Mengandung Rapat Rapat Ibu Hamil Mungkin Anemia Bayi Boleh Lahir Pra Matang


Ketika hamil, banyak masalah yang mungkin berlaku pada si ibu. Salah satunya adalah anemia. Ia merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin.
Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan tentang anemia.

BAHAYA ANEMIA KETIKA HAMIL Anemia adalah masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin. Kekurangan hemoglobin bawah paras normal menyebabkan tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan mengakibatkan penghidapnya berasa lemah.
Wanita, kanak-kanak dan penghidap penyakit kronik berisiko tinggi mendapat anemia. Masalah kekurangan darah ini juga boleh diwarisi dan bayi mungkin mendapatnya ketika dilahirkan. Warga emas juga berisiko tinggi mendapat anemia kerana kekurangan zat makanan dan masalah kesihatan. Malah, wanita dalam tempoh subur juga terdedah kepada anemia akibat kekurangan zat besi disebabkan kehilangan darah akibat haid, selain peningkatan permintaan bekalan darah ketika mengandung.
Bagi kebanyakan wanita mengandung pula, mereka akan rasa mudah letih, berasa tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah. Keadaan ini memang nampak normal ketika ini hingga tidak diberikan perhatian serius. Mereka menganggap ia mungkin kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
Artikel Menarik: [Mengandung Tak Reti Duduk Diam, Anak Pun Ikut Aktif. Semangat Macam Ibu!]

Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.
Apabila anda mengalami anemia, tubuh tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Lantas anda tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya cepat berasa penat. Malah komplikasi kesihatan serius yang lain juga boleh berlaku.
Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkinan untuknya mengalami anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya. Dalam keadaan ini, wanita mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah.
Semasa hamil badan wanita menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan secukupnya, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan badan seseorang itu. Ini kerana apabila usia kandungan semakin meningkat, isi padu darah juga bertambah dan ia menyebabkan pencairan darah berlaku.
Walaupun sel darah merah makin bertambah, penghasilan plasma darah juga bertambah dan menyebabkan keadaan yang dipanggil anemia relatif atau fisiologi. Seseorang itu dikatakan mengalami masalah anemia apabila tahap kepekatan hemoglobin (g/dl) kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.
Kira-kira 75 peratus wanita hamil mengalami anemia akibat kekurangan zat besi. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko wanita hamil melahirkan bayi tidak cukup bulan atau berat badan bayi yang rendah. Wanita hamil sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung. Mereka disarankan agar meningkatkan pengambilan zat besi dalam diet harian.

Pemeriksaan darah perlu dijalankan secara rutin semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Antara gejala anemia adalah letih, tidak bermaya, sakit kepala, pening, berdebar-debar dan sesak nafas. Selain itu masalah anemia yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang (tidak cukup bulan), kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran.
Rawatan zat besi secara rutin disarankan dalam program penjagaan ibu mengandung. Sekiranya ibu mengandung tidak dapat mengambil zat besi dengan cara biasa, maka mereka disarankan mendapatkan suntikan zat besi yang dilakukan di klinik atau hospital. Pemindahan darah mungkin perlu dilakukan sekiranya berlaku anemia yang teruk dalam kalangan wanita mengandung yang hampir bersalin.
Tahap hemoglobin yang perlu untuk pemindahan darah mungkin lebih rendah dalam kalangan mereka yang mempunyai anemia kronik berbanding wanita dengan masalah hemolisis akut. Hemolisis adalah keadaan apabila kemusnahan sel darah merah disebabkan kecederaan pada membran sel.
Anemia yang teruk mesti dirawat sebelum kelahiran bayi untuk mengelakkan komplikasi yang berpunca akibat pendarahan semasa kelahiran. Wanita mengandung disarankan supaya menjalani pemeriksaan mengikut jadual seperti disediakan di klinik ibu mengandung. Ini sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak.
JENIS ANEMIA KETIKA HAMIL Masalah anemia ketika hamil boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Anemia akibat kekurangan zat besi
Ia berlaku apabila badan tidak mendapat zat besi secukupnya untuk menghasilkan hemoglobin yang diperlukan badan. Jadi, darah tidak dapat membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. Ini masalah anemia yang paling lazim dalam kalangan wanita hamil.
2. Anemia akibat kekurangan folat
Folat adalah vitamin yang ditemui secara semula jadi dalam beberapa jenis makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Ia sejenis vitamin B yang diperlukan badan untuk menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah. Ketika hamil, wanita memerlukan lebih folat, tetapi kadang kala ia tidak dapat dibekalkan melalui pemakanan. Apabila ini berlaku, badan tidak boleh menghasilkan sel darah merah normal yang cukup untuk mengangkut oksigen ke tisu badan.
Jadi inilah sebabnya wanita hamil diberikan suplemen asid folik. Kekurangan folat boleh menyebabkan kecacatan pada bayi seperti spina bifida dan bayi dilahirkan tidak cukup berat.

3. Anemia akibat kekurangan vitamin B12
Badan kita memerlukan vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Apabila wanita hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada pemakanannya, badannya tidak boleh menghasilkan sel darah merah yang sihat dalam kuantiti diperlukan.
Artikel Menarik: [Dapat 2 Anak Lelaki, Teringin Girl Pula. Ibu Ini Kongsi Apa Dia Buat, Berkesan!]
GOLONGAN BERISIKO TINGGI Semua wanita hamil berisiko mengalami masalah anemia. Ini kerana mereka perlukan lebih zat besi dan asid folik berbanding biasa. Namun risikonya lebih tinggi dalam keadaan seperti berikut:
1. Kehamilan kembar
2. Kerap hamil dan jarak antara dua kehamilan adalah rapat
3. Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan
4. Hamil pada usia terlalu muda (remaja)
5. Tidak mengambil cukup makanan yang kaya zat besi
6. Pernah alami anemia sebelum hamil

GEJALA DAN KESAN ANEMIA TERHADAP KEHAMILAN 1. Pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju
2. Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia
PENCEGAHAN DAN RAWATAN 1. Tingkat pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, tomato, tembikai, labu, bijan, tauhu, lada benggala, kiwi dan buah-buahan kering seperti prun dan kismis
2. Ambil roti dan bijirin diperkaya zat besi, asid folik
3. Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
#HealthDrZubaidi
The post Mengandung Rapat-Rapat, Ibu Hamil Mungkin Anemia. Bayi Boleh Lahir Pra Matang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mengandung-rapat-rapat-ibu-hamil-mungkin-anemia-bayi-boleh-lahir-pra-matang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Manfaat Buah Alpukat Untuk Ibu Hamil Bisa Cegah Bayi Lahir Cacat

10 Manfaat Buah Alpukat Untuk Ibu Hamil Bisa Cegah Bayi Lahir Cacat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 239 hits
Bahkan dikatakan konsumsi buah alpukat sangat dianjurkan bagi wanita atau ibu hamil karena banyaknya manfaat yang terkandung di dalamnya Merangkum dari berbagai sumber berikut manfaat buah alpukat yang baik dikonsumsi untuk ibu hamil
Ibu Dan Bayi Baru Lahir Ditemui Kaku Tak Bernywa Kerana Tiada Duit Ke Hospital

Ibu Dan Bayi Baru Lahir Ditemui Kaku Tak Bernywa Kerana Tiada Duit Ke Hospital

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 408 hits
PUCHONG Tiada perkataan yang mampu diungkapkan oleh aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang apabila terpaksa berhadapan dengan satu kes menyayat hati bila seorang ibu dan bayinya mennggal dunia sewaktu ke...
Ibu Hamil Pun Boleh Bergaya Nak Tau Tip Meh Baca Ni

Ibu Hamil Pun Boleh Bergaya Nak Tau Tip Meh Baca Ni

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 456 hits
IBU HAMIL PUN BOLEH BERGAYA NAK TAU TIP MEH BACA NI Bila perut semakin besar banyak baju dengan seluar dah tak muat kan Bukan pe kalau dipakai jugak confirm rasa tak selesa lagi lagi area perut Senak rasanya oii Tapi jangan risau Zaman seka...
Ditabrak Perempuan Belajar Mobil Ibu Hamil Dan Bayi Yang Dikandung Meninggal

Ditabrak Perempuan Belajar Mobil Ibu Hamil Dan Bayi Yang Dikandung Meninggal

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 470 hits
Mobil bergerak cepat Bersamaan dengan itu korban melintas di depan mobil tersebut sehingga korban tertabrak dan terjepit di tiang listrik Pelaku membawa korban ke RS Bhakti Mulya Slipi Jakarta Barat
Pengalaman Mengandung Bayi Songsang Akhirnya Lahir Secara Normal

Pengalaman Mengandung Bayi Songsang Akhirnya Lahir Secara Normal

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 654 hits
Pengalaman bersalin setiap ibu pastinya ada macam macam Kalau tiada masalah in Sha Allah anak yang dikandung akan dilahirkan secara normal Memang satu anugerah dan rezeki buat ibu yang dapat bersalin normal Tapi ada juga yang sepanjang keha...
Ibu Darah Jenis O Antara Penyebab Bayi Kuning Lepas Lahir

Ibu Darah Jenis O Antara Penyebab Bayi Kuning Lepas Lahir

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 449 hits
Ibu yang mempunyai darah jenis O mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mempunyai anak yang kuning ketika baru lahir Bagi memahami kenapa perkara ini berlaku kita kena faham kenapa ada blood grouping system Seperti yang kita tahu ...
Silap Bedung Bayi Boleh Jadi Punca Hip Dysplasia Ini 7 Perkara Ibu Ibu Harus Tahu

Silap Bedung Bayi Boleh Jadi Punca Hip Dysplasia Ini 7 Perkara Ibu Ibu Harus Tahu

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 395 hits
Hati hati ketika membedung bayi anda Jangan tersilap langkah small Cover image via Google small Bedung bayi sebenarnya memberikan banyak manfaat Ia juga merupakan satu langkah untuk membantu bayi melalui hari hari pertamanya selepas dilahir...
Theasianparent App Panduan Kepada Ibu Bapa Kehamilan Dan Bayi

Theasianparent App Panduan Kepada Ibu Bapa Kehamilan Dan Bayi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 208 hits
theAsianparent App Panduan Kepada Ibu Bapa Kehamilan dan Bayi Assalamualaikum dan salam sayang Ciktom teringat saat ciktom kali pertama
Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade

Bagi Yang Tak Faham Matematik Pengiraan Perjalanan Pmx

The Escape Machine A Mercedes Inspired Bmw R100r From Brooklyn

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

Tahukah Anda Fasal Delta Airlines

Kek Batik Malt Coklat

11 Istilah Dalam Perpajakan Penjelasan Definisi Beserta Rumus Dan Cara Perhitungannya

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Royalti Minyak Samsuri Pas Terus Kekal Dengan Politik Bebalkan Rakyat