Mendaki Gunung Nenek Semukut Pulau Tioman





Saya pernah datang ke Pulau Tioman dulu, lama dulu, sekitar tahun 2004. Saya memang teringin mendaki ke Gunung Nenek Semukut ini, tapi pada masa itu saya kekurangan info dan kunjungan saya hanya melihat dua batu tinggi menjulang seperti tanduk di Gunung Nenek Semukut dari dalam bot. Pada akhir September 2023, saya dan dua teman merancang mendaki gunung ini sambil bercuti di Pulau Tioman.


Kami bercuti di Pulau Tioman selama lima hari. Hari pertama sampai, di sebelah petang, kami berjalan ke Kampung Mukut untuk melihat suasana kampung ini. Kami menginap di Tunamaya Resort dan jarak ke Kampung Mukut agak jauh iaitu sekitar sejam berjalan kaki walaupun Tunamaya Resort terletak di Mukut. Petang itu kami bersiar dan melihat pintu gerbang Gunung Nenek Semukut di kaki gunung. Kami berkenalan dengan penduduk kampung dan telah menggunakan khidmat bonceng motorsikal berbayar untuk pulang ke resort. Kami juga telah sepakat menggunakan khidmat motorsikal ini untuk berulang alik ke Kampung Mukut nanti





Hari ketiga di Pulau Tioman, kami bangun awal untuk mendaki Gunung Nenek Semukut. Jam 6:50 pagi kami mula trekking sekitar 10 minit dari Tunamaya Resort sehingga sampai ke jalan mini tar tempat motosikal sewa yang kami janji tempoh hari menanti. Baki perjalanan ke Kampung Mukut kami naik motosikal. Kawan baru yang membawa motosikal membawa kami bersarapan di Warung Roti Canai Padang di Kampung Mukut sebelum kami mendaki. 



Setelah mendengar sedikit taklimat kami mula mendaki sekitar jam 08:30 pagi ditemani guide tempatan bernama Amy melalui  Uncle Sam Trails. Terdapat 10 check point di jalur ini yang boleh didaki secara ringkas dan selebihnya pendakian memerlukan peralatan teknikal untuk terus ke puncak sepasang tanduk yang menjulang tegak 90 darjah. Dari pintu gerbang Dragon Horns, kami menyusuri jalur yang agak landai sehingga ke check point 2. Meneruskan pendakian ke check point 4, jalur sedikit menegak



Di check point 4 terdapat bongkah batu besar yang dinamakan Batu Kapal. Amy membawa kami naik ke puncak batu besar ini. Tangga besi melekat kukuh di dinding batu memudahkan kami memanjat ke atas dan berada di atas batu besar ini merupakan titik awal kepuasan bagi saya. Cuaca yang cerah dan bergambar sambil disapa angin laut sungguh menyenangkan. Kami berada sekitar 15 minit di atas bongkah batu besar ini dan kemudian turun untuk meneruskan pendakian






Sampai di check point 5 kami berehat sebentar. Di sini terdapat batu besar yang dinamakan batu berlian kerana bongkah batu yang besar ini menyerupai bentuk potongan berlian. kami berehat sebentar sambil mendengar cerita tentang Gunung Nenek Semukut dan pengalaman Amy sebagai penunjuk arah di Gunung mitos ini. 







Melepasi check point 7, kami mula memasuki kawasan hutan buluh. Jalur agak menegak, redup, jelas dan terjaga. Menghampiri check point 8, terdapat batu menjulur yang memberi peluang pendaki untuk menyaksikan pemandangan laut di bawah. Kami berhenti di sini, berehat sebentar sambil merakam gambar. Saya merasa agak gayat berada di atas batu besar yang menjelir keluar dari hutan ini.









Kemudian kami meneruskan pendakian ke check point 9, di mana papan tanda Gunung Nenek Semukut dipahat diatas batu besar menghadap laut. Kami sampai di check point 9 sekitar jam 11:30 pagi setelah 3 jam mendaki secara santai. Lokasi ini amat tepat untuk melihat pemandangan di bawah. Kami juga melihat batu tanduk dengan jelas. Terpapar dengan jelas kesukaran untuk mencapai puncak tanduk tersebut. Walaupun ketinggian Gunung Nenek Semukut yang dapat didaki sekitar 703mdpl, puncak Gunung Nenek Semukut yang sebenar berada di hujung kedua belah tanduk tersebut




Menurut lagenda, Pulau Tioman terbentuk dari susuk naga betina dari Tasik Chini, Pahang yang mati dan menjelma menjadi pulau dalam usaha untuk hidup bersama belahan jiwanya naga jantan yang juga mati dan menjelma menjadi Pulau Daik di kepulauan Riau. Dua tanduk naga betina menjadi sepasang batu yang tegak berdiri di atas Gunung Nenek Semukut. Saya juga melihat dengan jelas batu berlekuk seperti muka manusia di dinding batu tanduk tersebut





Kami bergambar semahunya di check point 9 ini sehingga Amy mengajak kami ke check point 10. Mendaki ke check point 10, kami menjumpai banyak keluarga pokok periuk kera





Terdapat dinding batu besar di check point 10 ini dan menurut Amy, jika ada rezeki akan ada air meleleh di dinding batu tersebut dan air itu boleh diambil untuk minum jika perlu. Check point 10 juga merupakan titik terakhir yang boleh didaki secara ringkas tanpa menggunakan peralatan teknikal di Gunung Nenek Semukut ini. Kita juga boleh menulis kata syukur atau sebarang kata-kata yang ingin diluahkan di dalam buku yang disediakan di check point 10 ini sebagai kenangan





Setelah puas merakam gambar di check point 10, kami turun ke check point 9 dan seterusnya ke kaki gunung. Kami sampai di pintu gerbang Dragon Horns sekitar jam 13:40 petang. Kami kemudian makan tengahari di Kampung Mukut dan isteri Amy mempelawa kami mandi di Sungai Temu Jodoh di Kampung Mukut. Petang itu kami pulang ke penginapan dengan menaiki motorsikal yang dipandu isteri Amy dan rakan- rakannya







Jika tujuan pertama anda ke Pulau Tioman untuk mendaki Gunung Nenek Semukut, saya cadangkan anda tinggal di Kampung Mukut untuk menjimatkan wang tambang pengangkutan air. Anda juga dicadangkan bertanya pada orang kampung tentang jarak lokasi penginapan anda dengan Kampung Mukut sebelum anda membuat tempahan

Contack Kampung Mukut:1. Amy +60 13-713 9203 (guide gunung, diving, snorkling, penginapan dan percutian Kampung Mukut)2. Fidah +60 13-912 7565 (operator percutian Kampung Mukut, Tioman)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2023/10/mendaki-gunung-nenek-semukut-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Ke Pulau Tioman

Bercuti Ke Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 378 hits
Saya dan dua teman bercuti di Pulau Tioman selama lima hari dan tujuan utama kami ke sini adalah untuk mendaki Gunung Nenek Semukut Hampir 20 tahun dulu saya datang ke Pulau Tioman untuk bercuti maka berputiklah hasrat untuk mendaki Gunung ...
Viral Empat Sekeluarga Hilang Setelah Bercuti Di Pulau Perhentian Akhirnya Dijumpai Selamat

Viral Empat Sekeluarga Hilang Setelah Bercuti Di Pulau Perhentian Akhirnya Dijumpai Selamat

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 139 hits
Ahli keluarga hilang secara tiba tiba menjadi satu mimpi buruk yang tak boleh dibayangkan dengan kata kata Tentunya misteri kehilangan tersebut ingin dirungkai secepat mungkin dan menemui jawapan yang pasti Namun inilah yang terjadi pada se...
Banjir Besar Di Kedah Dulu Pas Anggap Bah Di Pulau Pinang Bala Allah

Banjir Besar Di Kedah Dulu Pas Anggap Bah Di Pulau Pinang Bala Allah

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 175 hits
HarapanDaily comBanjir besar di Kedah menyaksikan ribuan mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di empat daerah terjejas iaitu Kubang Pasu Kota Setar Pokok Sena dan Baling Namun pemimpin Pas dilihat tahu pula diam tidak mengeluark...
Ada Apek Seluar Pendek Berkhutbah Di Masjid Pulau Pinang

Ada Apek Seluar Pendek Berkhutbah Di Masjid Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 266 hits
Hariz MohdSetiausaha Agung DAP Anthony Loke menyelar tindakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan apek berseluar pendek akan mengajar agama di masjid Menurutnya pemimpin PAS sepatutnya melihat Pulau Pinang di bawa...
Pengalaman Pertama Pun Dah Teruk Ini Tips Terbang Bersama Myairlines Dari Klia Ke Pulau Langkawi

Pengalaman Pertama Pun Dah Teruk Ini Tips Terbang Bersama Myairlines Dari Klia Ke Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 290 hits
Berkesempatan untuk merasai pengalaman terbang bersama MYAirlines dalam penerbangan Pertama Mereka ke Pulau Langkawi pada 1Dec 2022 Untuk Makluman semua Penerbangan MYairlines beroperasi dari KLIA2 jangan ada pulak yang datang ke KLIA Pener...
Pulau Mas Kahwin

Pulau Mas Kahwin

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 265 hits
Judul TRAVELOG INDERASAKTI PULAU MAS KAHWIN JEJAK SEJARAH JOHOR RIAUPenulis Syed Azharul AsriqPenerbit Jejak Tarbiah PublicationTahun terbit 2018 Jumlah halaman 187Sebelum ini saya telah membaca naskhah sejarah oleh Syed Azharul Asriq yang ...
Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Intan Najuwa Cantik Lepas Bersalin Kongsi Gambar Dengan Baby Imane Dalam Pantang Pun Comel

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay