Mencari Empati Dalam Perpecahan Masyarakat Di Malaysia



By Azmil Tayeb
 -15 Jan 2020
17


File photo - People of all faiths joined in solidarity with those breaking their fast at the Acheen Street Mosque in Penang ahead of RayaJika kita ada cukup orang yang berfikiran sama daripada pelbagai latar belakang yang sanggup mempraktiskan empati, kita mungkin ada peluang untuk membina Malaysia yang lebih inklusif, tulis Azmil Tayeb.
Baru-baru ini saya di Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, untuk menjalankan suatu penyelidikan tentang parti politik Islam, demokrasi dan pemerintahan.Kelantan merupakan kubu kuat Pas yang memerintah negeri itu dari 1959 ke 1978 dan dari 1990 sehingga sekarang. Ramai daripada kita mengaitkan Pas dengan wajah Islam yang keras, terutama sekali dalam isu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.Walaupun dilihat sebagai satu parti yang konservatif, Pas secara keseluruhannya bukanlah sebuah parti yang seragam dan senada. Ada juga segelintir pihak yang bersikap terbuka dan rasional di dalam Pas, bertentangan dengan pandangan umum terhadap parti yang dianggap eksklusif, kekampungan dan tidak toleran. Saya akan kembali kepada kenyataan ini di akhir artikel memandangkan ianya ini bukanlah fokus utama nukilan saya.Sejak Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara pada 2018, kita dapat lihat peningkatan yang membimbangkan berkenaan ketegangan isu perkauman dan agama di seluruh Malaysia. Terkini, adalah mengenai kontroversi tulisan Jawi dan protes tentang hiasan sempena Tahun Baru Cina di sekolah awam.Support the struggle to build a New Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or bothMake a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarterBecome an Aliran memberSecara dasarnya, isu ini timbul hasil daripada salah faham yang serius dan sikap yang jahil dari kedua-dua pihak. Kejahilan membawa para ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan aktor-aktor politik ini kepada peluang untuk mengelirukan dan memanipulasikan rakyat dengan membangkitkan ketakutan yang tidak rasional dan memancing emosi sesetengah rakyat.Terdapat kekurangan empati dalam pelbagai segmen masyarakat kita kini dan ianya dibuktikan oleh rentetan kontroversi agama dan perkauman dalam tempoh 20 bulan yang lalu.Empati membolehkan kita untuk memahami seseorang dengan ikhlas dan bermakna, terutama sekali seseorang yang lain daripada kita. Ia memaksa kita untuk berada di tempat seseorang itu, merasai perasaan takut, seronok dan harapan seseorang yang berbeza daripada kita.Berbeza dengan toleransi, empati merupakan istilah yang sering digunakan untuk menerangkan tentang kepelbagaian budaya. Empati memaksa kita keluar dari zon selesa dan hadapi ketakutan dan kejahilan kita terhadap orang yang berbeza.Toleransi lebih kepada menggalakkan masyarakat berbilang kaum dan agama untuk hidup majmuk dan menghormati satu sama-lain demi keharmonian bersama. Sesetengah orang boleh bertolenrasi walaupun jahil tentang agama dan budaya orang lain.Empati mempunyai nilai yang lebih tinggi dari toleransi perbezaan kerana empati membuatkan kita memahami seseorang dan mencari nilai yang sama walaupun secara lahiriahnya berbeza.Bagaimana kita boleh berganjak dari toleransi kepada empati? Bagaimana kita boleh menanam benih empati dalam masyarakat kita supaya keamanan dan solidariti dalam pelbagai kaum dapat berakar-umbi dan berbunga?Prema Devaraj mengajak rakyat Malaysia untuk mengandakan usaha dalam membina Malaysia baru dengan “bersama-sama mendorong roda perubahan dan pada masa yang sama memastikan visi tersebut jelas”. Beliau berkata, Malaysia baru adalah di mana “kepelbagaian agama, pemikiran dan praktis tidak lagi dilihat sebagai satu ancaman”- yang merupakan matlamat utama untuk memupuk empati dalam masyarakat.Salah satu cara untuk memupuk empati, terutama di kalangan pemikiran muda yang masih senang dibentuk, adalah melalui sistem pendidikan. K Haridas berpendapat bahawa sekarang adalah masa yang tepat dalam sistem pendidikan Malaysia untuk merangkumi nilai dan harapan semua kumpulan dalam masyarakat. Ia memerlukan seorang menteri yang tahu betapa pentingnya untuk menghasilkan sistem pendidikan yang lebih inklusif dengan memasukkan wakil dari pelbagai kumpulan dalam masyarakat dalam proses pembentukan dasar. Ini adalah langkah pertama untuk memastikan sistem pendidikan yang seimbang dan menyeluruh.Manakala saya perincikan lagi kenyataan di atas dan mengusulkan kepada Kementerian Pendidikan untuk mewajibkan sekolah-sekolah di bawah bidang kuasanya untuk melaksanakan aktiviti antara kaum dan antara agama. Sebagai permulaan, sekolah-sekolah boleh mengadakan lawatan berkala ke kawasan kejiranan perlbagai kaum dan tempat-tempat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil. Sekolah-sekolah juga boleh menjemput wakil-wakil dari pelbagai kumpulan kaum dan agama untuk memberi ceramah dan menganjurkan program yang menggalakkan nilai-nilai inklusif dan persefahaman.
READ MORE:  In Search of… empathy in a deeply polarised MalaysiaPenyelidikan saya yang terdahulu menunjukkan bahawa sesetengah sekolah telah pun menjalankan usaha ini dengan sendirinya. Sudah tiba masanya kementerian membuat aktiviti antara kaum dan antara agama sebahagian daripada dasar rasminya dan melaksanakannya di seluruh negara.Menurut kajian mengenai survei-survei nasional yang dijalankan oleh ahli ekonomi Lee Hwok-Aun di tahun 2017, majoriti Melayu dan Cina hanya bersosial dalam kumpulan kaum mereka sendiri, biasanya disebabkan oleh keadaan dan bukannya pilihan. Kajian itu juga mendedahkan bahawa rakyat Malaysia rata-ratanya cenderung untuk memandang rendah agama lain, kemungkinan besar dari kejahilan.Melalui kajian yang sama, ia juga menunjukkan kesediaan di kalangan orang Melayu dan Cina untuk mengenali satu sama lain – inilah peluang yang perlu kita manafaatkan untuk menggalakkan sifat empati dalam masyarakat kita. Ia menunjukkan, walaupun masyarakat Malaysia kini berpecah-belah, hubungan antara pelbagai kumpulan kaum dan agama masih dapat diperbaiki.Kita boleh menggunakan empati sebagai jambatan untuk mengukuhkan jurang antara kaum dan agama.Beberapa tahun ini, Aliran dan sayap wanita Ikram, sebuah organisasi Islam, telah menganjurkan satu siri bengkel “Hand-in-Hand” untuk wanita dari pelbagai latar belakang. Bekas presiden Aliran, Prema, mengatur aktiviti dengan menggalakkan para peserta melangkah keluar dari zon selesa mereka, menentang prasangka dan prejudisme mereka, memahami peserta yang berbeza daripada mereka dan pada akhirnya mencari nilai-nilai bersama di kalangan mereka. Tujuan bengkel ini adalah untuk menggalakkan empati di kalangan peserta melalui pelbagai aktiviti berkumpulan dan permainan peranan.Oleh itu, di tahun baru ini, marilah kita membuat azam peribadi untuk bersikap empati terhadap orang lain. Kita boleh mula dengan mengenali mereka yang berbeza daripada kita. Sebagai contoh, orang Melayu-Muslim boleh melawat tempat-tempat ibadat agama lain dan berbual dengan para jemaah dan paderi atau sami mereka. Begitu juga yang bukan Islam boleh mengunjungi masjid dan berbual dengan orang Islam di sana untuk lebih memahami pemikiran mereka.
Merujuk kepada Juz 49, ayat 13 dalam Al-Qur’an, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak supaya kamu boleh berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” Kepelbagaian sepatutnya merapatkan ukhwah dan bukannya sebagai kuasa pemisah.Kita juga boleh membuat usaha dalam kehidupan seharian kita terutamanya di sekolah, universiti dan tempat kerja untuk berkawan dan bersosial dengan orang lain yang datang dari pelbagai latar belakang. Kita tidak boleh mengharapkan pemimpin politik untuk mengamalkan empati apabila kita sendiri tidak melakukannya terlebih dahulu. Seperti yang pernah dikatakan oleh Gandhi, “Jadilah perubahan yang anda ingin lihat di dunia ini.” Hanya dengan mengubah diri kita kepada yang lebih baik, kita boleh berharap untuk mengubah masyarakat menjadi lebih baik.Kembali ke kenyataan yang saya sebutkan di awal penulisan saya mengenai segelintir di dalam Pas yang berfikiran rasional dan inklusif: Saya menemu-ramah dengan ahli Pas di Kota Bharu. Beliau berpendapat bahawa ketegangan kaum dan agama di Malaysia sekarang adalah kerana orang memilih untuk memberi tumpuan kepada perbezaan daripada mencari nilai-nilai yang sama di kalangan mereka. Untuk mencari nilai-nilai yang sama ini, beliau merasakan kita mesti berusaha untuk mengetahui dan memahami keperluan dan aspirasi kumpulan lain di negara ini. Dengan kata lain, empati boleh dijadikan ubat paling mujarab untuk merawat ketegangan kaum dan agama yang kita lalui sekarang.Pandangan beliau masih menjadi pandangan minoriti di dalam parti itu, tetapi jika ramai daripada latar belakang yang berbeza yang berfikiran sama, maka kita berpeluang untuk membentuk Malaysia menjadi negara yang inklusif dan harmoni.Azmil Tayeb
Pengarang bersama, Surat berita Aliran
11 Januari 2020
Diterjemahkan oleh Noorhidayah Nadila Maulad Daud dan Azmil Tayeb

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/mencari-empati-dalam-perpecahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Thais Ask Malaysia To Help Find 17 Rohingya Who Fled Detention Centre

Thais Ask Malaysia To Help Find 17 Rohingya Who Fled Detention Centre

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 271 hits
Thai border patrol police with sniffer dogs join the hunt for 17 Rohingya who escaped from an immigration centre in Songkhla on Wednesday BANGKOK Thailand has asked Malaysia to help find a group of Rohingya Muslim trafficking victims who ab...
Bolasepak Liga Malaysia Tetap Mencabar Khairul Amri

Bolasepak Liga Malaysia Tetap Mencabar Khairul Amri

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 397 hits
KUALA LUMPUR Bekas penyerang kebangsaan Singapura yang kini beraksi dengan Felda United Khairul Amri mengakui kemahiran taktikal serta teknikal dalam kalangan pemain pada Liga Malaysia semakin meningkat Jelasnya sepanjang pernah bermain di ...
Malaysia In Dire Need Of Oncologists

Malaysia In Dire Need Of Oncologists

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR A large number of cancer patients seeking treatment in public hospitals nationwide have never seen an oncologist in their lives according to a medical practitioner In many government hospitals there are no oncologists in house ...
All Malaysia Bloggers Project

All Malaysia Bloggers Project

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 359 hits
All Malaysia Bloggers Project Semua informasi berkaitan Malaysia ada di artikel ini Jumlah penduduk Malaysia adalah 31 juta pada tahun 2015 di mana 0 6 hidup di bawah garis kemiskinan kebangsaan Malaysia telah berkembang pesat dari segi pem...
Kenapa Rangkaian 5g Penting Di Malaysia

Kenapa Rangkaian 5g Penting Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 390 hits
https ift tt 2N8zR1q Sejak tahun 2018 lagi Malaysia sudah mula berhasrat ingin mengimplementasikan teknologi rangkaian 5G Kemudian hanya pada tahun 2019 sahaja ujian teknikal mula dilakukan Persoalannya kenapa rangkaian 5G ini penting Kenap...
Kepelbagaian Budaya Sumber Kekuatan Malaysia

Kepelbagaian Budaya Sumber Kekuatan Malaysia

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 434 hits
Pada 9 Januari 2020Oleh Quratulain Atiqah Kebelakangan ini isu perkauman dan agama semakin rancak dimainkan Mungkin kerana dua sentimen ini adalah yang paling dekat dengan jiwa orang ramai yang paling mudah dicucuk paling mudah dihembus ras...
Iltizam 2020 Gandakan Usaha Menuju Malaysia Baru

Iltizam 2020 Gandakan Usaha Menuju Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 319 hits
By 8 Jan 202024Masih ada sinar harapan jika ramai orang berganding bahu melawan ketidakadilan rasuah diskriminasi ketaksuban dan ekstrimisme tulis Prema Devaraj Apakah azam tahun baru kita Bagaimanakah kita mahu mencorakkan jalan perubahan ...
Malaysia Airlines Cny Long Weekend Sale

Malaysia Airlines Cny Long Weekend Sale

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 391 hits
Malaysia Airlines CNY Long Weekend Sale Enjoy discount when you fly with Malaysia Airlines Available from 26 Dec 3 Feb Exclusions applyMalaysia Airlines Boxing Day Sale Enjoy up to 30 off fares you fly with Malaysia Airlines Available from ...
Oppo Enco Free Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada 16 Januari

Oppo Enco Free Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada 16 Januari

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 316 hits
Oppo Malaysia kini telah mula mengacah kehadiran sebuah lagi fon telinga nirwayar untuk pasaran tempatan iaitu Oppo Enco Free Oppo Enco Free dilengkapi dengan sokongan Bluetooth 5 0 dan mempunyai jarak tambatan sehingga 10 meter Ia turut me...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri