Mengapa Anwar Dan Mahathir Tidak Mahu Bubar Parlimen



Anwar Ibrahim dan Ahli-ahli Parlimen PH daripada DAP, PKR dan PAN dalam keadaan terdesak semalam dan hari ini cuba menyatukan kembali gabungan parti politik dan Ahli-ahli Parlimen PH yang telah berpecah.

Mereka ingin membentuk kembali Kerajaan PH walaupun Perdana Menteri ke-7 Dr. Mahathir dari Bersatu telah meletakkan jawatan tiga hari lalu dan Bersatu telah keluar dari PH.

Anwar sedang cuba memujuk Mahathir dan Bersatu serta Azmin untuk kembali bersama-samanya dalam PH dan menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Semalam Khalid Samad berkata PH mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah iaitu 112 Ahli Parlimen.

Jika pun Anwar berjaya menyatukan mereka kembali dan mendapat 112 sokongan Ahli-ahli Parlimen, kerajaan yang akan dibentuk olehnya selepas kemelut ini akan menjadi kerajaan yang tidak stabil dan goyah dengan krisis politik yang berpanjangan.

Jika ada dua tiga orang Ahli Parlimen sahaja yang melompat parti atau menarik balik sokongan kepada Anwar, kerajaan ini akan tumbang dan episod kemelut politik ini akan bermula semula.

Dan kerajaan tersebut tidak akan dapat memberikan tumpuan kepada pemulihan ekonomi dan menjaga kepentingan rakyat sebaliknya akan menumpukan sepenuh masa berpolitik dan membuat persediaan untuk Pilihanraya Umum ke-15 tiga tahun akan datang pada 2023.

Sementara itu keadaan negara dan hidup rakyat akan menjadi semakin buruk di kala kerajaan yang dibentuk dan Perdana Menteri yang dilantik tidak mendapat mandat rakyat namun hanya mandat daripada 112 Ahli-ahli Parlimen.

Dalam keadaan biasa, sebaik selepas pilihanraya, mandat Ahli-ahli Parlimen untuk memilih Perdana Menteri dan membentuk kerajaan adalah mencerminkan dan sama (atau hampir sama) dengan mandat rakyat.

Namun kini selepas 22 bulan sejak PRU-14, mandat Ahli-ahli Parlimen untuk memilih Perdana Menteri dan membentuk kerajaan tidak lagi mencerminkan mandat rakyat malah ianya telah banyak berubah dan tidak sama.

Sebagai contoh, ini dibuktikan dengan keputusan lima pilihanraya kecil terkini di seluruh negara yang berturut-turut tidak menyebelahi kerajaan.

Rakyat tidak akan boleh terima Perdana Menteri dan kerajaan yang mereka tidak percaya serta yang dibentuk bukan dengan mandat mereka.

Sebab itu kini apabila Perdana Menteri meletakkan jawatan dan kabinet serta kerajaan terbubar, maka mandat yang baru daripada rakyat perlu diperoleh untuk membentuk kerajaan yang stabil, sah dan berkesan.

Sebab itu juga walaupun mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan PAS dalam Muafakat Nasional semalam telah mencadangkan kepada DYMM SPB YDP Agong supaya membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya dan mendapatkan mandat yang baru daripada rakyat untuk memilih Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.

........

Anwar, Mahathir dan DAP tidak setuju untuk membubarkan Parlimen kerana mereka masih mahu berpegang kepada kuasa dan jawatan dalam kerajaan walaupun mereka tidak lagi mendapat mandat daripada rakyat.

Mereka juga tentunya terpaksa menjaga kepentingan-kepentingan taikun-taikun, kroni-kroni atau kartel mereka yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO dan PAS sebaliknya masih mahu mengekalkan DAP dalam kerajaan.

Anwar, Mahathir dan DAP dilihat hanya menjaga periuk nasi dan kepentingan tengkok dan kedudukan mereka sahaja namun tidak menghiraukan kehendak dan kepentingan rakyat yang rata-rata mahu parlimen dibubarkan dengan pilihanraya dan mandat yang baru.

........

Mereka (PH) sibuk mengatakan tentang kos pilihanraya padahal mereka juga yang telah membuat langkah Kajang dan Langkah Port Dickson dahulu dengan pilihanraya yang sebenarnya tidak perlu berbanding pilihanraya ini kini.

Kelmarin RM43 billion telah hilang daripada Bursa Saham Kuala Lumpur akibat ketidakstabilan politik negara.

Dijangkakan banyak lagi kerugian yang akan ditanggung oleh rakyat dan negara selagi kemelut politik ini tidak diselesaikan dengan membentuk kerajaan yang baru yang mendapat mandat baru yang sah daripada rakyat melalui pilihanraya.

Kepada Anwar, Azmin dan Muhyiddin: Sekiranya anda rasa anda boleh mendapat mandat rakyat dan layak menjadi Perdana Menteri, mengapa perlu takut untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya?

Bubar.

ISHAM JALIL
26 Februari 2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/mengapa-anwar-dan-mahathir-tidak-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Ahli Parlimen Tandatangan Sokong Mahathir Tolak Anwar Jadi Pm

Ramai Ahli Parlimen Tandatangan Sokong Mahathir Tolak Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 487 hits
Buletin Asia Gambar hiasan KUALA LUMPUR Ahli parlimen dari UMNO PAS Bersatu dan sebahagian ahli parlimen PKR yang pro Timbalan Presiden PKR Dato Sri Azmin Ali telah dipanggil untuk menandatangani deklarasi untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mo...
Lantik Semula Mahathir Jadi Pm Tak Selesai Masalah Bubar Parlimen Pilihan Terbaik

Lantik Semula Mahathir Jadi Pm Tak Selesai Masalah Bubar Parlimen Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 317 hits
Sejak Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim semalam terdapat kecenderungan yang nyata daripada pelbagai parti untuk melantiknya semula sebagai Perdana Menteri PH khususnya DAP dan Amanah sudah memutuskan untuk mencal...
Dr Mahathir Anwar Belum Dapat Sokongan Minimum 112 Ahli Parlimen China Press

Dr Mahathir Anwar Belum Dapat Sokongan Minimum 112 Ahli Parlimen China Press

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 272 hits
Kedua dua kem yang masing masing menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri masih gagal mengumpul sokongan minimum 112 Ahli Parlimen Keadaan itu berlaku susulan perpecahan pendapat dalam UMNO sela...
Terkini Muafakat Nasional Pilih Bubar Parlimen

Terkini Muafakat Nasional Pilih Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 453 hits
Foto PC Muafakat NasionalKerajaan 22 Bulan PH Tumbang Ini Pendirian Muafakat NasionalSidang media oleh SU Agung PAS UMNO Presiden MCA Timbalan Presiden MIC dan PBRS 1 Ikrar SD sokongan BN dan PAS kepada Tun Dr Mahathir sebagai PM ditarik ba...
Bubar Parlimen Adalah Pilihan Akhir Bagi Pemimpin Yang Allah Bagi Kehebatan 9778

Bubar Parlimen Adalah Pilihan Akhir Bagi Pemimpin Yang Allah Bagi Kehebatan 9778

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 315 hits
Bila membuat keputusan yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan Itulah Tun Dr Mahathir Bubar Parlimen boleh ditangguhkan sehingga titik akhir atau menjadi pilihan akhir Utamakan kesetabilan keselamatan ekonomi dan kemesraan rakyat Malays...
Bubar Parlimen Kembali Kepada Rakyat Untuk Dapatkan Mandat Tok Mat

Bubar Parlimen Kembali Kepada Rakyat Untuk Dapatkan Mandat Tok Mat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 444 hits
Timbalan Presiden UMNO Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menyifatkan cadangan pembubaran parlimen sebagai wajar berdasarkan situasi semasa Menurutnya pembubaran parlimen sesuai dilakukan bagi memberi ruang kepada pilihanraya umum ke 1...
Mohon Ydpa Bubar Parlimen

Mohon Ydpa Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Terkini PAS Umno MIC dan MCA sepakat mahu memohon Yang di Pertuan Agong membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan berikutan situasi ketika ini Pembubaran Parlimen adalah opsyen terbaik sekiranya pem...
Ph Dapat Majoriti Mudah Tidak Perlu Bubar Parlimen

Ph Dapat Majoriti Mudah Tidak Perlu Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 185 hits
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad berkata parlimen tidak perlu dibubarkan kerana Pakatan Harapan telah mendapat sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan Hal itu dinyatakannya kepada media mengulas Setiausaha Agung Pas ...
Pemerintahan Tentera Vs Bubar Parlimen Atau Kerajaan Perpaduan

Pemerintahan Tentera Vs Bubar Parlimen Atau Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 359 hits
Dr Mahathir Mohamad mencadangkan untuk menerajui kerajaan perpaduan dan telah menjemput ahli parlimen dari pelbagai parti politik untuk turut serta kata beberapa sumber politik yang dipetik Reuters Desas desus itu timbul selepas peletakan j...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun