersebut, Najib hanya dibenarkan mengeluarkan wang sehingga RM100,000 sebulan untuk semua perbelanjaan keluarga termasuk kos guaman dari akaun banknya.
“Jadi selain berada dalam penjara, aset-aset Najib turut dibeku dan perbelanjaan Najib juga dihadkan bertahun-tahun lamanya sehingga perbicaraan kes-kes saman sivil 1MDB dan SRC yang bermula pada 2025 selesai.
“Satu kezaliman dan ketidakadilan yang amat parah sekali,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Kedua-dua saman sivil tersebut difailkan pada 2021 ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berkuasa.
Beliau memberitahu, kerajaan tidak dapat apa-apa sekiranya memenangi kes-kes berkenaan kerana tidak mungkin Najib boleh bayar pampasan RM5 bilion atau RM37 bilion.
Sian See menambah, pada masa ini pun, Najib tidak mampu membayar denda RM210 juta atas sabitan kes SRC International dan tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM1.7 bilion.
“Nak penjarakan dia lagi pun tidak sebab sebab dia sudah ada dalam penjara sehingga umurnya capai 81 tahun.
“Kerajaan hanya bazirkan kos bagi peguam-peguam swasta yang diupah oleh syarikat SRC dan 1MDB serta kos mahkamah dengan kes-kes saman sivil seperti ini,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa mahu disusahkan lagi hidup Najib yang sangat banyak berjasa kepada rakyat dan negara semata-mata untuk perkara yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun.
“Jadi, sebab apa mahu bantu UMNO dan Kerajaan Perpaduan hari ini jika mereka biarkan sahaja kezaliman dan ketidakadilan seperti ini,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/07/05/mengapa-kerajaan-perpaduan-terus-susahkan-hidup-najib-sian-see/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Perlu Kaji Semula Kerjasamanya Dengan Kerajaan Perpaduan Zaid

Umno Perlu Kaji Semula Kerjasamanya Dengan Kerajaan Perpaduan Zaid

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 346 hits
UMNO dan Barisan Nasional perlu mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan perpaduan selepas dihina begitu teruk oleh pimpinan DAP Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata sampai bila UMNO yang merupakan parti te...
Sekutu Kerajaan Perpaduan Sabah Jangan Pertikai Sesama Sendiri

Sekutu Kerajaan Perpaduan Sabah Jangan Pertikai Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 263 hits
Sekutu Kerajaan Perpaduan di Sabah ahli politik dari parti Warisan seharusnya menjadi agen menyebar maklumat Kerajaan kepada rakyat Sebaliknya kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Razeef Rakimin tindakan Ketua Penerangan Warisan...
Walau Berjaya Jadikan Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Dua Pertiga Muda Tak Mungkin B

Walau Berjaya Jadikan Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Dua Pertiga Muda Tak Mungkin B

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 265 hits
Shahbudin Husin Dengan keputusan Muda untuk bertanding solo pada PRN akan datang ini secara langsung ia bermakna parti tersebut tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim Secara tidak langsung pula bererti Muda sudah men...
Prn Mood Bukan Melayu Lebih Kepada Kerajaan Perpaduan Prof Azizuddin

Prn Mood Bukan Melayu Lebih Kepada Kerajaan Perpaduan Prof Azizuddin

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 188 hits
Menjelang Pilihan Raya Negeri pada Ogos ini terutama di sebelah utara Semenanjung Malaysia mood pengundi bukan Melayu dilihat lebih cenderung ke arah menyokong Kerajaan Perpaduan Hal itu dinyatakan oleh Profesor Politik dan Hubungan Antarab...
Kerajaan Perpaduan Pertahan 3 Negeri Hasrat Tambah 2 Negeri

Kerajaan Perpaduan Pertahan 3 Negeri Hasrat Tambah 2 Negeri

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 223 hits
Pilihan Raya Negeri di 6 negeri bakal menyaksikan persaingan sengit antara Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional apabila Pengerusi Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bahawa gabungan itu berhasrat menambah negeri ya...
Akibat Kecuaian Hospital Kerajaan Budak Usia 3 Tahun Lumpuh Seumur Hidup Menang Saman Rm5 Juta

Akibat Kecuaian Hospital Kerajaan Budak Usia 3 Tahun Lumpuh Seumur Hidup Menang Saman Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 462 hits
Akibat kecuaian hospital kerajaan budak usia 3 tahun lumpuh seumur hidup menang saman RM5 juta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin telah mengarahkan seorang budak perempuan berusia 3 tahun dibayar lebih RM5 juta sebagai ganti rugi Dalam...
Zahid Minta Penyokong Najib Sokong Kerajaan

Zahid Minta Penyokong Najib Sokong Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 313 hits
malaysiakini comTimbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menggesa penyokong bekas perdana menteri Najib Razak keluar mengundi dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos depan Menekankan soal perundangan dan pilihan raya negeri mesti diasingk...
Inflasi Mereda Tanda Kerajaan Berjaya Tangani Kos Sara Hidup

Inflasi Mereda Tanda Kerajaan Berjaya Tangani Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 349 hits
Kos sara hidup menjadi kebimbangan rakyat sejak setahun lalu telah cuba diselesaikan sedaya upaya oleh Kerajaan Madani Bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub kos sara hidup tinggi pada waktu ini turu...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Perempuan Hilang Dari Asrama Ibu Rayu Rakaman Dashcam Orang Ramai Cari Anak

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya