Pengalaman Mengandung Bayi Songsang Akhirnya Lahir Secara Normal
Pengalaman bersalin setiap ibu pastinya ada macam-macam. Kalau tiada masalah, in Sha Allah, anak yang dikandung akan dilahirkan secara normal. Memang satu anugerah dan rezeki buat ibu yang dapat bersalin normal. Tapi ada juga yang sepanjang kehamilan tak ada masalah, tetapi bila tiba waktu untuk bersalin, anak dikandung disahkan berada di dalam keadaan songsang.
Bayangan ngeri menjalani pembedahan untuk melahirkan anak tiba-tiba mula menghantui fikiran. Emosi jadi sedikit terganggu. Bahaya buat ibu tersebut bila berfikir terlalu banyak untuk berhadapan situasi yang tidak dijangka ini.
Ibu Muda Kongsi Pengalaman Mengandung Bayi Songsang
Pun begitu, ada ibu yang mengalami pengalaman di mana pada mulanya kandungan semuanya baik tapi tiba-tiba bayi songsang dan perlu jalani pembedahan, tetapi kemudiannya bayi di dalam kandungan sempat berubah kedudukannya dan akhirnya ibu dapat bersalin secara normal.
Daripada pengalaman beberapa ibu yang telah banyak kali bersalin, samada bersalin normal ataupun secara pembedahan, masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan. Begitulah hebatnya perancangan yang Allah S.W.T tentukan.
Apapun, paling penting ialah bayi dan ibu berada di dalam keadaan selamat dan tanpa masalah sepanjang proses bersalin.
Dalam satu perkongsian oleh seorang ibu iaitu Diana Ameer, beliau menceritakan bagaimana bayi keduanya yang pada mulanya songsang akhirnya berjaya dilahirkan secara normal.
Jom hayati kisah perkongsian menarik ini.
**
Perkongsian Pengalaman - Bayi Songsang Akhirnya Lahir Secara Normal
Saya nak share pengalaman anak kedua saya. sekarang dah 4 bulan anak kedua saya ini. Anak pertama saya lelaki, Perut besar bulat macam bola…overdua baby.. 3.23kg… Lepas induce masuk ubat ikut bawah.. 2 hari 2 malam menahan sakit akhirnya lahirlah…
Yang first alahan awal-awal hamil sampai 3 bulan lebih macam tu.. BABY BOY…Ank kedua… Alahan kurang jugak… Perut bulat besar sama macam anak first… Teringin nak babygirl tapi bila tengok gaya sama macam anak first… Cakap kat suami tak payah scan la… Baby boy jugak ni kot..
Sebijik perut macam anak first dan alahan kurang… Semua yang tengok perut semua cakap baby boy.
Anak aktif dalam perut, kedudukan sentiasa berubah
So then pasal songsang… Anak kedua sangat aktif dalam perut… Scan masuk 5 bulan kepala elok dekat bawah, scan 6 bulan kepala dekat kanan, scan 7 bulan elok dekat bawah balik, scan 8 bulan songsang lagi, Kepala dekat kiri lak.. Masa ni dah nervous.
Nenek bidan kampung. So mintak nenek tengokkan dan pusing. Nenek cakap baby nak pusing-pusing lagi tu. Scan 9 bulan adoiiii. Dan dan je lepas nenek pusingkan tu dia pusing balik. Kali ni kepala duk bawah tapi menyerong ke kana. Masa ni lagi seminggu nak due date. Tapi start 7 bulan sampai 9 bulan tu memang rasa sakit je kat tulang rusuk if dia bergerak-gerak sebab mak kecil, ruang tak brapa nak ada.
Kena tahan seminggu untuk doktor pantau
Terus refer hospital.. Tahan kat hospital selama seminggu.. Doc pantau takut ketuban pecah awal, bleeding awal.. If baby tak keluar lagi memang c-zer… Then.. Doc bagi date c-zer 5/5/2019 tu date due baby… Masa tu tinggal lagi sehari doc nak suruh c-zer… Masa tu kepala betul-betul parking tepi laluan. Memang dia tak nak masuk jalan.
Ikut hati nak c-zer sebab malas nak tunggu kan. Tapi bila fikir balik suami kerja jauh, jarang ada kat rumah. Satu lagi saya suka buat kerja berat, selalu keluar sebab buat bisnes online angkat kotak…COD pos barang semua. Cakap kat suami, suruh bawak nenek time melawat kat hospital. Nenek datang gosok-gosok sikit perut, Alhamdullilah petang tu doktor datang periksa kepala bayi dah masuk laluan.
Alhamdulillah dapat anak perempuan
Gembiranya dah boleh balik…overdue juga seminggu lepas tu datang nak masuk ubat, doktor periksa jalan dah buka 4cm. so doktor masuk separuh je ubat. Lepas 2 jam masuk ubat datang la kesakitan tu. Masuk petang malam beranak…Alahamdulillah
So siapa yang baby songsang pantau la dari awal, selagi boleh ikhtiar buat.
Adalah tidak disarankan perut yang dah besar, dan bayi songsang kepala kat atas, minta bidan untuk pusingkan bayi. Malah sebenarnya, bidan pun tak berani nak buat bila perut dah terlalu besar.
Sumber: KKIM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.daain.info/2019/10/pengalaman-bayi-songsang-akhirnya-lahir.html