Mendaulatkan Islam


blogtunm.blogspot.com Tun M 1. Saya mengalu-alukan perhimpunan umat Islam yang bertujuan mempertahan kedaulatan Islam dan Perlembagaan. Saya sokong penuh tujuan-tujuan tersebut

2. Tetapi saya tertanya-tanya samada benar tujuan mendaulat Islam atau bertujuan mendapat sokongan bagi parti-parti politik tertentu. Yang pertamanya yang memimpin dan berucap ialah pemimpin Parti politik UMNO dan PAS. Dan akhbar melapor hasrat perhimpunan ialah untuk memperingati Kerajaan akan kedudukan agama Islam

3. Jika ia bertujuan mendaulat Islam, sepatutnya ia tidak terhad kepada parti politik tertentu sahaja. Gandingan parti-parti ini tidak mencerminkan solidariti orang Islam. Bahkan ia mengasing dan memisah umat Islam di Malaysia

4. PAS sejak awal lagi mendakwa orang parti UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir. Dakwaan ini masih tidak dibatalkan. Bahkan Amanat Hadi yang mendakwa Kerajaan UMNO adalah kafir dan kematian pejuang melawan Kerajaan UMNO, jika meninggal adalah syahid

5. Sekaligus dakwaan PAS dan Amanat Hadi memecah belah orang Melayu buat kali pertama. Orang Melayu semuanya beragama Islam dan termasuk golongan Sunni (Ahli Sunnah Wal Jamaah) pimpinan Imam Shafie. Tidak ada kelainan pendapat atau fahaman mereka berkenaan agama Islam sejak dahulu kala lagi. Mereka berpecah dengan mendalam dan teruk hanya apabila PAS ditubuh dan mendakwa orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir. Demikianlah taksubnya orang PAS terhadap dakwaan ini sehingga ada yang anggap ibu bapa mereka yang menyertai UMNO sebagai kafir. Mereka dakwa perkahwinan orang UMNO tidak sah dan perlu dikahwin semula. Sembelihan orang UMNO haram dan tidak boleh dimakan oleh orang PAS dan bermacam lagi

6. Sehingga sekarang PAS tidak pernah batalkan dakwaan UMNO kafir mereka dan Amanat Hadi. Bagi PAS orang yang tidak sertai PAS adalah kafir. Mengikut PAS hanya ahli PAS sahaja Islam. Sudah tentu orang Islam yang mencari suaka di Negara bukan Islam sudah jadi kafir

7. Bagaimanakah PAS bersama UMNO berhak dakwa perhimpunan mereka menggambar solidariti orang Islam untuk kedaulatan Islam

8. Ada pula orang yang berjawatan, yang membisu seribu bahasa berkenaan dakwaan PAS dan Amanat Hadi. Apakah mereka terima kesahihan dakwaan PAS dan Amanat Hadi

9. Ada orang Islam yang kononnya ingin mengamal ajaran Islam. Tumpuan mereka adalah kepada perkara yang kecil yang mempunyai unsur politik. Sebaliknya larangan keras agama Islam tidak mendapat teguran dari mereka

10. Sekarang kita sudah dapati orang Islam Malaysia yang menyertai peperangan sesama orang Islam. Mereka sanggup membunuh orang Islam, sesuatu yang dilarang oleh agama Islam. Tidak ada gerakan oleh orang Islam yang ingin mendaulatkan Islam ini yang berhujah berkenaan dosanya membunuh, terutama membunuh orang Islam

11. Orang Islam itu bersaudara. Tetapi persaudaraan orang Islam dihapuskan dengan penubuhan PAS yang memperalatkan Islam secara salah untuk hancurkan persaudaraan antara orang Melayu Islam yang wujud sebelum PAS ditubuh

12. Yang lebih buruk lagi ialah melaungkan nama Allah semasa himpunan untuk memperkuatkan politik pecah belah oleh parti. Nama Allah diguna untuk menghalalkan penolakan ajaran Islam bahawa mengkafir orang Islam tanpa sebab yang nyata. Membuat dosa dengan melaku amalan yang dilarang oleh agama tidak sepatutnya disusuli dengan menyebut nama Allah

13. Islam melarang mencuri, tetapi PAS berunding dan bekerjasama dengan pemerintahan sebelum ini yang terkenal dalam dunia sebagai pemerintahan pencuri. Sekarang PAS terus berganding bahu dengan orang yang ditolak oleh masyarakat kerana mencuri

14. Ramai juga orang Melayu yang kerap menuduh Kerajaan ini tidak mendaulatkan Islam. Tetapi sebaliknya rombongan demi rombongan orang Islam datang dari negara-negara Islam lain yang dakwa bahawa Malaysia adalah contoh negara Islam. Dimana-mana juga di luar Negara terdapat orang Islam yang pandang tinggi Malaysia sebagai negara Islam. Mereka nyatakan keinginan melihat negara mereka menjadi seperti Malaysia

15. Kata mereka penduduk Negara mereka yang 100% Islam tidak pun dapat mentadbir dan menstabilkan Negara mereka, jauh sekali dari membangun Negara mereka. Kerap kali mereka bermusuh sesama mereka, membunuh dan berperang. Demikianlah huru hara di Negara mereka sehingga ramai yang terpaksa berhijrah ke Negara bukan Islam. Kelainan suku kaum, kelainan fahaman ajaran Islam, kelainan politik, kelainan pemimpin menghalang keamamanan. Kerapkali mereka terpaksa akur dengan kehendak kuasa besar yang bukan Islam. Ada juga yang dipengaruhi oleh Yahudi, samada secara langsung atau tidak langsung

16. Orang Islam di Negara-negara ini sering kagum dengan Islam di Malaysia. Mereka tidak mendakwa bahawa Islam tidak didaulat di Malaysia. Yang menuduh hanya orang Islam di Malaysia sahaja

17. Ya. Kita tidak potong tangan, tidak pancung kepala, tidak lontar batu untuk bunuh wanita yang dituduh berzina. Kita tidak berbuat demikian kerana Islam utamakan keadilan. Apakah adil memotong tangan orang Islam tetapi mengenakan penjara dua bulan pencuri bukan Islam. Apakah adil menghukum wanita yang dirogol tetapi tidak lelaki yang merogol. Ya. Tidak ada empat orang saksi. Tetapi ada bukti lain. Ingatlah Zulaikha bersalah kerana baju Yusuf koyak dibelakang. Ini disebut dalam Al-Quran. Di zaman ini kita boleh kenal perogol melalui berbagai cara

18. Syariat Islam mengutama keadilan, bukan hukum dan bukan saksi. Sesuatu yang tidak adil bukan Islam. Menentukan keadilan adalah ajaran Islam

19. Sesungguhnya tuduhan yang dilempar terhadap Kerajaan bukan kerana tidak mendaulat Islam, tetapi semata-mata kerana politik. Dalam usaha ini agama Islam yang suci menjadi buruk kerana kepentingan bukan agama

20. Sekali lagi saya ingin bertanya kepada Haji Hadi dan PAS samada mereka masih nafikan Islam saya dan orang yang bukan menjadi ahli atau penyokong PAS



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtunm.blogspot.com/2019/05/mendaulatkan-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendaulatkan Islam Atau Mendaulatkan Politik Parti

Mendaulatkan Islam Atau Mendaulatkan Politik Parti

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 303 hits
Saya mengalu alukan perhimpunan umat Islam yang bertujuan mempertahan kedaulatan Islam dan Perlembagaan Saya sokong penuh tujuan tujuan tersebut Tetapi saya tertanya tanya samada benar tujuan mendaulat Islam atau bertujuan mendapat sokongan...
Persidangan Iosco Inisiatif Meningkatkan Ekonomi Negara Menerusi Perbankan Islam Dan Fintech

Persidangan Iosco Inisiatif Meningkatkan Ekonomi Negara Menerusi Perbankan Islam Dan Fintech

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 253 hits
Baru baru ini Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada persidangan International Organisation of Securities Commissions Asia Pacific Hub telah memberi penekanan berhubung pertumbuhan ekonomi negara menerusi penggunaan FinTech dan perbankan Islam ...
Berhimpun Hanya Untuk Politik Islam Sebenar Tak Diamalkan Pun

Berhimpun Hanya Untuk Politik Islam Sebenar Tak Diamalkan Pun

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 366 hits
Mana mana individu atau kumpulan yang menganjur akan hadir dan yang sokong Himpunan Ummah pada Sabtu ni hanya golongan yang tak de kerja dan hanya buat kerja yang mengarut dan sia sia je Tuduhan yang dibawa mereka dengan mengatakan kedaulat...
Melancong Bersama Ibc Tours Agensi Pelancongan Milik Bumiputera Islam

Melancong Bersama Ibc Tours Agensi Pelancongan Milik Bumiputera Islam

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1050 hits
IBC TOURS CORPORATION MALAYSIA SDN BHD SYARIKAT AGENSI PELANCONGAN YANG DITUBUHKAN PADA 1995 SYARIKAT MILIK PENUH BUMIPUTRA IBC TOURS telah membawa lebih 50 000 sepanjang perkhidmatanya Kami menjual secara borong kepada pelanggan dengan har...
Umat Islam Hilang Kuota Tambahan Haji Di Bawah Ph

Umat Islam Hilang Kuota Tambahan Haji Di Bawah Ph

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 297 hits
ALOR SETAR 4 Mei 8211 Umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10 000 orang untuk menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan Pakatan Harapan dengan Arab Saudi Ketika mendedahkan perkara itu Ketua Pergerakan ...
Ibu Negara Mulai Menbentuk Gelombang Putin Pertahan Kedaulatan Islam

Ibu Negara Mulai Menbentuk Gelombang Putin Pertahan Kedaulatan Islam

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 379 hits
KL Suasana putih sedang melatari kebanyakan lokasi utama Ibu Negara terutama di KL Sentral Masjid Jamek Masjid Negara dan termasuk juga di Dataran Merdeka Sogo serta sekitarnya seawal Subuh pagi tadi Individu dan kumpulan ini dijangka akan ...
Dap Is Not Anti Islam Just Anti Hudud

Dap Is Not Anti Islam Just Anti Hudud

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 294 hits
DAP respects the position of Islam as the religion of the Federation under the Constitution and is not anti Islamic as alleged by the Opposition said Bukit Mertajam Member of Parliament Steven Sim Chee Keong In a statement issued today Sim ...
Dap Mufti Perlis Akan Bersemuka Bincang Kritikan Ph Gagal Pertahan Islam

Dap Mufti Perlis Akan Bersemuka Bincang Kritikan Ph Gagal Pertahan Islam

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 388 hits
MALAYSIAKINI Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin dijangka bertemu bagi berbincang tentang laporan media yang memetik kenyataan mufti Perlis itu tentang DAP Ia susulan kenyataan Mohd Asri sebelum ini yang berkata...
Bagaimana Dengan Sokongan Pas Pada Calon Bukan Islam

Bagaimana Dengan Sokongan Pas Pada Calon Bukan Islam

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 420 hits
SEBELUM ini kata SOKONG UNDI calon bukan Islam membawa mudarat lebih besar kepada Islam dan Melayu mereka pijak agama Islam kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man TIBA TIBA Sekarang PAS beri sokongan pula kepada calon PBS bukan Is...
Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian

Sesak Nafas Nak Tampung Pelanggan Pemilik Kafe Tak Jadi Gulung Tikar Selepas Zizan Razak Datang Makan Di Kedai