Mengapa Anggota Pac Kakitangan Dibenar Masuk Ahli Parlimen Tidak


 


Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dan Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran pagi tadi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur berikutan sekatan polis menghalang Ahli-ahli Parlimen daripada masuk ke bangunan Parlimen.

Menurut Akmal, alasan penutupan Parlimen kerana jangkitan Covid 19 tidak relevan kerana kakitangan Parlimen yang lain dibenarkan berkerja seperti biasa, malah Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersama Ketua Pengarah Kesihatan bermesyuarat di bangunan itu, hari ini.

"Setiap kali Parlimen dibuka untuk penggal yang baharu, adat atau pun petua daripada Speaker Dewan akan menyebut bahawa beliau mengarahkan anggota polis untuk memudahkan, memberi laluan dan tidak menghalang Ahli Parlimen dari memasuki kawasan Parlimen.

"Untuk maklumat setiap Ahli Parlimen ada pejabat (di sana) dan kami boleh masuk ke bangunan Parlimen untuk menjalankan tugas.

"Malah sepatutnya persidangan Parlimen bukan hanya dalam Dewan Rakyat kerana ada Jawatankuasa Khas yang boleh bersidang atau bermesyuarat seperti PAC, sama ada Parlimen itu dalam persidangan atau tidak

"Hari ini jelas berlaku langkah yang tidak munasabah apabila PAC dibenarkan bersidang. Yang mana membenarkan orang lain selain Ahli Parlimen masuk, staf Parlimen juga dibenarkan masuk tetapi Ahli Parlimen tidak diberikan hak untuk masuk," kata Akmal dalam sidang media seusai membuat laporan polis.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia itu lagi, dalam laporan polis yang dibuatnya, beliau menekankan agar dikenalpasti pihak mana yang memberi arahan untuk menyekat Ahli-ahli Parlimen dengan cara melanggar undang-undang tersebut.

Tegasnya, sekatan seperti itu didapati melanggar beberapa akta di bawah Kanun Kesiksaan kerana menghalang Ahli Parlimen daripada menjalankan tugas.

"Saya dan YB Praba percaya individu berkenaan yang memberi arahan memaksa atau menghalang Ahli Parlimen daripada hadir ke Parlimen telah melakukan kesalahan

"Seksyen 124 Kanun Keseksaan. Menyerang, menghalang atau mempertakutkan dengan kekerasan terhadap Ahli Parlimen bagi menjalankan kuasa-kuasa mereka yang sah di sisi undang-undang

"Seksyen 124B Kanun Keseksaan. Melakukan aktivivi yang memudaratkan sistem demokrasi berparlimen

"Seksyen 124C Kanun keseksaan. Berniat untuk menjalankan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen

"Manakala Seksyen 9 (e) Akta 347, iaitu Akta Parlimen, Keistimewaan dan Kuasa 1952 menyebut menyekat dan menghalang Ahli Parlimen daripada menghadiri Parlimen

"Oleh yang demikian kami membuat laporan ini agar satu siasatan dapat dijalankan ke atas individu terbabit," katanya.

Akmal juga memulangkan tanggungjawab kepada siapa yang memberi arahan menyekat Ahli Parlimen pada pagi tadi bertanggungjawab penuh andai berlaku jangkitan Covid 19 dan sebagainya akibat himpunan di Dataran Merdeka atau perarakan ke Jalan Parlimen yang tidak sepatutnya berlaku.

Manakala Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran yang juga Ketua AMK Wilayah Persekutuan berkata, kerajaan Perikatan Nasional mengeluarkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang mengelirukan apabila meletakkan Parlimen di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit sedangkan lebih 80% Ahli Parlimen telah divaksin.

"Apa SOP dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan sangat mengelirukan.

"Di mana satu-satu kawasan apabila telah dapat imuniti berkelompok maka ia boleh berfungsi. Parlimen sudah dapat imuniti kelompok. Semua Ahli Parlimen telah divaksin. Apa alasan? Kenapa ada alasan Covid untuk menghalang kita bertugas?

"Jelas, antara orang yang sepatutnya mempertahankan demokrasi hari ini telah gagal mempertahankan demokrasi," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/mengapa-anggota-pac-kakitangan-dibenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peraturan 80 Orang Ahli Parlimen Masuk Dewan Waktu Sebelum Divaksin Tak Relevan

Peraturan 80 Orang Ahli Parlimen Masuk Dewan Waktu Sebelum Divaksin Tak Relevan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 252 hits
Perkara mudah jangan disulitkan Jika agamawan pun bercakaran sesama sendiri saling melondeh satu sama lain Orang awam memerhati Kita mahu Allah sayang waktu yg sama Kita mahu sesama manusia saling meyayangi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada ...
Ahli Parlimen Pegawai Hadiri Mesyuarat Pac Disahkan Positif Covid 19

Ahli Parlimen Pegawai Hadiri Mesyuarat Pac Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 207 hits
MALAYSIA NOW Ahli Parlimen tersebut menghadiri prosiding PAC antara 26 dan 28 Julai lalu Kakitangan Parlimen dan ahli ahli Parlimen serta pengamal media diarah untuk melakukan ujian kendiri susulan terdapat kes positif Covid 19 melibatkan k...
Ahli Parlimen Tidak Divaksin Kerajaan Gagal Disiplinkan Anggota Sendiri

Ahli Parlimen Tidak Divaksin Kerajaan Gagal Disiplinkan Anggota Sendiri

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 178 hits
POSTED BY AMIR WRLRKeengganan beberapa Ahli Parlimen untuk mengambil vaksin Covid 19 mengejutkan rakyat di seluruh negara Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan Mohd Hafiz Mohamad keadaan itu menimbulkan tanda tanya kerana Ahli P...
Ismail Sabri Tegaskan 31 Ahli Parlimen Kekal Sokong Kerajaan Pn

Ismail Sabri Tegaskan 31 Ahli Parlimen Kekal Sokong Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 384 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Barisan Nasional akan terus kekal menyokong kerajaan sejajar dengan perkenan Yang di Pertuan Agong supaya Perikatan Nasional meneruskan pentadbiran negara kata Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Dalam s...
Terkini 31 Ahli Parlimen Umno Dan Bn Kekal Taat Kepada Muhyiddin Tidak Kepada Zahid

Terkini 31 Ahli Parlimen Umno Dan Bn Kekal Taat Kepada Muhyiddin Tidak Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 187 hits
August 6 2021 Sebanyak 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menyatakan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Ahli Parlimen Umno Diberi Tempoh 48 Jam Tarik Diri Atau Dipecat

Ahli Parlimen Umno Diberi Tempoh 48 Jam Tarik Diri Atau Dipecat

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 382 hits
Oleh KHABARNYA kepemimpinan tertinggi UMNO mula memberi tekanan kepada ahli ahli Parlimen parti itu yang berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional Mereka dikatakan diberikan tempoh 48 jam sama ada menarik sokongan kepada Kerajaan PN dan perl...
10 Ahli Parlimen Yang Menyokong Zahid

10 Ahli Parlimen Yang Menyokong Zahid

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 185 hits
Najib Abdul Razak Azalina Said Othman Mohd Nizar Zakaria Azeez Abdul Rahim Noh Omar Ahmad Nazlan Idris Ahmad Jazlan Yaakub Tengku Razaleigh Hamzah Ramli Mohd Nor Ahmad Maslan
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Legacy Credit Emerges As A Substantial Shareholder In Vci Global