Prn Mood Bukan Melayu Lebih Kepada Kerajaan Perpaduan Prof Azizuddin










 Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini, terutama di sebelah utara Semenanjung Malaysia, mood pengundi bukan Melayu dilihat lebih cenderung ke arah menyokong Kerajaan Perpaduan.

Hal itu dinyatakan oleh Profesor Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Menurut Dr Azizuddin, dalam tinjauan yang beliau lakukan pengundi bukan Melayu lebih cenderung kepada membincangkan dasar atau polisi berbanding isu isu sensasi seperti isu perkauman sebagaimana dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

"Secara umumnya parti bertanding kemukakan dasar terbaik untuk rakyat 6 negeri.

"Saya melihat di Kedah dan di Pulau Pinang, apa yang saya nampak rakyat masih lagi membicarakan isu ekonomi, keperluan hidup, pekerjaan dan sebagainya

"Anak muda pun ada pertambahan undi 18, dan mereka ini banyak di universiti, mahukan bantuan kerajaan untuk ringankan beban sebagai pelajar.

"Manakala dari segi mood yang bukan Melayu (secara khusus) saya rasa mereka rasional melihat apa yang berlaku, dan kalau saya tengok trend sokongan, saya rasa lebih menyokong kepada PH dan BN," katanya dalam forum atas talian terbitan Sumberkini bertajuk "PRN: 'Mood' Pengundi Bukan Melayu", malam tadi.

Dr Azizuddin turut mendedahkan penemuan agak mengejutkan apabila mendapati BN kembali mendapat tempat di hati orang Melayu biar pun sebelum ini, kira kira 7 bulan lalu, mereka menolak BN secara besar besaran di peti undi

"BN sebelum ini ditolak orang Melayu, kini dilihat boleh diterima melalui dasar Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan itu juga mungkin diterima di peringkat negeri (PRN)," katanya.

Bagaimanapun, beliau risau mengenai isu kaum, agama dan raja (3R) yang dimainkan oleh Perikatan Nasional.

Katanya isu berkenaan tidak seharusnya menjadi bahan utama kempen dan membongsaikan minda Melayu, namun berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, jelas beliau, isu berkenaan amat diminati Melayu.

"Saya risau orang Melayu termakan isu ini kerana sebelum ini mereka terpengaruh dengan isu itu menyebabkan mereka menyokong parti memainkan isu tersebut.

"Gelombang hijau ketika ini semakin reda tetapi timbul pula isu Islamophobia. Saya tidak nampak apa isu Islamophobia di Malaysia.

"Jadi dalam konteks ini saya mengharapkan rakyat bijak dan harus menyoal semula (maklumat yang disogokkan) kerana kempen yang berlaku nanti bukan sahaja di media sosial tetapi rumah ke rumah.

"Di Kedah, kawasan luar bandar, rumah ke rumah masih sangat efektif memenangi hati dan jiwa. Kempen inilah nanti, elemen 3R digunakan dan ia sukar untuk dikawal," katanya.

Mengenai isu Malaysia Madani dan pemulihan ekonomi pula, Dr Azizuddin berkata meskipun istilah Madani itu agak sukar difahami namun elemen Madani boleh difahami rakyat.

"Kita dah nampak elemen Madani ini cuba diterapkan dalam pentadbiran. Fokusnya Anwar basmi kemiskinan dan membanteras rasuah. Ekonomi pula dia nak bawa banyak lagi pelaburan dan kemiskinan tegar dihapuskan.

"(Secara perbandingan, rakyat melihat) ekonomi sudah bertambah baik walau tidak pulih sepenuhnya. Kadar pertumbuhan 5.6% suku pertama 2023, inflasi 2.8% lebih rendah dari negara lain. Cuma yang masalah isu ringgit sebab OPR di AS yang mengukuh tetapi di negara lain pun perkara itu berlaku.

"Bagi saya kalau Kerajaan Perpaduan ini tidak diganggu gugat dan memerintah selama 5 tahun, maka banyak kesan positif kepada ekonomi akan dapat dilihat," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/prn-mood-bukan-melayu-lebih-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walau Berjaya Jadikan Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Dua Pertiga Muda Tak Mungkin B

Walau Berjaya Jadikan Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Dua Pertiga Muda Tak Mungkin B

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 198 hits
Shahbudin Husin Dengan keputusan Muda untuk bertanding solo pada PRN akan datang ini secara langsung ia bermakna parti tersebut tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim Secara tidak langsung pula bererti Muda sudah men...
Mengapa Kerajaan Perpaduan Terus Susahkan Hidup Najib Sian See

Mengapa Kerajaan Perpaduan Terus Susahkan Hidup Najib Sian See

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 143 hits
Kerajaan Perpaduan dikatakan terus menyusahkan hidup Datuk Seri Najib Razak walaupun selepas 10 bulan bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan atas sabitan kes SRC International Sdn Bhd Penganalisis politik Lim Sian See berkata demikian ekora...
10 Pengundi Kembali Kerajaan Perpaduan Tawan Kedah Mahfuz

10 Pengundi Kembali Kerajaan Perpaduan Tawan Kedah Mahfuz

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 102 hits
Pakatan Harapan dan BN Kedah yakin mampu menawan negeri tersebut pada Pilihan Raya Negeri Ogos ini Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar dalam forum anjuran Media Perpaduan malam tadi Mahfuz juga mempertahankan kenyat...
Jangan Pujuk Dan Jangan Simpan Lagi Muda Dalam Kerajaan Perpaduan

Jangan Pujuk Dan Jangan Simpan Lagi Muda Dalam Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 228 hits
Biarpun Muda sebenarnya telah membuat ketetapan untuk bertanding solo pada PRN akan datang ini dan sebab utama keputusan tersebut diambil adalah disebabkan permohonan mereka untuk menyertai PH tidak mendapat layanan yang sewajarnya yang tid...
Pmx Geng Geng Kaya Berkomplot Mahu Jatuhkan Kerajaan Perpaduan

Pmx Geng Geng Kaya Berkomplot Mahu Jatuhkan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 176 hits
Nur Izzati Mohamadbhnews bh com myBUKIT MERTAJAM Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa beliau menerima pelbagai ugutan daripada geng kaya yang sedang berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya kini Tanpa mendedahka...
Prn Bakal Tentukan Parti Mana Jadi Pilihan Melayu Di Semenanjung

Prn Bakal Tentukan Parti Mana Jadi Pilihan Melayu Di Semenanjung

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 185 hits
ismaweb netPN menang enam kerusi Parlimen di Selangor pada PRU15 PH perlu kerja keras pertahan negeriBANGI 11 Zulhijjah 1444H Jumaat Pilihan Raya Negeri di enam negeri sangat penting kerana bakal menentukan parti pilihan ramai masyarakat Me...
Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Pet Expo Midvalley 2024

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Bercinta Ke Keluar Makan Malam Bersama Netizen Jumpa Kelibat Byun Wooseok Dalam Gambar Hyeri

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Perbedaan Kartu Kredit Dan Kartu Debit

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


A First Date With Onew At Guess Onew Fanmeeting 2024

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Onew Bertemu Peminat Pada 27 Julai 2024

Hentikan Kerja Gila Hiburan Ekstrim Lihat K Tan

Late Lunch

Breathe Easy Indoors Exploring Air Conditioner Installation