Mencari Signifikan Pirane Melaka


ULASAN PETANG
TUMPUAN umum kini kepada pilihan raya negeri (Pirane) Melaka. Pirane Melaka kali ini adalah yang ke-15 sejak Merdeka. Ia berbeza dengan pilihan raya sebelum ini, yang selalunya diadakan serentak bersama pilihan raya umum kebangsaan. Jadi pilihan raya kali ini hanya membabitkan pemilihan wakil rakyat di 28 kerusi Dun sahaja, tidak termasuk kerusi parlimen. 
Hari ini adalah hari penamaan calon dan hari pengundian 20 November. Proses penamaan calon sudah pun selesai. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan seramai 112 calon yang bertanding dalam pilihan raya itu, di mana sebahagian besar kerusi berlaku pertandingan tiga penjuru antara komponen BN, PH dan PN. Walaupun ada penyertaan beberapa calon bebas dan parti lain, ia seperti tidak penting. 
Piliharanaya itu diadakan apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu. Pembubaran dibuat atas perkenan Yang diPertuan Melaka Mohd Ali Rustam setelah menerima nasihat bekas ketua menteri Sulaiman Md Ali. 


Sulaiman menasihat Ali Rustam agar membubarkan Dun Melaka bagi mengelakkan pembangkang (PH) menubuh kerajaan. Walaupun tindakan Ali itu dipertikaikan sampai dibawa ke mahkamah, (esok akan diputuskan apakah pembubaran itu berperlembagaan atau tidak) namun pilihan raya diteruskan juga seperti mana kehendak perlembagaan. 
Ada mempersoalkan tindakan Ali itu tidak bijaksana dan motif politik? Boleh jadi Ali bersedia membubar Dun Melaka atas perkiraan ia akan menguntungkan BN dan memberi kemenangan kepada partinya, Umno. Ali Rustam adalah bekas ketua menteri Melaka di zaman BN.   
Kunci menyebabkan Dun Melaka dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan, apabila empat orang Adun terdiri daripada dua wakil Umno, Idris Haron (Sungai Udang) bersama Nor Azman Hassan (Pulau Kundor) serta Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Nor Effandi (Bersatu - Telok Mas) menarik diri daripada menyokong kerajaan BN. Dengan penarikan sokongan mereka itu menyebabkan BN hilang majoriti, tumbang.  
Sebelum BN membentuk kerajaannya, Melaka diperintah oleh PH yang mendapat mandat rakyat melalui Piraum ke-14. Apabila berlaku penarikan sokongan empat Adun itu PH bercadang untuk menubuh kerajaanya kembali. Bagaimana pun impian itu tidak sempat tercapai dihalang dengan pembubaran Dun. 
BN dahulu berjaya menumbangkan kerajaan PH apabila tiga Adun yang sebelum ini mewakili DAP (Norhizam Hassan Baktte), Keadilan (Muhammad Jailani Khamis - Rembia) dan Bersatu (Rafiq Naizamohidden (Paya Rumput) dan Nor Effandi Ahmad - Telok Mas) menyeberang bersama BN. Dengan penyeberangan mereka itu BN bentuk kerajaan dengan kelebihan 17 suara. 
Pilihan raya unik. 
Pilihan raya Melaka kali ini sedikit unik dan agak asing bukan sahaja kerana ia tidak seperti selalunya, tetapi diadakan dalam norma baru waktu negara masih diancam pandemik Covid-19. Ramai yang tidak terfikir pilihan raya itu boleh diadakan. Mereka yang putih dengan politik tidak mengira SPR sedia mengadakan pilihan raya. 
Walaupun begitu apa yang tidak terfikir itu, difikir oleh orang politik. Pilihan raya itu seperti sengaja diadakan untuk memberi peluang kepada Umno menunjukkan kekuatannya serta mengembalikan semula kerajaan yang hilang dan sekaligus menghalang PH membentuk kerajaannya semula. Ada munasabahnya kalau pilihan raya itu disengaja diadakan memandangkan ada hubungan sentimental antara TYT dengan Umno.
Disebabkan keadaan pandemik masih belum reda, menyebabkan timbul persoalan apakah pilihan raya itu akan mendapat perhatian pengundi atau tidak?  Ada kemungkinan pengundi bimbang untuk keluar mengambil bahagian memandangkan keadaan semasa, Covid belum habis. Peraturan dan SOP yang dikenakan sedikit sebanyak menyebabkan pengundi malas untuk keluar mengundi.
Apa yang berlaku di Sabah dahulu boleh menghantui mereka. Sewaktu negeri di bawah Bayu itu mengadakan Piranenya menyebabkan berlaku penularan Covid yang dahsyat. Kejadian itu turut disinggung sama oleh negara luar, di mana pihak di Singapura mencatatkan penularan Covid di Malaysia gara-gara Pirane Sabah itu. 
Walaupun ada SOP ketat sepanjang pilihan raya itu, tetapi tidak dapat dijamin ia mampu membendung wabak berkenaan yang sukar untuk dihapuskan. Justeru timbul persoalan oleh sesetengah pihak apakah Pirane itu akan menerima kesan tersendiri, seperti kurangnya peratus keluar mengundi. Sekiranya peratus keluar mengundi ia akan  memberi kesan tidak langsung kepada mana-mana kumpulan (parti) mengambil bahagian.
Kebiasaannya dalam pilihan raya kecil sekiranya peratus mengundi kecil ia tidak akan memberi kebaikan buat pembangkang.  Dan sekiranya peratus keluar mengundi rendah bolehlah dianggap pilihan raya itu tidak memuaskan.
Pirane Melaka itu mempunyai beberapa signifikan dan ada implikasi tersendiri kepada berbagai pihak. Ia juga akan merumuskan beberapa perkara baru yang mungkin boleh diguna pakai untuk pilihan raya yang akan datang sebagai panduan. Situasi ini menjadikan pilihan raya itu sebagai medan untuk melihat sesuatu yang baharu dalam sistem politik demokrasi negara ini. 
Pertama, ia akan menjadi indikator kepada Piraum akan datang. Keputusan pilihan raya itu nanti akan dijadikan pedoman dan formula kepada parti-parti politik terbabit. Dalam pilihan raya itu berlaku pertanding tiga penjuru BN, PH dan PN. Keputusan dengan percubaan pembentukan tiga gabungan itu akan dibawa ke Piraum akan datang. 
Justeru pilihan raya itu akan memberi jawaban secara langsung kepada Umno dan Pas yang sebelum ini beriya-iya untuk bekerjasama, berakhir dengan berlawan antara satu sama lain. Pas telah meletakkan tujuh calonnya sebagai menentang calon BN. Tindakan itu menjadikan Muafakat Nasional yang digagaskan demikian rupa tidak berjaya. Pas memilih untuk bersama Bersatu menerusi PN walaupun dalam masa sama mengakui mempertahankan BN. 
Tidak sah lagi sekiranya PN berhasil memenang beberapa kerusi dalam Pirane itu, walaupun tanpa dapat membentuk kerajaan kemungkinan Pas akan kekal bersama Bersatu dan tidak dengan Umno. 
Sebaliknya kalau BN berjaya membentuk kerajaan, Pas tidak akan malu-malu untuk berpaling semula dengan Umno dengan memetik pelbagai hadith dan ayat-ayat Quran untuk menjustifikasi tindakan rujuknya. Jangan pelik dan harian dengan politik klu klik Pas. Soalnya BN akan terima atau tidak tidak dapat dipastikan. Tetapi yang nyata Pas boleh melakukan dan bertindak demikian kerana ia mengamalkan politik "tidak tahu malu?"
Sebaliknya sekiranya Pirane Melaka itu dimenangi PH dan dapat membentuk kerajaan, mungkin BN, PN atas usaha Pas akan membawa mereka ke titik temu semula untuk menghadapi PH dalam pilihan raya umum akan datang. Kemenangan PH memberi rahmat buat mereka. 
Bagi PH pula kemenangan itu menjadi tanda jelas bahawa rakyat bersedia memberi peluang kepada mereka untuk memimpin Malaysia. Kemenangan kepada PH juga memberi semangat kepada mereka untuk terus bersolidariti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15. Kemenangan itu juga tanpa ada wave dan pengaruh Dr Mahathir Mohamad seperti Piraum ke-14 dulu menunjukkan yang PH sebenarnya mempunyai pengaruh yang mencukupi

Kedua, disebabkan pilihan raya ini dijalankan dengan peraturan khas (SOP) bagi mencegah Covid, maka tidak ada kempen terbuka, baik himpunan atau rumah ke rumah seperti biasa. Sekatan ini secara tidak langsung boleh membendung pemberian rasuah politik, wang dan barang keperluan. Ini satu langkah positif. Kempen dibenarkan hanya boleh dilakukan menerusi media sosial semata-mata. 
Bagaimana pun sekatan ini tidak memberi kesan baik kepada pembangkang kerana mereka sudah pasti tidak dapat menggunakan media kerajaan seperti mana diberikan kepada parti-parti kerajaan, BN dan PN. Parti kerajaan pasti akan mendapat liputan dan ruang yang luas daripada alat propaganda kerajaan itu. 
Bagaimana pun dalam hal ini peluang itu tidak begitu kondusif buat BN dan PH kerana mereka bertanding antara satu sama lain ini menyebabkan media kerajaan kekok untuk melayan pihak mana. Inilah pula kebaikan buat pembangkang apabila PN dan BN tidak bersama

Ketiga, beberapa signifikan lain akan terhasil daripada pilihan raya itu, sekiranya peratus mengundi turun sehingga kurang 60%. Jika itu berlaku mungkin kerana masalah Covid atau kerana ada protes daripada pengundi khususnya pengundi muda dan golongan cerdik pandai yang sudah bosan dengan politik tidak bermoral berlaku hari ini. 
Fenomena itu pasti akan terbawa ke dalam pilihan raya akan datang. Keadaan ini memberi petanda buruk kepada sistem demokrasi negara ini di masa akan datang. Mungkin ketika itu nanti, generasi muda akan mula membentuk dan membawa gerakan politik mereka sendiri dan perlahan-lahan akan hilang kepercayaan kepada parti-parti lama dan cara otai bermain politik. Atau pun mereka mulai keliru dan tidak berminat untuk menyertai parti politik. [wm.kl.6:16 pm 08/11/2021]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/11/mencari-signifikan-pirane-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Penjuru Dalam Pirane Melaka

Tiga Penjuru Dalam Pirane Melaka

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 296 hits
ULASANLIMA hari sahaja lagi akan berlangsung penamaan calon bagi pilihan raya negeri Melaka 8 November manakala 20 November hari mengundi Pirane itu merupakan pilihan raya Melaka yang ke 15 Ia diadakan ekoran DUN Melaka dibubarkan apabila k...
Pirane Melaka Ph Lebih Tenang Dan Bersedia

Pirane Melaka Ph Lebih Tenang Dan Bersedia

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 160 hits
MSO MOHD SAYUTI OMAR Adly dinamakan sebagai KM oleh PH TINGGAL 11 hari sahaja lagi proses penamaan calon untuk pilihan raya negeri Melaka akan berlangsung SPR telah menetapkan 8 November hari penamaan calon manakala hari pengundian 20 Novem...
Prn Melaka Selagi Belum Umum Calon Bersatu Masih Buka Pintu Kepada Umno Kata Rosol

Prn Melaka Selagi Belum Umum Calon Bersatu Masih Buka Pintu Kepada Umno Kata Rosol

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 315 hits
Rosol Wahid yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata partinya tidak mahu bersikap hidung tak mancung pipi tersorong sorong PETALING JAYA Bersatu enggan bersikap hidung tak mancung pipi tersorong sor...
Pemimpin Pas Melaka Dan Deepavali

Pemimpin Pas Melaka Dan Deepavali

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 205 hits
Baru baru ini ada seorang pemimpin muda PAS dari Melaka memberitahu saya haram mengucapkan Selamat Deepavali apatah lagi menyambutnya Makan muruku rangup pun tak boleh Dia menggeleng yakin Saya termenung seketika Watak pemimpin muda PAS dar...
Kit Siang Melaka And Sarawak Elections A Fatal Blow To Dap

Kit Siang Melaka And Sarawak Elections A Fatal Blow To Dap

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 237 hits
He said the move is aimed at capitalising on people s disappointment at the short lived Pakatan Harapan government DAP supremo Lim Kit Siang has warned that the upcoming Malacca and Sarawak elections are aimed at delivering a fatal blow aga...
Prn Melaka Umno Tampil 90 Muka Baharu

Prn Melaka Umno Tampil 90 Muka Baharu

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 379 hits
PRN Melaka Umno tampil 90 muka baharu Umno menampilkan hampir 90 muka baharu untuk mewakili Barisan Nasional yang akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Menurut laporan Utusa...
Panas Mahfuz Balun Umno Selamatkan Melaka Dari Dilelong Pengkhiana

Panas Mahfuz Balun Umno Selamatkan Melaka Dari Dilelong Pengkhiana

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 195 hits
MAHFUZ BALUN UMNO SELAMATKAN MELAKA DARI DI LELONG PENGKHIANATAN DALAM PENGKHIANATAN SESAMA PARTI MELAYU UMNO PAS PPBM AMAT MEMALUKAN SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH KREDIT TO FB AMANAH MELAKA
I M No Outsider Says Azalina In Defending Call For Melaka Anti Hopping Law

I M No Outsider Says Azalina In Defending Call For Melaka Anti Hopping Law

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 345 hits
Azalina Othman Said has asked her critics whether a Malaysian MP is an outsider PETALING JAYA Pengerang MP Azalina Othman Said has defended her call for an anti hopping law in Melaka which has seen the government fall twice since the last g...
Prn Melaka Simulasi Pra Prn Melaka Tarikh 04 November 2021

Prn Melaka Simulasi Pra Prn Melaka Tarikh 04 November 2021

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 296 hits
RUMUSAN KEPUTUSAN PRN MELAKATARIKH 4 NOVEMBER 2021OLEHCIKGU LINBAHAGIAN A ANDAIAN BN PN PALING MAKSIMUMSEKADAR PERKONGSIAN BERSAMASEKIAN TERIMA KASIH
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat