Tiga Penjuru Dalam Pirane Melaka


ULASAN

LIMA hari sahaja lagi akan berlangsung penamaan calon bagi pilihan raya negeri (Pirane) Melaka, 8 November, manakala 20 November hari mengundi. Pirane itu merupakan pilihan raya Melaka yang ke-15. Ia diadakan ekoran DUN Melaka dibubarkan apabila kerajaan negeri dipimpin BN yang dicuri daripada PH tumbang setelah empat Adun menarik sokongan. 
Beberapa hari sebelum ini sebaik Dun Melaka diisytiharkan terbubar, parti-parti politik utama sibuk membuat persiapan dan mencatur untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Walaupun pembubaran itu dicabar kerana keabsahannya dipertikaikan, tampaknya ia berbekas dan sudah pasti pilihan raya akan dilangsungkan.  
Umumnya ada tiga kelompok atau komponen terbesar yang sibuk dan akan pasti mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut. PH, BN dan PN. PH sudah pasti ghairah untuk menghadapi pilihan raya itu kerana sebab-sebab khusus yang dirasakan mencabarnya. 
Dendam marah PH kerana kerajaan mereka yang dibentuk selepas Piraum ke-14 dirampas oleh UBN berikutan tumbangnya kerajaan PH di peringkat persekutuan. Peristiwa itu meninggalkan kesan marah kepada PH menyebabkan mereka berkobar-kobar untuk menghadapi Pirane itu

Rasa marah itu ditambah lagi apabila PH gagal untuk merampas balik kerajaan UBN-Bersatu itu walaupun sudah mendapat sokongan dari 4 Adun termasuk dua daripada Umno dan seorang daripada bekas DAP dan Bersatu. Malangnya walaupun PH cukup sokongan, tetapi Yang diPertuan Melaka Mohd. Ali Rustam bertindak membubarkan DUN Melaka atas nasihat Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. 
UBN pula tentu lebih berdebar-debar dan cemas untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Mereka tentu rasa ralat dan cemas kerana baharu kehilangan kerajaan. Kejadian itu memberi kesan dan phobia kepada komponen itu yang kini dilihat terdesak dengan pelbagai masalah. Apa lagi parti yang mereka ajak untuk bersama dan  sudah pun berjanji untuk bersekutu, iaitu Pas memungkir janji.

Pas yang sebelum ini menyatakan kerjasama dengan Umno kononya atas dasar perpaduan ummah, demi untuk maslahat agama dan bangsa tidak bersama dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya itu sebaliknya memilih Bersatu yang mereka wujudkan Perikatan Nasional (PN). 
Pas dalam kenyataan dikeluarkan oleh presidennya Abdul Hadi Awang menegaskan yang parti itu akan bertanding menggunakan simbol PN bukan Dacing (BN) dalam Pirane itu nanti. Kenyataan itu menamatkan satu episod yang ditunggu-tunggu kesudahannya. 

Kenyataan itu menjadikan UBN kecewa dan tambah mengusarkan untuk menghadapi pilihan raya Melaka itu. Angan-angan Umno untuk menumpang Pas bagi menpadat sokongan Melayu berkecai kerana atas tindakan "ikan keli dalam besen" parti agama itu. 
Sebenarnya bagi pemerhati politik yang mengenali Pas tidak pelik dan rasa aneh dengan tindakan Pas itu, mengapa mereka lebih mempercayai Bersatu daripada Umno. Pas khususnya presidennya seorang yang tidak istiqamah dalam membuat sesuatu keputusan walaupun ujarnya parti itu tetap istiqamah dengan dasar Islamnya

Buat sementara perhitungan dan rancangan Umno untuk bersama Pas sudah boleh dianggap selesai. Khalaf, melainkan ada usaha secara senyap untuk menyakinkan Bersatu agar berkolaborasi dengan BN bagi memastikan Melaka tidak terlepas kepada PH. Masih belum mustahil jika Umno dan Bersatu ada kesedaran dan melihat PH bahaya mereka boleh "kerabat" semula. Pas akan ikut sahaja apa diputuskan Bersatu, macam si buta yang mengikut penariknya. 
Seandainya dengan pendirian Pas itu menjadikan Bersatu bersedia untuk tidak mendengar pujukkan Umno, maka sudah pasti ketiga-tiga parti itu akan berlawan sesama sendiri, PN (Bersatu dan Pas) satu pihak manakala BN (Umno, MiC dan Mca) satu pihak. Ini memberi gambaran akan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya itu, BN, PN dan PH. 
Seandainya berlaku pertandingan tiga penjuru yang dilihat mempunyai potensi besar untuk menguasi Dun Melaka antara BN dan PH. Sementara PN sangat tipis memandangkan kedua parti membentuk komponen itu tidak meluas di Melaka. Melaka bukan seperti Kelantan atau Terengganu untuk Pas, sementara Bersatu pula sebagai serpihan baru kepada Umno tidak sekuat Amanah yang juga serpihan daripada Pas. 
Berbeza dengan PH waktu ini. Dalam BN dan PN bermasalah mencari titik temu dan formula untuk bersama, mereka sudah pun kemas sepakat untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Pembahagian kerusi antara tiga parti sudah pun selesai. Keadilan akan bertanding di 11 kerusi sementara DAP 8 dan Amanah 9 kerusi

Kalaupun sedikit bermasalah berhubung kedudukan empat Adun yang menarik sokongan yang dikatakan akan bersama PH dan ikut diletakan sebagai calon. Cadangan itu dibantah menyebabkan ia menimbulkan sedikit masalah. Bagaimana pun perkembangan terakhir memberi gambaran tidak semua daripada empat Adun itu akan diterima bertanding dibawah payung PH. 
Hanya dua sahaja diberitakan akan diberi laluan dengan bertanding dibawah lambang PH. Kedua mereka daripada Umno, bekas ketua menteri Idris Haron (Sg Udang) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor). Idris mungkin menyertai PH bersama Amanah manakala Noor Azman bersama Keadilan

Ada pihak yang membantah dengan tindakan itu. Seorang pemimpin Keadilan yang tidak aktif menyalahkan penerimaan kepada Adun yang lompat itu kepada Mohamad Sabu atau khasnya Amanah. DAP juga menyatakan bantahan mereka daripada menerima Adun berkenaan. Bagaimana pun akhirnya DAP akhirnya menyerahkan kepada kebijaksanaan dan Amanah dan Keadilan untuk menerima kedua-dua bekas Adun itu

Berbalik kepada perkembangan BN dan PN, apabila Pas sudah memutuskan untuk bersama PN, Umno tampaknya tidak dapat tidak akan bertanding di semua 28 kerusi seperti mana disebut presidennya sebelum ini. Langkah Pas memilih Bersatu memaksa BN bertanding disemua kerusi. 
Umno dikatakan hasrat untuk bertanding disemua kerusi majoriti Melayu sebanyak 21 kerusi. Tetapi dengan langkah terbaru Pas itu menyebabkan Umno akan bertanding di semua kerusi, kecuali dua yang akan diserahkan kepada MiC dan McA

Dua hari lepas terdengar kononnya persetujuan antara Umno, Bersatu dan Pas telah dicapai untuk sepakat dalam pilihan raya itu. Pembahagian kerusi telah dibuat dimana Umno bertanding di 23 kerusi sementara selebihnya dibahagikan antara Bersatu dengan Pas. Masing-masing parti bertanding atas lambang sendiri. Tetapi persetujuan itu ditolak apabila Bersatu membuat perhitungan baru. 
Bagaimana pun senario yang tergambar kini masih belum muktamad secara tuntas. Apa yang disebutkan itu berlaku sekiranya kenyataan terbaru Abdul Hadi itu kekal dan tidak goyah. Namun perlu berwaspada dan berhati-hati khasnya kepada PH, apa yang disuarakan Abdul Hadi ataupun pihak BN dan PH ia boleh berubah keadaan dan semuanya akan dapat disahkan selepas hari pernamaan calon. 
Boleh jadi parti-parti politik yang bertanding itu tidak menunjukkan semangat kebersamaan bagi menghadapi antara satu sama lain, tetapi ia boleh berubah selepas selesai penamaan calon dan setelah kempen berjalan beberapa hari ini. 
Sesuatu yang mengejutkan boleh berlaku, tiba-tiba sahaja ada yang menarik diri kemudian menyatakan sokongan kepada pihak-pihak tertentu. Dan boleh jadi juga pelan dikemukakan Umno yang dikatakan telah dipersetujukan itu dihidup kembali. 
Politik sesuatu yang tidak dapat dijangkakan. [wm.kl.12:30 pm 02/11/2021]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/11/tiga-penjuru-dalam-pirane-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Melaka Terima Guna Lambang Pn Sedia Berkorban Elak Tiga Penjuru

Pas Melaka Terima Guna Lambang Pn Sedia Berkorban Elak Tiga Penjuru

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 564 hits
agendaily com2 11 2021Perikatan Nasional memberi fokus kepada pertandingan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri Melaka November ini Keputusan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional dalam pada Pilihan Raya Negeri Melaka dit...
Prn Melaka Tiga Penjuru Siapa Untung Siapa Rugi

Prn Melaka Tiga Penjuru Siapa Untung Siapa Rugi

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 194 hits
Beberapa hari sahaja lagi sebelum proses demokrasi Pilihan Raya Negeri Melaka akan berlangsung Pastinya setiap parti kini sudah ada dengan strategi mereka tersendiri Untuk itu kita akan bersama Dr Mohammad Tawfik Yaakub Penganalisis Politik...
Risau Pn Kalah Teruk Dalam Prn Melaka Ulamak Pas Merayu Jangan Berlaku Tiga Penjuru

Risau Pn Kalah Teruk Dalam Prn Melaka Ulamak Pas Merayu Jangan Berlaku Tiga Penjuru

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 206 hits
October 25 2021 Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Hassan Mohamood menyuarakan harapan supaya partinya Umno dan Bersatu dapat mencari jalan bekerjasama dalam menghadapi PRN Melaka dan PRU15 akan datang Berpakat membawa rahmat dan kemenangan man...
Prn Melaka 02 November 2021 Tiga Penjuru Dan Dua Penjuru

Prn Melaka 02 November 2021 Tiga Penjuru Dan Dua Penjuru

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 182 hits
SEKADAR PERKONGSIANDARICIKGU LINBAHAGIAN A KEPUTUSAN PRU14BAHAGIAN B1 CARA SIMULASI N13 PAYA RUMPUT BAHAGIAN B2 GRAF SIMULASI DUN N13 PAYA RUMPUTBAHAGIAN C TIGA PENJURU C1 BN 13 KERUSIC2 PH1 06 DAP2 04 PKR3 01 PANC3 PN1 02 PAS2 01 PPBMBAHAG...
Pn Sedia Tiga Penjuru Di Melaka

Pn Sedia Tiga Penjuru Di Melaka

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 170 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 21 2021 2 11 PMPerikatan Nasional bersedia berdepan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya negeri Melaka jika tiada isyarat jelas daripada BN kata Muhyiddin Yassin Saya sebut kalau tak ada isyarat yang ...
Prn Melaka Perikatan Nasional Sedia Hadapi Pertembungan Tiga Penjuru Lawan Bn Dan Ph

Prn Melaka Perikatan Nasional Sedia Hadapi Pertembungan Tiga Penjuru Lawan Bn Dan Ph

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 208 hits
MELAKA Perikatan Nasional sedia berdepan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika Barisan Nasional terus berdiam diri mengenai kemungkinan kerjasama antara dua parti berkenaan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berk...
Dua Penjuru Melaka Milik Bn Tiga Penjuru Peluang Ph

Dua Penjuru Melaka Milik Bn Tiga Penjuru Peluang Ph

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 368 hits
MELAKA Barisan Nasional dan Perikatan Nasional perlu menggunakan kaedah perundingan yang inklusif jika tidak mahu berputih mata melihat Ketua Menteri kedua Pakatan Harapan mengangkat sumpah di negeri ini Hakikatnya pertembungan tiga penjuru...
Mencari Signifikan Pirane Melaka

Mencari Signifikan Pirane Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 274 hits
ULASAN PETANGTUMPUAN umum kini kepada pilihan raya negeri Melaka Pirane Melaka kali ini adalah yang ke 15 sejak Merdeka Ia berbeza dengan pilihan raya sebelum ini yang selalunya diadakan serentak bersama pilihan raya umum kebangsaan Jadi pi...
Prn Melaka Anwar Beri Bayangan Tidak Ketepikan Tiga Dun Melaka

Prn Melaka Anwar Beri Bayangan Tidak Ketepikan Tiga Dun Melaka

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 186 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tidak akan ketepikan tiga ADUN negeri Melaka yang umum menyokong Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Ini kerana kata Anwar tiga ADUN ini menyokong untuk mengembalikan mandat Pakatan ...
Lirik Lagu Takyah Sonaone

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Mengenal 11 Istri Nabi Muhammad Sesuai Urutan Pernikahan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Bila Tutup Dapo

Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Jadual Perlawanan Negara Terlibat Senarai Pemain Malaysia

Jemson Mekar Chord

Resepi Sotong Dan Fishcake Goreng Pedas