Mengambil Wang Kwan Tanda Mahiaddin Terdesak




 Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin benar-benar terdesak sekarang. Jika tidak terdesak, masakan duit masa depan generasi akan datang dalam Kumpulan Wang Amanah Negara akan digunakan untuk membeli vaksin.
Inilah padahnya apabila Kerajaan PN sebuah pemerintah yang sangat besar saiz. Bilangan kementerian, menteri dan timbalan menteri mencatatkan rekod paling ramai sejak Malaysia merdeka.
Untuk menampung sebuah kerajaan yang “tidak mengukur baju di badan sendiri”, maka Kerajaan PN memerlukan perbelanjaan tambahan sebanyak RM7 bilion.
Jika saiz kerajaan dikecilkan, bilangan menteri dan timbalan menteri dikurangkan maka Kerajaan tidak perlu menyentuh Kumpulan Wang Amanah Negara.
Wang amanah tersebut adalah untuk generasi akan datang.Sejak ditubuhkan pada tahun 1988 dan diurus oleh Bank Negara di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, wang dalam tabung tersebut tidak pernah disentuh oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini. Kerajaan PN sekarang patut berasa malu.
Saya ingin bertanya dua soalan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, di luar Parlimen sekarang kerana Parlimen telah digantung sejak 11 Januari 2021.


Soalan saya yang pertama ialah di manakah perginya Tabung Covid-19 yang telah diuntukkan sebanyak RM55 bilion (RM38 bilion untuk tahun 2020 dan RM17 bilion untuk tahun 2021)?
Soalan kedua saya ialah, tidakkah Parlimen sebelum digantung telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 bilion untuk membeli vaksin.
Ke mana pergi duit itu? Adakah RM3 bilion masih tidak mencukupi sehingga duit amanah di dalam Kumpulan Wang Amanah Negara hendak diambil?
Wang di dalam Kumpulan Wang Amanah Negara tidaklah sebanyak duit yang tersimpan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Di dalam Kumpulan Wang Amanah Negara hanya terdapat sebanyak RM16.9 bilion sahaja berbanding wang dalam KWSP bernilai beratus bilion ringgit.
Itupun, Kerajaan PN tergamak untuk ambil duit dari Kumpulan Wang Amanah Negara yang dikumpul sedikit demi sedikit dari sumbangan Petronas dan sumbangan dari negeri-negeri yang menerima royalti petroleum.
Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin betul-betul nekad. Betul-betul terdesak tidak ada duit kerana bebelanja boros selama lebih setahun ini sejak berkuasa pada 1 Mac 2020.
Untuk mengelak supaya tidak dituduh pecah amanah dan menjarah Kumpulan Wang Amanah Negara, Kerajaan Darurat PN ini sanggup meluluskan Ordinan Darurat yang baru untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 bagi membolehkan kerajaan menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Amanah Negara itu untuk membeli vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.
Ini semua dapat dilakukan oleh Perdana Menteri Muhyiddin dan Kerajaan PN pimpinannya kerana Parlimen digantung.
Ini antara lain sebabnya maka Darurat disytiharkankan supaya kerajaan PN yang tidak ada mandat ini dapat memerintah tanpa melalui proses semak dan imbang oleh Parlimen.
Tragedi malang yang menimpa negara dan rakyat sekarang ini dapat dielakkan sekiranya Parlimen masih dapat bersidang.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/mengambil-wang-kwan-tanda-mahiaddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Seolah Habis Wang Sampai Selongkar Tabung Kwan

Kerajaan Seolah Habis Wang Sampai Selongkar Tabung Kwan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 228 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONTindakan menyelongkar tabung Kumpulan Wang Amanah Negara memberi gambaran seolah olah kerajaan sudah kehabisan wang dan tiada cara lain untuk membiayai keperluan negara Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata keti...
Negara Tiada Wang Adalah Pengakuan Mahiaddin Tentang Kegagalannya Sendiri

Negara Tiada Wang Adalah Pengakuan Mahiaddin Tentang Kegagalannya Sendiri

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 237 hits
Akhirnya Mahiaddin Md Yasin mengakui kerajaan PN pimpinanya tidak ada banyak wang lagi untuk berbelanja Katanya kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion untuk Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan yang te...
Kapan Lailatul Qadar Tiba Begini Tanda Keutamaan Dan Tata Cara Salat Sunahnya

Kapan Lailatul Qadar Tiba Begini Tanda Keutamaan Dan Tata Cara Salat Sunahnya

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 328 hits
Malam yang lebih baik dari seribu bulan dan bisa mendapat pengampunan dosa jika bisa meraihnya
Kecilkan Saiz Kabinet Jimat Rm7 Bilion Tak Perlu Dana Kwan

Kecilkan Saiz Kabinet Jimat Rm7 Bilion Tak Perlu Dana Kwan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 332 hits
Kerajaan Perikatan Nasional tidak perlu menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara bagi membeli vaksin Covid 19 sekiranya kerajaan mengecilkan saiz kabinet sedia ada Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berka...
Kenapa Guna Dana Kwan Untuk Program Imunisasi

Kenapa Guna Dana Kwan Untuk Program Imunisasi

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 447 hits
Kenapa Pakar Ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid dan juga Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Nuradli Ridz wan Shah Mohd Dali membangkitkan persoalan yang sama Ini pendapat dari Prof Madya Dr Nu...
Mengapa Guna Dana Kwan Mana Peruntukan Beli Vaksin Rm3 Bilion

Mengapa Guna Dana Kwan Mana Peruntukan Beli Vaksin Rm3 Bilion

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 280 hits
Mengapa guna dana KWAN mana peruntukan beli vaksin RM3 bilion Oleh April 23 2021Penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara yang ditabung dari hasil petroleum untuk generasi masa hadapan oleh kerajaan Perikatan Nasional bagi membeli vaksin ...
Tanda Tanda Penyakit Dan Petua Mengatasinya

Tanda Tanda Penyakit Dan Petua Mengatasinya

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 213 hits
Jika Badan kebas dan kejang urat Itu tanda awal nak kena angin ahmar Minum lah air kelapa biar lembut urat 3 hari berturut InsyaAllah tak jadi penyakit bahaya itu Jika mata macam nak pitam pagi pagiitu tanda darah beku dalam kepala takut ja...
Selalu Lapar Tanda Kurang Protein Dalam Badan Betul Ke

Selalu Lapar Tanda Kurang Protein Dalam Badan Betul Ke

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 295 hits
Selalu Lapar Tanda Kurang Protein Dalam Badan Betul ke Ingatkan bila kita lapar tu kita kurang makan Tapi tak sangka ia adalah petanda badan kurang protein Sumber protein sangat penting untuk tubuh badan kita Ia dapat membantu kita membina ...
Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar Malam Penuh Rahmat

Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar Malam Penuh Rahmat

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 789 hits
Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar Malam Penuh Rahmat Berikut kami akan kongsikan sedikit info Malam yang perlu kita tahu Jadikan ini sebagai iktibar untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar Malam Penuh Rah...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open

Pencuri Rumah Imam

From Research To Reality Encouraging Innovation For Sustainability At Qassim University


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Award Recognition Night 2024

Tempahan Mini Burger Nugget Tempura

Hebahan Pendaftaran Anak Merdeka Malaysia

Bomba Teruskan Operasi Padam Kebakaran Hutan Simpan Jalan Genting