Mendaki Bukit Bendera Dari Bat S Cave Trail




Disebabkan saya kurang arif mendaki Bukit Bendera dari Bat's Cave trail, saya mengajak teman yang sering mendaki di sini untuk menemani saya. Saya dan enam orang teman mendaki ke Bukit Bendera dari jalur Bat's Cave Trail ini pada akhir February 2022. Kami memulakan pendakian sekitar jam 09:00 pagi menyusuri Jalan Pokok Ceri di kawasan perumahan di sebelah kanan stesen bawah Bukit Bendera. Terdapat papan tanda Bat's Cave Temple di beberapa  simpang dan setelah kami melepasi Tokong Bat's Cave atau Tokong Tua Pek Kong tersebut, jalur pendakian semakin kecil dan memasuki kawasan kampung trek mulai menaik.



Masih terdapat rumah-rumah kampung sehingga ke air terjun pinggir hutan. Kemudian kami menyusuri jalur mini tar dan jalur ini kami kongsi bersama penunggang mounting bike. Sepanjang menyusuri jalur ini kami mendengar deruan air sungai yang mengalir dari Bukit Bendera. Sekali sekala kami melintasi titi sempit yang dibina untuk menyeberangi sungai kecil yang jernih di bukit ini. 




Saya sedikit termengah-mengah trekking di belakang kerana mendaki dengan kawan-kawan yang agak laju pergerakannya. Akhirnya mereka mengalah dan memperlahankan langkah mengikut rentak gerakan saya. Kami singgah beberapa kali di sepanjang pendakian ini. Terdapat banyak simpang dan jalur memandangkan Bukit Bendera boleh didaki dari berbagai arah. Kami berehat agak lama di pertemuan simpang Hye Keay Trail, arah puncak Bukit Bendera dan Bat's Cave Trail. Terdapat pelantar yang dibina untuk para pendaki berehat sambil melihat pemandangan Bandar Air Hitam sambil  menikmat udara yang nyaman.


Kami kemudian meneruskan pendakian sehingga sampai kawasan Golden Stupa. Di sini terdapat banyak binaan berwarna keemasan berbentuk seperti lonceng yang merupakan simbol penganut ajaran Budha diletakkan di atas setiap batu di kawasan bukit ini. Bilangan Stupa yang puluhan banyak itu agak menarik perhatian saya dan kami merakam gambar semasa melintasi kawasan ini untuk ke Middle Station. Di Middle Station kami berehat sebentar sambil menyaksikan pemandangan di bawah, terdapat tandas percuma di sini





Kemudian kawan saya mencadangkan kami meneruskan pendakian melalui trek Moniot Trail 1825. Jika kita meneruskan pendakian melalui jalur di sebelah kanan  Middle Station, kita akan meneruskan pendakian melalui Haritage Trail atau Trek Warisan. Kami meneruskan pendakian melalui trek di sebelah kiri Middle Station untuk ke trek Moniot Trail 1825. Trek ini lebih jauh berbanding Trek Warisan menuju Puncak Bukit Bendera



Moniot Trail 1825 merupakan antara trail terawal di Bukit Bendera dan ia siap dibuka pada tahun 1825 dan trek ini dikenali sempena nama seorang Gabenor Jules M Moniot. Kami menyusuri trek di pinggir bukit sambil menyaksikan pemandangan bangunan dan bandar di bawah sana. Kemudian kami singgah berehat di sebuah tokong. Meneruskan pendakian akhirnya kami sampai di pintu masuk Moniot Trail 1825 pada jam 13:00 tengahari. 



Kami kemudian meneruskan trekking melalui jalan raya sekitar dua kilometer untuk sampai ke Medan Selera di puncak Bukit Bendera. Dalam perjalanan ke sana, kami melintasi Cafe Kopi Hutan dan jalanraya mulai sibuk kerana terdapat banyak kenderaan membawa pelancong ke cafe yang popular ini. Setelah itu kami melintasi The Habitat, satu lagi tempat menarik untuk melihat pemandangan dengan binaan pelantar tinggi di dalam hutan yang berbentuk bulat jika kita berkunjung ke Bukit Bendera




 Akhirnya saya sampai di kawasan Astaka Bukit Bendera sekitar jam 13:30 tengahari. Seperti biasa ada potongan harga kepada para pendaki di gerai air di medan selera ini. Kami menjamu selera di sini sebelum turun menaiki keretapi dengan harga ticket Rm6.00 seorang sehala perjalanan

Nota:Guide shamsul 016 4963000


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2022/03/mendaki-bukit-bendera-dari-bats-cave.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendaki Bukit Chabang Di Perlis

Mendaki Bukit Chabang Di Perlis

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 357 hits
Mungkin ramai yang akan membayangkan dan berfikir masa yang diperlukan untuk mendaki ke bukit setinggi 390 mdpl agak singkat dan mudah Tapi tahukah pembaca ketinggian sesuatu puncak tidak menceritakan jalur yang perlu dilalui Saya dan lima ...
Prn Johor Polis Siasat Video Tular Bertengkar Pasang Bendera Parti

Prn Johor Polis Siasat Video Tular Bertengkar Pasang Bendera Parti

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 192 hits
Rakaman video itu dikesan tular semalam pada 6 petang bagaimanapun sehingga kini polis masih tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu JOHOR BAHRU Polis menjalankan siasatan susulan satu rakaman video tular di media sosial memap...
Strategi Perang Bendera Mampu Pengaruhi Sokongan Pengundi

Strategi Perang Bendera Mampu Pengaruhi Sokongan Pengundi

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 454 hits
SETIAP kali kempen pilihan raya diadakan panji bendera merupakan salah senjata utama yang wajib digunakan oleh sesebuah parti untuk menunjukkan simbolik perjuangan mereka kepada pengundi Dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada kali ini strateg...
Polis Temui Mayat Di Bukit Pelindung Di Percayai Individu Hilang Sejak 19 Januari Lalu

Polis Temui Mayat Di Bukit Pelindung Di Percayai Individu Hilang Sejak 19 Januari Lalu

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 182 hits
KUANTAN Pasukan penyelamat hari ini menemui mayat dipercayai individu yang hilang sejak 19 Januari lalu di celah batu Bukit Pelindung di sini Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata usaha mengeluarkan ...
Bukit Guling Ayam

Bukit Guling Ayam

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 902 hits
Lokasi Bukit Guling Ayam Aktiviti Pendakian Alamat Bukit Guling AyamJalan Lingkaran Tengah 2 53300 Selangor Waktu Pendakian 9 30 11 00 pagiTahap Kesukaran Mudah Tarikh Lawatan 23 Februari 2022 Bukit Guling Ayam menjadi lokasi pertama yang d...
Kecewa Dipindahkan Bekas Adun Pas Bertanding Calon Bebas Di Bukit Pasir

Kecewa Dipindahkan Bekas Adun Pas Bertanding Calon Bebas Di Bukit Pasir

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 167 hits
FMT ReportersNajib Lep merupakan satu satunya wakil PAS dalam DUN Johor hari ini bertindak bertanding atas tiket Bebas sekali gus menyaksikan pertembungan enam penjuru PETALING JAYA Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Pasir dari P...
Sampai Kena Kibar Bendera Depan Pesakit Bedridden Tu Dah Kenapa Netizen

Sampai Kena Kibar Bendera Depan Pesakit Bedridden Tu Dah Kenapa Netizen

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 123 hits
Kecoh di media sosial mengenai gambar sekumpulan ahli Barisan Nasional datang melawat pesakit terlantar dan dalam masa yang sama salah seorang dari mereka mengibarkan bendera parti di hadapan pesakit Perbuatan lelaki itu mengundang pelbagai...
Volodymyr Zelenskyy Perlu Angkat Bendera Putih

Volodymyr Zelenskyy Perlu Angkat Bendera Putih

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 113 hits
NORMAN RADZUANKita baru merisik bagaimana kami nak membantu UKRAINE PATUT SEDAR SIAPA NATOBuka messenger kawan Fb minta komen tentang Ukraine dan Russia Saya mcm tidak mahu sb berehat 2 hari menulis kerana demam ramai juga rakan2 sudah menu...
Tic Tac Malaysia Invites You To Form A Kindness Trail With Its Very Own Gentle Messenger

Tic Tac Malaysia Invites You To Form A Kindness Trail With Its Very Own Gentle Messenger

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 172 hits
Since the start of the pandemic in 2020 many are living in unprecedented times of disconnect restrictions and uncertainties To connect Malaysians with loved ones near and far Tic Tac Malaysia has launched the Tic Tac Kindness Trail campaign...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita