Mendaki Bukit Chabang Di Perlis




Mungkin ramai yang akan membayangkan dan berfikir masa yang diperlukan untuk mendaki ke bukit setinggi 390 mdpl agak singkat dan mudah. Tapi tahukah pembaca, ketinggian sesuatu puncak tidak menceritakan jalur yang perlu dilalui. Saya dan lima teman menyertai sekumpulan pendaki ke Bukit Chabang di Perlis ini di saat akhir. Kami berkhemah di Santuary Ikan Air Tawar Timah Tasoh sehari sebelum hari mendaki. Dari tapak khemah ini saya melihat Bukit Chabang yang berdiri teguh. Ia kelihatan agak tegak dari jauh sehingga saya terpikir jalur yang juga pasti pacak. 


Kami diminta berkumpul di IKM Beseri awal pagi pada hari mendaki. Setelah semua bersedia kami bergerak ke kaki Bukit Chabang dan kenderaan di pakir dalam kebun getah secara percuma. Pendakian ke puncak Bukit Chabang bermula di sini. Kami memulakan pendakian pada jam 04:10 pagi setelah melakukan sedikit senaman regangan otot. Ditemani seorang guide dan seorang sweeper di belakang, kami sejumlah sembilan orang mula memanjat bongkah- bongkah batu ditemani cahaya headlamp. Seperti biasa saya mendaki di kumpulan belakang dan tiada gambar yang saya rakam sepanjang pendakian ini kerana gelap. Kami di kumpulan akhir sampai di puncak pada jam 06:40 pagi setelah memerah keringat. 






Kami berehat agak lama di puncak yang mempunyai permukaan batu-batu tajam menyaksikan matahari terbit pagi itu. Pendakian ke Bukit Chabang 390 mdpl pada pandangan saya seperti mendaki Gunung Pulai di Baling dan Gunung Pinnacle di Serawak. Namun Bukit Chabang lebih mencabar berbanding Gunung Pinnacle walaupun tinggi Bukit Chabang sekadar 390 mdpl. Ini kerana jalur Bukit Chabang lebih alami ataupun lebih semulajadi. Tidak seperti Gunung Pinnacle, di setengah jalur terdapat tangga besi. Jalur pendakian di Bukit Chabang hanya terdapat beberapa utas tali untuk berpaut. Pendaki terpaksa berhati-hati, menggunakan sepenuh tenaga semasa mendaki dan turun sepanjang pendakian. Otot tangan mesti kuat untuk memegang dan memaut batu-batu tajam dan otot kaki pula memainkan peranan untuk melonjakkan badan ke atas. Pendakian ke Bukit Chabang tidak sesuai kepada pendaki yang mempunyai tahap gayat yang tinggi dan agak sukar juga kepada pendaki bertubuh rendah kerana di sesetengah bahagian batu-batu agak besar dan tempat berpijak agak berjarak. 




Kami bergerak turun pada jam 08:20 minit pagi. Sepanjang perjalanan turun kami mengambil kesempatan merakam gambar. Cuaca hari itu amat baik dan cerah. Kami melihat Tasik Timah Tasoh yang melebar di bawah sana. Perjalanan turun juga agak mencabar bagi saya kerana saya juga seorang yang mempunyai perasaan gayat. 






Kami di kumpulan akhir sampai semula di tapak pakir sekitar jam 10:45 pagi. Jika mendaki ke Bukit Chabang sebaiknya mendakilah bersama teman walaupun ketinggian bukit ini tidak seberapa, namun jalur pendakian agak bahaya tanpa alat keselamatan seperti helmet. Baik juga sekiranya mengambil khidmat guide yang mahir tentang jalur dan selok belok bukit. Sedikit peralatan seperti sarong tangan mungkin baik bagi memudahkan pendakian anda ke sini.
Nota:1-Guide Khayril - 012 58268582-Santuary Ikan  Air Tawar Timah Tasoh - 011 57600702



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2022/03/mendaki-bukit-chabang-di-perlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendaki Bukit Bendera Dari Bat S Cave Trail

Mendaki Bukit Bendera Dari Bat S Cave Trail

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 213 hits
Disebabkan saya kurang arif mendaki Bukit Bendera dari Bat s Cave trail saya mengajak teman yang sering mendaki di sini untuk menemani saya Saya dan enam orang teman mendaki ke Bukit Bendera dari jalur Bat s Cave Trail ini pada akhir Februa...
Tidak Mampu Daki Bukit Lagi

Tidak Mampu Daki Bukit Lagi

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 155 hits
Tengok gambar anak anak saudara seawal usia tiga empat tahun mendaki Bukit Panau memang menyeronokkan Mereka bersama bapa ibu bapa saudara ibu saudara dan sepupu bersama sama mendaki atau hiking Bukit Panau Sebenarnya dalam keluarga ambo ke...
Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan

Masyarat Orang Asli Jerantut Boleh Jadikan Tanaman Padi Bukit Tarikan Pelancongan

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 113 hits
JERANTUT Masyarakat Orang Asli di daerah ini boleh menjadikan tanaman padi bukit yang diusahakan sebagai tarikan pelancong ke tempat mereka selain sumber ekonomi Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata masyarakat Orang Asli ...
Adun Bukit Melawati Positif Covid 19

Adun Bukit Melawati Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 208 hits
Juwairiya Zulkifli mengalami sakit tekak dan keletihan semalam tetapi ujian kendiri yang dilakukan secara harian menunjukkan keputusan negatif PETALING JAYA Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli disahkan positif Covid...
Pr1ma Di Cerun Bukit Kerajaan Pahang Perlu Jelaskan Dakwaan Bercanggah Dengan Pusat

Pr1ma Di Cerun Bukit Kerajaan Pahang Perlu Jelaskan Dakwaan Bercanggah Dengan Pusat

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 168 hits
BENTONG Kerajaan Pahang digesa menjelaskan sendiri selepas Putrajaya mengesahkan ia tidak terlibat dalam projek perumahan yang dikatakan dibina di Bukit Raka dalam daerah ini Dalam satu kenyataan hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut Le...
We Ll Act Without Fear Or Favour When Probing Errant Cops Says Bukit Aman

We Ll Act Without Fear Or Favour When Probing Errant Cops Says Bukit Aman

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 130 hits
Police integrity and standard compliance department head Azri Ahmad says there will be no compromise when acting against police personnel who commit offences KUALA LUMPUR Bukit Aman s integrity and standard compliance department has neither...
Kecewa Dipindahkan Bekas Adun Pas Bertanding Calon Bebas Di Bukit Pasir

Kecewa Dipindahkan Bekas Adun Pas Bertanding Calon Bebas Di Bukit Pasir

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 167 hits
FMT ReportersNajib Lep merupakan satu satunya wakil PAS dalam DUN Johor hari ini bertindak bertanding atas tiket Bebas sekali gus menyaksikan pertembungan enam penjuru PETALING JAYA Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Pasir dari P...
Lokasi Wajib Singgah Di Perlis

Lokasi Wajib Singgah Di Perlis

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 505 hits
Lokasi Wajib Singgah Di Perlis Dalam list DH memang nak melawat banyak tempat kat Perlis ni tapi tau memang tak akan tercapai sebab kalau cuti pendek dan banyak menyinggah rumah adik beradik dan sedara mara memang harus la jawabnya Perlis n...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Tshirt Family Day 2024 Tempahan Tshirt Family Day

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau

Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat