Lantik Semula Mahathir Jadi Pm Tak Selesai Masalah Bubar Parlimen Pilihan Terbaik




Sejak Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim semalam, terdapat kecenderungan yang nyata daripada pelbagai parti untuk melantiknya semula sebagai Perdana Menteri.

PH, khususnya DAP dan Amanah sudah memutuskan untuk mencalonkan semula Tun Mahathir, begitu juga UMNO, Pas, Warisan dan lain-lain.

Kumpulan 11 yang keluar PKR yang diketuai oleh Azmin Ali dan Bersatu yang sudah meninggalkan PH, pasti juga mahukan Tun Mahathir semula sebagai Perdana Menteri.

Hanya PKR yang belum membuat apa-apa keputusan setakat ini.

Kiranya majoriti parti bersetuju mencalonkan semula Tun Mahathir, ini dengan sendirinya bermakna Ahli Parlimen Langkawi itu pada pandangan Yang Dipertuan Agong telah mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Maka, jadilah Tun Mahathir sekali lagi sebagai Perdana Menteri - dulu PM4, selepas itu PM7, kemudian PM interim dan akhirnya PM8.

Ehhh....Malaysia ni tiada orang lain ke yang layak nak jadi Perdana Menteri?

Asyik-asyik dia - lepas dia, dia - kemudian dia lagi!!

Dalam hal ini, di ketika Yang Dipertuan Agong dipercayai bermula hari ini akan memanggil ketua-ketua parti ke Istana Negara untuk mendapatkan pandangan mengenai calon Perdana Menteri sebelum baginda membuat keputusan, adalah penting semua parti mempunyai calon yang jelas daripada kalangan sendiri untuk mengisi jawatan Perdana Menteri.

PH yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah mesti kekal dengan ketetapan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Oleh kerana gabungan tiga parti itu hanya mempunyai bilangan 92 Ahli Parlimen, mereka mesti berusaha mendapatkan sokongan daripada parti-parti lain, termasuk Sabah dan Sarawak untuk mencukupkan sekurang-kurangnya 112 jumlahnya.

Begitu juga Muafakat Nasional yang dianggotai oleh UMNO dan Pas yang turut disokong MCA serta MIC yang
mempunyai bilangan 59 Ahli Parlimen, mereka juga mesti menamakan calon sendiri sebagai Perdana Menteri.

Calonnya mungkin Zahid Hamidi, Najib Razak, Tengku Razaleigh atau Hadi Awang dan cubalah juga menarik sokongan daripada Sabah, Sarawak, kem Azmin dan Bersatu.

Tapi, tak usahlah calonkan Tun Mahathir lagi, bukankah dia yang menumbangkan UMNO dalam PRU14 lalu?

Lebih daripada itu, dalam perjumpaan dengan Anwar, Guan Eng dan Mohamad Sabu semalam, Tun Mahathir jelas menyebut, “saya tak boleh bersama dengan UMNO yang sudah rosak dan rasuah.”

Dinyatakannya juga, punca beliau meletakkan jawatan adalah kerana namanya terus dikaitkan untuk bekerjasama dengan UMNO yang menyebabkannya berasa malu seolah-olah bersama dengan golongan perasuah.

Jika sudah begitu tanggapan Tun Mahathir terhadap UMNO, apakah UMNO masih mahu mencalonkannya sebagai Perdana Menteri?

Lagi pun, jika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan tiba-tiba tiga empat bulan akan datang beliau meninggal dunia, kekalutan untuk melantik Perdana Menteri seterusnya akan muncul semula.

Ini kerana walaupun banyak parti setuju Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, tidak mungkin persetujuan itu berterusan untuk perlantikan Perdana Menteri selepasnya.

Misalnya, jika Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dan Azmin atau Hishammuddin akan dilantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, setelah Tun Mahathir meninggal dunia, tidak mungkin UMNO, Pas dan Amanah contohnya, setuju Azmin atau Hishammuddin yang sudah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri terus dijadikan pengganti Perdana Menteri.

Bermakna, mencalonkan semula Tun Mahathir hanyalah mampu memberi kestabilan yang interim saja, bukan dalam tempoh yang lebih lama.

Maka itu, adalah lebih baik semua parti atau blok mencalonkan nama Perdana Menteri sendiri dan tempoh ada ini gunakanlah sebaik-baiknya untuk menarik seberapa banyak sokongan yang boleh.

Kalau pun akhirnya semua parti atau blok tidak cukup bilangan kerusi untuk mengisi jawatan Perdana Menteri, jalan terbaik ialah Yang Dipertuan Agong mengarahkan Parlimen dibubarkan untuk mandat diserahkan semula kepada rakyat membuat pilihan.

Itulah demokrasi dan melalui keputusan pilihanraya itu nanti, semua pasti lebih puas hati. (ShahbudinHusin 25/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/lantik-semula-mahathir-jadi-pm-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubar Parlimen Adalah Pilihan Terbaik Rakyat Daripada Orang Giler Kuasa Sedang Berebut

Bubar Parlimen Adalah Pilihan Terbaik Rakyat Daripada Orang Giler Kuasa Sedang Berebut

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 308 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri Interim Dr Mahathir menyatakan bahawa satu sidang Dewan Rakyat akan diadakan untuk memilih Perdana Menteri yang baru pada hari Isnin depan 2 Mac 2020 Ini berikutan tiada Ahli Parlimen yang didapati mendapat sok...
Bubur Parlimen Pilihan Terbaik

Bubur Parlimen Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 166 hits
Sejak Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim semalam terdapat kecenderungan yang nyata daripada pelbagai parti untuk melantiknya semula sebagai Perdana Menteri PH khususnya DAP dan Amanah sudah memutuskan untuk mencal...
Kedudukan Masih Tak Menentu Bubar Juga Pilihan Terbaik

Kedudukan Masih Tak Menentu Bubar Juga Pilihan Terbaik

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 216 hits
Ini adalah gambaran daripada kenyataan Tapi kena tolak 2 iaitu hanya 219 sahaja kerana Tolak Tun Mahathir Shafiel Afdhal dan Nazri Aziz Taka ada siapa yang menguasai parilmen Bila tak ada keputusan baik belanja RM500 juta untuk PRU daripada...
Bubar Parlimen Adalah Pilihan Akhir Bagi Pemimpin Yang Allah Bagi Kehebatan 9778

Bubar Parlimen Adalah Pilihan Akhir Bagi Pemimpin Yang Allah Bagi Kehebatan 9778

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 357 hits
Bila membuat keputusan yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan Itulah Tun Dr Mahathir Bubar Parlimen boleh ditangguhkan sehingga titik akhir atau menjadi pilihan akhir Utamakan kesetabilan keselamatan ekonomi dan kemesraan rakyat Malays...
Mengapa Anwar Dan Mahathir Tidak Mahu Bubar Parlimen

Mengapa Anwar Dan Mahathir Tidak Mahu Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 247 hits
Anwar Ibrahim dan Ahli ahli Parlimen PH daripada DAP PKR dan PAN dalam keadaan terdesak semalam dan hari ini cuba menyatukan kembali gabungan parti politik dan Ahli ahli Parlimen PH yang telah berpecah Mereka ingin membentuk kembali Kerajaa...
Adakah Bubar Parlimen Diumumkan Petang Ini

Adakah Bubar Parlimen Diumumkan Petang Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 514 hits
Kenyataan Tun M kelmarin agak mengejutkan iaitu sidang khas Parlimen minggu depan diadakan bagi memilih PM Diketika semua Rakyat lebih tertumpu kepada keputusan dari Istana Negara PM Interim dilihat seolah olah mendahului Istana Adakah Tun ...
Nampak Kenyataan Pas Umno Untuk Bubar Parlimen Menjerat

Nampak Kenyataan Pas Umno Untuk Bubar Parlimen Menjerat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 250 hits
dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami
Kabinet Tanpa Dap Atau Bubar Parlimen

Kabinet Tanpa Dap Atau Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 382 hits
KABINET TANPA DAP ATAU BUBAR PARLIMEN Oleh Dr Riduan Mohamad NorMinggu ini negara digemparkan dengan drama politik terbesar tanahair semenjak negara kita mencapai kemerdekaan Peristiwa bersejarah ini mendapat liputan media daripada dalam da...
Oooooo Masa Ada Jalan Kononnya Dapat Majoriti Tak Keriau Pulak Nak Bubar Parlimen Busuk Punya Olang

Oooooo Masa Ada Jalan Kononnya Dapat Majoriti Tak Keriau Pulak Nak Bubar Parlimen Busuk Punya Olang

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 296 hits
Sekali lagi UMNO desak bubar Parlimen Habis tu yang duk calon Muhyidin PM 8 bagi kerajaan Perikatan Nasional buat apa Kalau dah cukup simple majoriti Tak kan la nak bubar Parlimen Buat malu kat orang PAS ja Habis ceruk kampung dah sedia lem...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord