Mengapa Dakwaan Belum Memadai Jadi Kes Rasuah




 

HarapandailyNovember 26, 2025Oleh DR ZULQARNAIN LUKMAN




Semalam, Setiausaha Politik (Supol) Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin telah meletakkan jawatan.
Tidak lama selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan, keluar berita Albert Tei yang mengatakan telah memberikan wang lebih RM600,000 kepada Supol PMX itu.




Orang ramai berspekulasi sama ada peletakan jawatan itu ada kaitan dengan dakwaan Albert Tei.
PMX pula mengeluarkan satu kenyataan ringkas bahawa beliau telah menerima peletakan jawatan tersebut dan menyebut SPRM bebas untuk membuat siasatan.
SPRM juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan memanggil kedua-dua pihak bagi tujuan siasatan.
Jika kita lihat definisi rasuah SPRM adalah:
Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Suapan boleh berbentuk wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, atau diskaun.
Contoh mudah: Seorang kontraktor memberi hadiah kepada pegawai kerajaan supaya projek diluluskan kepada syarikatnya. Itu dikira rasuah kerana ia melibatkan pemberian suapan untuk mempengaruhi keputusan rasmi.
Jika kita melihat kepada sabitan bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan yang didenda lebih RM8 juta dan penjara 6 tahun akan memberikan gambaran kes rasuah ini.
Laporan akhbar menyatakan, “Mohd Saifullah didakwa menerima suapan berjumlah RM1,765,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng, melalui Roslan Lahada”.
“Ia sebagai dorongan mendapatkan tender “Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif” bagi kempen Tourism Malaysia, serta tender Cadangan Promosi dan Pengiklanan Digital Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 secara rundingan terus kepada syarikat Plan B Digital Sdn Bhd.”
Tugas rasmiJika kita melihat kepada tohmahan Albert Tei itu pula dia menyatakan, “Tei mendakwa dia memberikan RM629,000 kepada Shamsul atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.”
“Dia seterusnya mendakwa berbelanja ribuan ringgit untuk cerut premium dan menjahit beberapa sut untuk pembantu politik itu.”






“Dia malah mendedahkan salinan resit tukang jahit dan ukuran badan Shamsul.”
“Tei juga menunjukkan tangkapan skrin WhatsApp dari Disember 2023, yang Shamsul didakwa meminta wang kepadanya semasa berada di luar negara.”
Jadi, cuba kita lihat kembali definisi rasuah SPRM yang menyebut suapan itu mesti sebagai dorongan untuk kerja rasmi.



Adakah memberikan RM629,000 untuk Supol itu lobi bagi dapatkan kembali wang yang telah disalurkan kepada ahli-ahli politik Sabah itu termasuk dalam tugas rasmi Supol? Adakah ini tugas rasmi Supol atau tugas politik?
Cuba bandingkan pula dengan sabitan ke atas SUSK Menteri Pelancongan yang menerima RM1.7 juta sebagai dorongan untuk dapatkan tender secara rundingan terus. Ini jelas masuk dalam tugasan rasmi.
Tidak mencukupiMalaysiakini yang memuatkan berita Albert Tei itu pun cukup berhati-hati dalam memilih tajuk berita.
Tajuk yang dipilih “Tei dakwa beri lebih RM600,000 kepada setiausaha politik kanan PM” dan bukannya “Tei dakwa beri rasuah lebih RM600,000…”.


Ini kerana pemberian RM600,000 itu mungkin merupakan fakta yang disokong bukti.
Sebaliknya, istilah rasuah mempunyai takrif undang-undang yang lebih kompleks dan tidak boleh digunakan tanpa asas yang kukuh.
 
Apa pun kita lihatlah nanti perkembangan siasatan SPRM kerana kita tidak ada maklumat terperinci.
Walaupun Albert Tei mendakwa beliau telah menghimpunkan 300 muka surat bukti, jika ia sekadar melibatkan dana politik maka ia tidak mencukupi untuk mensabitkan kes rasuah.
Paling kuat pun kira kena scam orang politik sahaja dan ia lebih berkemungkinan hanya boleh menjadi asas tindakan sivil dan bukannya suatu kesalahan jenayah.
Asasnya, sebagai orang politik selain daripada aspek undang-undang, aspek moral juga adalah penting untuk menjaga imej dan integriti parti.




*DR ZULQARNAIN LUKMAN merupakan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH.














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/mengapa-dakwaan-belum-memadai-jadi-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usaha Memerangi Rasuah Perlu Memberi Keutamaan Kepada Kes Besar Pm Anwar

Usaha Memerangi Rasuah Perlu Memberi Keutamaan Kepada Kes Besar Pm Anwar

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 173 hits
Usaha Memerangi Rasuah Perlu Memberi Keutamaan Kepada Kes Besar PM Anwar KUALA LUMPUR 21 November Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha memerangi rasuah perlu memberi keutamaan kepada kes kes besar yang melibatkan kerugian besar ...
Shamsul Iskandar Ditahan Sprm Bantu Siasatan Dakwaan Rasuah

Shamsul Iskandar Ditahan Sprm Bantu Siasatan Dakwaan Rasuah

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 148 hits
Pia ErnadyaPUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan bekas Ketua Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan ahli perniagaan Albert...
Pm Anwar Perjelas Punca Rayuan Dibuat Terhadap Alasan Penghakiman Dalam Kes Tuntutan 40 Hasil Sabah

Pm Anwar Perjelas Punca Rayuan Dibuat Terhadap Alasan Penghakiman Dalam Kes Tuntutan 40 Hasil Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 152 hits
K PRAGALATHNovember 13 2025Rayuan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam kes tuntutan 40 hasil Sabah perlu dibuat kerana keterlanjutan di dalam alasan penghakiman kata Perdana Menteri Datuk Seri An...
Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun

Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 185 hits
Lebih 3 000 Kes Jenayah Seksual Bawah 18 Tahun Direkod Dalam Tempoh Tiga Tahun KUALA LUMPUR 13 Nov Sebanyak 608 daripada keseluruhan 3 093 kes jenayah seksual melibatkan individu di bawah 18 tahun yang berlaku dalam tempoh 2023 hingga Oktob...
Keputusan Kerajaan Dalam Kes 40 Hasil Keputusan Mahkamah Dalam Kes Amri Koh Fokus Dewan Rakyat

Keputusan Kerajaan Dalam Kes 40 Hasil Keputusan Mahkamah Dalam Kes Amri Koh Fokus Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 214 hits
K PRAGALATHNovember 13 2025Waktu pertanyaan Menteri hari ini meyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan rasional kepada keputusan Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu...
Polis Lengkap Siasatan Kes Kematian Pempengaruh Taiwan

Polis Lengkap Siasatan Kes Kematian Pempengaruh Taiwan

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 184 hits
Polis Lengkap Siasatan Kes Kematian Pempengaruh Taiwan KUALA LUMPUR 12 Nov Polis telah melengkapkan siasatan terhadap penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau Namewee berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan bulan lepa...
Tindakan Awal Untuk Mengatasi Kes Buli Di Sekolah

Tindakan Awal Untuk Mengatasi Kes Buli Di Sekolah

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 229 hits
Saya tak menunggang isu buli yang sedang hangat sekarang Cuma Saya nak share beberapa tindakan awal yang cikgu jawatankuasa disiplin atau mana mana cikgu boleh lakukan sebagai usaha menangani masalah buli di sekolah Saya sedang lakukannya d...
Laporan Mengenai Rasuah

Laporan Mengenai Rasuah

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 116 hits
Menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang diketuai Pengerusinya Dato Indera Mohd Shahar Abdullah dan mendengar pembentangan Laporan Tahunan mereka buat kali pertama AGEN CIA PUN ADA GAK KA Laporan ini merangkumi penel...
Mcmc Tegas Tangani Sebaran Video Kes Salah Laku Seksual Pelajar Di Melaka

Mcmc Tegas Tangani Sebaran Video Kes Salah Laku Seksual Pelajar Di Melaka

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 227 hits
CYBERJAYA 12 Okt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menzahirkan kebimbangan serius berhubung laporan penyebaran rakaman video yang memaparkan kes salah laku seksual melibatkan beberapa pelajar dari sebuah sekolah di Melaka Penye...
Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak