Mengapa Guna Dana Kwan Mana Peruntukan Beli Vaksin Rm3 Bilion




Mengapa guna dana KWAN, mana peruntukan beli vaksin RM3 bilion?Oleh: Redzuan RF8 MediaApril 23, 2021SharePenggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang ditabung dari hasil petroleum untuk generasi masa hadapan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi membeli vaksin Covid 19 dikecam rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, dana KWAN tidak wajar disentuh kerana Parlimen pada tahun lalu telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM3 bilion untuk pembiayaan pembelian vaksin.
“Saya ingin bertanya dua soalan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di luar Parlimen, kerana Parlimen telah digantung sejak 11 Januari 2021. Soalan pertama, di manakah perginya Tabung Covid-19 yang telah diuntukkan sebanyak RM55 bilion, iaitu RM38 bilion pada tahun 2020 dan RM17 bilion untuk tahun 2021?
“Soalan kedua, tidakkah Parlimen sebelum digantung telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 bilion membeli vaksin. Ke mana pergi duit itu? Adakah RM3 bilion masih tidak mencukupi sehingga duit amanah di dalam KWAN hendak diambil?
“Dana KWAN tidaklah sebanyak duit yang tersimpan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Di dalam KWAN hanya terdapat sebanyak RM16.9 bilion berbanding wang dalam KWSP bernilai beratus bilion ringgit. Itupun, Kerajaan PN tergamak ambil, duit yang dikumpul sedikit demi sedikit dari sumbangan Petronas dan sumbangan dari negeri-negeri yang menerima royalti petroleum?” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam hal ini, Hassan terang-terangan menyalahkan saiz kabinet PM Muhyiddin yang terlalu besar sehingga peruntukan sedia ada tidak cukup untuk membayar gaji dan elaun menteri.
Katanya, sekiranya saiz kabinet lebih kecil, banyak wang dapat dijimatkan maka tidak perlu dana KWAN diusik sama sekali.
“Inilah padahnya apabila kerajaan PN sebuah pemerintah yang sangat besar saiz. Bilangan kementerian, menteri dan timbalan menteri mencatatkan rekod paling ramai sejak Malaysia merdeka. Untuk menampung sebuah kerajaan yang “tidak mengukur baju di badan sendiri” maka Kerajaan PN memerlukan perbelanjaan tambahan sebanyak RM7 bilion.
“Jika saiz kerajaan dikecilkan, bilangan menteri dan timbalan menteri dikurangkan maka tidak perlu menyentuh dana KWAN. Wang amanah tersebut adalah untuk generasi akan datang.
“Sejak ditubuhkan pada tahun 1988 dan diurus oleh Bank Negara di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, wang dalam tabung tersebut tidak pernah disentuh oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini. Kerajaan PN sekarang sepatutnya berasa malu,” kata Hassan.
Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Muhyiddin kali ini begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi meneruskan hayat pemerintahan.
Menurut Hassan lagi, akhirnya rakyat faham mengapa darurat diisytihar, kerana sekiranya mengikut amalan biasa kerajaan PN akan dituduh pecah amanah mengambil dana KWAN tanpa sebab-sebab yang munasabah.
“Ini semua dapat dilakukan oleh PM Muhyiddin dan Kerajaan PN pimpinannya kerana Parlimen digantung. Ini antara lain sebabnya Darurat disytiharkankan supaya kerajaan PN yang tidak ada mandat dapat memerintah tanpa melalui proses semak dan imbang.
“Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin betul-betul nekad. Betul-betul terdesak tidak ada duit kerana bebelanja boros selama lebih setahun sejak berkuasa pada 1 Mac 2020.
“Untuk mengelak supaya tidak dituduh pecah amanah dan menjarah KWAN, Kerajaan Darurat PN sanggup meluluskan Ordinan Darurat yang baru untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 bagi membolehkan kerajaan menggunakan dana daripada KWAN itu untuk membeli vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/mengapa-guna-dana-kwan-mana-peruntukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Guna Dana Kwan Jika Kerajaan Buat Pinjaman Rm85 Bilion Soal Najib

Kenapa Guna Dana Kwan Jika Kerajaan Buat Pinjaman Rm85 Bilion Soal Najib

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 289 hits
April 25 2021 11 40 AMBekas perdana menteri Najib Razak berkata wujud perbezaan antara pengeluaran simpanan KWSP oleh rakyat dengan penggunaan dana KWAN oleh kerajaan PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kenapa kera...
Guna Dana Kwan Tunjuk Kerajaan Kurang Usaha Kata Ahli Ekonomi

Guna Dana Kwan Tunjuk Kerajaan Kurang Usaha Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 410 hits
April 28 2021 Pakar berkata kerajaan boleh sahaja mengumpulkan dana RM3 bilion melalui cara lain termasuk meminta belanjawan tambahan atau sumbangan daripada orang awam atau sektor korporat PETALING JAYA Langkah kerajaan menggunakan dana Ku...
Kenapa Guna Dana Kwan Untuk Program Imunisasi

Kenapa Guna Dana Kwan Untuk Program Imunisasi

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 431 hits
Kenapa Pakar Ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid dan juga Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Nuradli Ridz wan Shah Mohd Dali membangkitkan persoalan yang sama Ini pendapat dari Prof Madya Dr Nu...
Kecilkan Saiz Kabinet Jimat Rm7 Bilion Tak Perlu Dana Kwan

Kecilkan Saiz Kabinet Jimat Rm7 Bilion Tak Perlu Dana Kwan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 323 hits
Kerajaan Perikatan Nasional tidak perlu menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara bagi membeli vaksin Covid 19 sekiranya kerajaan mengecilkan saiz kabinet sedia ada Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berka...
Kenapa Guna Dana Kwan Ini Jawapan Dari Menteri Kewangan

Kenapa Guna Dana Kwan Ini Jawapan Dari Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 339 hits
Dana Kumpulan Wang Amanah Negara boleh digunakan setelah 10 tahun daripada tarikh penubuhannya bagi pembiayaan pembangunan termasuk pembelian vaksin Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata setakat 31 Disember 202...
Khairy Jelaskan Butiran Kos Peruntukan Rm5 Bilion Pick

Khairy Jelaskan Butiran Kos Peruntukan Rm5 Bilion Pick

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 313 hits
MALAYSIA NOWMenurutnya kerajaan terpaksa menanggung pelbagai kos perbelanjaan tambahan bagi menampung seluruh pengurusan pelaksanaan PICK Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika sidang media mengenai program v...
Beli Produk F N Dengan Tawaran Menarik Guna Aplikasi F N Life

Beli Produk F N Dengan Tawaran Menarik Guna Aplikasi F N Life

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 530 hits
hai assalammualaikumBeli Produk F N Dengan Tawaran Menarik Guna Aplikasi F N Life Benda paling nad suka ialah shopping online hehee Suruh je beli apa apa mesti online punya Benda senang kan tinggal pilih bayar dan tunggu je Sangat menjimatk...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

Kehilangan Pamela Ling 12 Saksi Diambil Keterangan Polis

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar Tanah Warisan Ini Akan Senasib Palestin

Dr Afif Hentikan Retorik Rafizi Perlu Letak Jawatan Negara Perlukan Menteri Ekonomi Komited

Syarat Persahabatan Adalah Memaafkan

Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Skywalk Aiyerweng Talay Mok Ayoeweng Di Betong

Kelas Mengaji Dan Tawjid Online

Pemuda Pas Fitnah Psb Rampas Hak Milik Rakyat Dicabar Debat Terbuka

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit