Pirane Melaka Ph Lebih Tenang Dan Bersedia




 MSO  MOHD SAYUTI OMAR





Adly dinamakan sebagai KM
oleh PH.

TINGGAL 11 hari sahaja lagi proses penamaan calon untuk pilihan raya negeri (Pirane) Melaka akan berlangsung. SPR telah menetapkan 8 November hari penamaan calon manakala hari pengundian 20 November. 

Saat ini parti-parti politik yang berhajat untuk mengambil bahagian sedang berkira dan membuat perhitungan rapi bagi memuktamad apa yang akan dilakukan. Walaupun ada khabar beberapa parti menyatakan hasratnya untuk mengambil bahagian, tetapi pertarungan sudah pasti akan berlaku antara tiga komponen utama, Umno-Barisan Nasional (UBN), Pakatan Harapan (PH) dan PPBM Perikatan Nasional (PN). 

Bagi PH komponen tersebut tidak ada apa-apa masalah yang timbul dan berbangkit ketika ini. PH yang terdiri daripada Keadilan, DAP dan Amanah nampak sepadu dan cukup yakin. Tidak ada apa-apa masalah yang mengucar-kacirkan perpaduan komponen itu. Bahkan semangat mereka untuk menghadapi pilihan raya itu sungguh tinggi.

Sedikit masalah yang tercetus sebelum ini sudah diselesaikan dengan baik.  Ia berkenaan cadangan untuk menerima empat orang Adun yang menarik sokongan kepada bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan kerajaan UBN tumbang untuk bertanding atas nama PH sudah dimuktamadkan. 

Keempat-empat Adun itu, Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Norhizam Hasan Baktee (Pengkalan Baru) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas).

Mulanya keempat-empat mereka berhasrat untuk bertanding semula menggunakan lambang PH, tetapi Pimpinan PH mengambil keputusan menolak cadangan itu selepas dibantah berbagai pihak.

Persiapan nama-nama calon PH untuk diletakkan di 28 kerusi sudah hampir selesai. Menurut Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari yang dilantik menjadi pengarah pilihan raya, pembahagian kerusi antara sesama PH juga sudah selesai 90%. Tinggal lagi 10% lagi. Ertinya PH berada dalam keadaan terbaik dan bersiap siaga.  

PH juga mendahului komponen lain apabila telah tegas dan sepakat untuk menamakan Pengerusi Amanah Melaka itu sebagai Ketua Menteri sekiranya PH menguasai Pirane itu. DAP yang merupakan komponen PH yang berpengaruh di Melaka telah menamakan Adly sebagai ketua menteri. DAP bertindak tangkas mengunci perkara itu dan ia tidak berani dibantah Keadilan. Suasana ini menunjukkan PH berada dalam kondisi cukup padu.  

Jadi ringkas cerita, PH tidak mempunyai apa-apa masalah lagi untuk berhadapan dengan Pirane Melaka, mereka menunggu sahaja proses seterusnya.

Berbeza dengan komponen UBN yang belum memastikan apakah komponen itu akan bertanding secara solo atau pun akan bermuafakat dengan Pas. Masalah inilah yang membelenggu UBN dan meletakkan gabungan itu masih kelam kabut. 

Malam tadi BN telah meluncurkan jentera pilihan raya di PWTC yang disempurnakan oleh presiden Umno dan juga pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi. 

Semasa berucap di majlis itu, sekali lagi Zahid menegaskan yang UBN tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PBBM (PN). Kenyataan Zahid itu tegas dan keputusan itu menurutnya diambil kerana kehendak akar umbi. PAU telah memutuskan bahawa tidak ada kerjasama dengan PBBM. Jika Zahid dapat diyakini maka pemutusan kerjasama dengan PPBM itu muktamad.

Bagaimana pun Zahid tidak menyatakan sikap dan pendirian UBN dengan Pas yang merupakan rakannya dalam Muafakat Nasional (MN). Pas selain bersama Umno ia juga bersama PBBM dalam PN. Situasi ini merumitkan UBN dan Pas sendiri. UBN pastinya kecewa dengan sikap Pas itu yang boleh dianggap telah tidak jujur kepadanya. 

Bukan sahaja UBN, tetapi Pas sendiri juga terjepit dengan keadaan dan formula politik Machiavellinya yang bermain dua kolam itu. Pas dalam keadaan serba salah sementara usahanya untuk menjadi mediator merapatkan UBN dan PPBM gagal. Pas kini sudah kelemasan di darat serta menyusahkan PBBM dan Umno.

Bagaimana pun kalau Pas tetap dengan formulamnya untuk bermain dua kolam, sudah tentu ia tidak dapat diterima oleh Umno. Ini bermakna muafakat dan piagam MN yang dimeterai berakhir dan lebur. 

Formula dan percaturan Pas agak pelik dan kompleks. Parti agama itu mengambil pendirian menyokong kedua-duanya, pada satu masa. Ini yang membingungkan. Macam mana kalau berlaku pertandingan tiga penjuru yang turut membabitkan UBN dan PPBM. Apakah formula atau hadith yang akan digunapakai Pas untuk menyelesaikan ini?

Apakah Pas akan membagikan dua sokongan dan undinya kepada Umno dan PPBM? 

MT Umno akan bermesyuarat malam ini khabarnya akan membuat keputusan muktamad bersabit sikap mereka terhadap hubungan dengan Pas itu. Mereka mungkin akan memberi kata dua kepada Pas tentang pendirian songsang parti agama itu. Dengan kesungguhan dan keyakinan Umno dapat tawan Melaka, mungkin Umno tidak akan pedulikan Pas lagi.

Sikap dan pendirian diambil UBN itu juga secara tidak langsung memberi masalah kepada PPBM (PN). Presiden PBBM Mahiaddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan yang partinya akan bertanding di kesemua 28 kerusi. Kenyataan ini menjelaskan bahawa PBBM juga tidak berharap kepada kerjasama dengan BN. Jika Umno mengerti maksud kenyataan itu ia adalah ketegasan dan rasa tidak hairan PBBM kepada Umno. 

Sehubungan itu Pas dilihat cenderung untuk bersama PN berbanding dengan Umno apabila parti itu ikut sama dalam mesyuarat majlis pimpinan PN. Kehadiran Pas dalam mesyuarat itu menjelaskan Pas sudah "bulat bergele" dengan PN.

Bukan itu sahaja, Pas juga mengatakan mereka akan ikut bertanding menggunakan lambang PN. Dengan Pas sanggup meninggalkan simbol keramatnya bahawa sudah jelas Pas bersama PN. Kenyataan itu memberi makna bahawa Pas akan bersama PN. Walaupun ada suara-suara kecil dalam Pas minta perkara itu diperhalusi, tetapi nampaknya ia seperti sudah dicapai persetujuan kerana, ulama besar pas tidak membantah cadangan itu.

Langkah dan keputusan Pas untuk bersama PN itu juga turut sama menjejaskan ketenangan dalam Pas. Tindakan Pas itu ditolak oleh mereka yang selama ini mahukan Pas bersama Umno bukannya PPBM. Kesimpulannya formula sonsang Pas itu bukan sahaja mendatangkan masalah kepada kedua rakannya Umno dan PPBM tetapi ikut sama meretakkan persefahaman dalam parti itu. [wm.kl. 11:32 am 28/10/2021] * tanpa edit.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/pirane-melaka-ph-lebih-tenang-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Prn Melaka Bersatu Bersedia Dengan Lakukan Persiapan

Terkini Prn Melaka Bersatu Bersedia Dengan Lakukan Persiapan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 324 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka dengan melakukan persiapan sewajarnya memandangkan Dewan Undangan Negeri Melaka sudah dibubarkan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube c
Zoo Melaka Kena Serbu Kutipan Tiket Lebih Rm800 000 Dalam Masa 16 Hari

Zoo Melaka Kena Serbu Kutipan Tiket Lebih Rm800 000 Dalam Masa 16 Hari

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 560 hits
Oleh JUALAN tiket masuk ke Zoo Melaka mencatatkan kutipan lebih RM800 000 dengan kira kira 10 000 pengunjung dalam tempoh 16 hari selepas ikon pelancongan negeri itu kembali beroperasi bermula 1 Oktober lepas Yang Dipertua Majlis Perbandara...
Prn Melaka Sama Ada Kekal Berkerjasama Dengan Umno Atau Tidak Pas Tetap Bersedia

Prn Melaka Sama Ada Kekal Berkerjasama Dengan Umno Atau Tidak Pas Tetap Bersedia

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 471 hits
KUALA LUMPUR Sama ada kekal bekerjasama dengan UMNO atau sebaliknya PAS sudah membuat persediaan sewajarnya kata salah seorang pemimpin parti itu hari ini Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pada dasarnya mereka mah...
Tiga Penjuru Dalam Pirane Melaka

Tiga Penjuru Dalam Pirane Melaka

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 295 hits
ULASANLIMA hari sahaja lagi akan berlangsung penamaan calon bagi pilihan raya negeri Melaka 8 November manakala 20 November hari mengundi Pirane itu merupakan pilihan raya Melaka yang ke 15 Ia diadakan ekoran DUN Melaka dibubarkan apabila k...
Awani Ringkas Mesyuarat Khas Spr Bincang Prn Melaka

Awani Ringkas Mesyuarat Khas Spr Bincang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 282 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Sekolah Secara Fizikal Di Lembah Klang Melaka Bermula Bulan Depan

Sekolah Secara Fizikal Di Lembah Klang Melaka Bermula Bulan Depan

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 189 hits
MALAYSIA NOW KPM juga menetapkan 8 November sebagai hari pertama persekolahan bagi murid Tahun 4 5 dan 6 termasuk Tingkatan 1 dan 2 Guru menyambut murid di pintu masuk Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Ampang 4 Mac 2021 lalu Sekolah di Lembah ...
Prn Melaka 20 Nov Spr

Prn Melaka 20 Nov Spr

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 294 hits
PRN Melaka 20 Nov SPR Pilihan Raya Negeri Melaka ditetapkan pada 20 Nov kata Suruhanjaya Pilihan Raya Hari penamaan calon adalah pada 8 Nov Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata sebanyak 28 pegawai akan dilantik bagi memantau keadaan sem...
Pilihan Raya Negeri Melaka Ke 15

Pilihan Raya Negeri Melaka Ke 15

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 193 hits
Pilihan Raya Negeri Melaka Ke 15 Hari Penamaan Calon 8 November Hari Pengundian Awal 16 November Hari Pengundian 20 November Tempoh Berkempen 20 Hari
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba