
Antara sebab utama Abe Kie bertukar ke plan Hotlink Postpaid tu sebab kelajuan internet tu yang superb! Abe Kie test dgn www.fast.com. Mahunya speed sampai 150Mbps!Kalau yang terendah pun dalam 57Mbps yang pada pendapat Abe Kie masih laju lagi...
Bila Abe Kie test speed plan unlimited pula, seperti dijangka, speed di bawah 6Mbps. Sejujurnya speed selaju ini boleh je tengok Youtube HD. X de masalah. Lagipun pencawang telco cuma 100m dari rumah Abe Kie.
Dalam masa 2 jam penukaran plan telah berjaya dilakukan. Dengan plan pascabayar ni Abe Kie boleh guna dulu. Bila sampai sampai bil baru bayar!Jumlah data yang diperolehi dengan membayar RM40 sebulan (tidak termasuk SST 6%) ialah 25GB sahaja selama 12 bulan. Hmmm...gunalah dulu selama 1 tahun. Jika OK abe kie teruskan. Jika tidak, abe kie akan tukar ke plan lain, atau pun telco lain gitu!Bil akan dihantar ke emel berdaftar. Abe Kie juga mendaftar perkhidmatan autopay guna kad kredit Maybank. Jadi bila bil sampai, Maybank akan bayarkan dulu. Pas tu abe kie bayar kat mereka. Bukan mereka tolong bayarkan, ya! Hehehe...|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |