Kecilkan Saiz Kabinet Jimat Rm7 Bilion Tak Perlu Dana Kwan



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi membeli vaksin Covid 19 sekiranya kerajaan mengecilkan saiz kabinet sedia ada.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, cadangan itu perlu dilaksanakan bersama 3 langkah lain untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus ke dalam ketidaktentuan kewangan, pentadbiran dan politik sejak darurat diisytihar 12 Januari lalu.
“Tiga langkah harus diambil untuk menyelesaikan masalah ini tanpa perlu mengusik wang masa depan negara dalam KWAN. Pertama, kurangkan jumlah jemaah menteri yang terlalu ramai angkara ‘scheme of things’ Tan Sri Mahiaddin Yassin. Dengan langkah itu kerajaan boleh menjimatkan RM7 bilion.
“Kedua, perluaskan pemerolehan vaksin merentasi syarikat swasta dan kerajaan negeri. Benarkan pembelian dan pengedaran vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh pihak swasta dan Kerajaan Negeri.
“Ketiga, sekiranya kerajaan buntu dan tidak berkemampuan menguruskan krisis maka buka semula Parlimen. Kita (pembangkang) bincang bersama cari jalan penyelesaian yang terbaik demi rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ketua penerangan KEADILAN itu lagi, beliau menentang keras sebarang langkah menggunakan simpanan masa hadapan generasi akan datang di dalam KWAN bagi apa pun tujuan
Tegasnya, sidang Parlimen tahun lalu telah pun meluluskan dana yang cukup untuk melawan Covid 19 dan tidak munasabah dana tambahan diperlukan dalam tempoh tidak sampai 6 bulan di dalam tahun 2021.
“Pengumuman penggunaan wang ini memang amat mengecewakan dan menyerlahkan lagi kegagalan pentadbiran PN menangani Covid-19.
“Bukankah kerajaan PN dilengkapi dana Belanjawan 2021 yang melebihi RM300 bilion, terbesar dalam sejarah negara untuk menangani Covid 19?
“Bukankah RM3 bilion menurut Menteri Koordinasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sebagai mencukupi tetapi kini nampaknya tidak cukup.
“Dalam hal ini, bagi saya permasalahan utama bukan lagi terletak kepada jumlah peruntukan, tetapi kecekapan dan kebijaksanaan pemerintahan (menggunakan peruntukan),” katanya lagi.
Oleh itu, Shamsul menyarankan agar kerajaan PN amanah dalam menjaga dana KWAN. Katanya, dana yang ditubuhkan pada 18 Februari 1988 itu bermatlamat mengumpul hasil sumber asli negara dan melaburkannya untuk memperolehi pendapatan berterusan yang stabil demi faedah generasi akan datang, bukannya digunakan membeli vaksin.
Malah, tegas Shamsul, ketika krisis kewangan Asia pada 1998 dahulu pun dana tersebut tidak disentuh oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelematkan negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32019

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Guna Dana Kwan Mana Peruntukan Beli Vaksin Rm3 Bilion

Mengapa Guna Dana Kwan Mana Peruntukan Beli Vaksin Rm3 Bilion

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 281 hits
Mengapa guna dana KWAN mana peruntukan beli vaksin RM3 bilion Oleh April 23 2021Penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara yang ditabung dari hasil petroleum untuk generasi masa hadapan oleh kerajaan Perikatan Nasional bagi membeli vaksin ...
Kenapa Guna Dana Kwan Jika Kerajaan Buat Pinjaman Rm85 Bilion Soal Najib

Kenapa Guna Dana Kwan Jika Kerajaan Buat Pinjaman Rm85 Bilion Soal Najib

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 313 hits
April 25 2021 11 40 AMBekas perdana menteri Najib Razak berkata wujud perbezaan antara pengeluaran simpanan KWSP oleh rakyat dengan penggunaan dana KWAN oleh kerajaan PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kenapa kera...
Guna Dana Kwan Tunjuk Kerajaan Kurang Usaha Kata Ahli Ekonomi

Guna Dana Kwan Tunjuk Kerajaan Kurang Usaha Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 477 hits
April 28 2021 Pakar berkata kerajaan boleh sahaja mengumpulkan dana RM3 bilion melalui cara lain termasuk meminta belanjawan tambahan atau sumbangan daripada orang awam atau sektor korporat PETALING JAYA Langkah kerajaan menggunakan dana Ku...
Menteri Kewangan Ph Dulu Kerja Jimat Duit Sekarang Duit Tak Ada Tak Tahu Nak Cari Curi Lagi Kabinet

Menteri Kewangan Ph Dulu Kerja Jimat Duit Sekarang Duit Tak Ada Tak Tahu Nak Cari Curi Lagi Kabinet

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 292 hits
JAMZURI ARDANIAMACAM LENA KA APA Menteri Kewangan PH dulu kerja sampai lewat malam Kekadang sampai tidur di pejabat Semata mata nak perkukuhkan kewangan kerajaan Padahal masa mula ambil kerajaan dulu kantong kerajaan hampir kosong Dengan us...
Kenapa Guna Dana Kwan Untuk Program Imunisasi

Kenapa Guna Dana Kwan Untuk Program Imunisasi

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 450 hits
Kenapa Pakar Ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid dan juga Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Nuradli Ridz wan Shah Mohd Dali membangkitkan persoalan yang sama Ini pendapat dari Prof Madya Dr Nu...
Dana Kwan Pula Ditebuk Gomen Backdoor

Dana Kwan Pula Ditebuk Gomen Backdoor

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 376 hits
Itulah pasai Parliamen kena bukak kalau tak bukak parlimen macam nilah jadi nya Walaupun Parlimen dah lulus berjuta2 ringgit untuk pembelian vaksin tak cukup lagikah Sekarang gomen suka2 dia nak guna duit simpanan KWAN Bila sudah tiada lagi...
Kenapa Guna Dana Kwan Ini Jawapan Dari Menteri Kewangan

Kenapa Guna Dana Kwan Ini Jawapan Dari Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 360 hits
Dana Kumpulan Wang Amanah Negara boleh digunakan setelah 10 tahun daripada tarikh penubuhannya bagi pembiayaan pembangunan termasuk pembelian vaksin Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata setakat 31 Disember 202...
Masa Depan Lebih Cerah Dengan Dana Pendidikan Sebanyak Rm1 Juta Hebatnya

Masa Depan Lebih Cerah Dengan Dana Pendidikan Sebanyak Rm1 Juta Hebatnya

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 338 hits
Pandemik Covid 19 telah memberi kesan kepada pelbagai pihak Banyak keluarga yang mengalami masalah kewangan dan perlu bangkit semula bagi meneruskan kehidupan Sebagai inisiatif untuk membantu golongan ini Dutch Lady telah mengadakan sebuah ...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Jurutera Rugi Hampir Suku Juta Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Blog Ini Adalah Luahanku

Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Sydney Masai Mara Ke Kejohanan Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Empat Hari Riuh Rendah Dengan Rania

Kisah Stoking Sekolah

Rmk13 Dewan Rakyat Kecoh Lepas Peristiwa 13 Mei Dibangkit Ketika Bahas

Reward Whistleblowers In Civil Service Says Deputy Speaker

Lake Neuron Inside The World S Largest Underground Thermal Lake Discovered Beneath Albania

Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia