Kepelbagaian Budaya Sumber Kekuatan Malaysia



Pada 9 Januari 2020
oleh Quratulain Atiqah

Oleh Quratulain Atiqah (Ketua Biro Undang-undang DAPSY Selangor)Kebelakangan ini, isu perkauman dan agama semakin rancak dimainkan. Mungkin kerana dua sentimen ini adalah yang paling dekat dengan jiwa orang ramai, yang paling mudah dicucuk, paling mudah dihembus rasa kebencian dan ‘minyak’ paling berkesan untuk memarakkan api kemarahan. Mungkin. Belum reda satu isu, akan timbul pula isu-isu lain, dan yang terbaru, aduan kepada Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) mengenai hiasan Tahun Baru Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1. Pertama, bagaimana dengan mudah PUTRA mengelirukan fahaman orang awam berkenaan Perkara 3(1) dan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan, tanpa terlebih dahulu memahami apakah sebenarnya perayaan Tahun Baru Cina ini? Dua, bagaimana pemahaman PUTRA terhadap perayaan Tahun Baru Cina sehingga ianya boleh dianggap sebagai dakyah penyebaran agama lain? Tiga, apa yang cuba disampaikan oleh PUTRA, selain menanam rasa kebencian dan salah faham dalam kalangan orang awam berkenaan isu ini? Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan mengenai amalan beragama di negara Malaysia dengan menggariskan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi tidak menghalang amalan agama-agama lain bagi penganutnya. Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menggariskan amalan kebebasan beragama di Malaysia, tetapi undang-undang negeri atau persekutuan (bagi negeri-negeri persekutuan), boleh mengawal atau menyekat pengembangan fahaman agama lain kepada penganut Islam. Yang tidak dibenarkan adalah penyebaran ajaran fahaman agama lain dengan bertujuan untuk mengajak seseorang meninggalkan Islam dan menganuti agama tersebut. Manakala Perkara 12(3) menjelaskan, dalam mengamalkan hak mendapatkan pendidikan, tiada sesiapa pun boleh dipaksa menerima ajaran atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama selain daripada agamanya sendiri. Jadi persoalannya, adakah perhiasan atau sambutan Tahun Baru Cina di sekolah ini melibatkan paksaan amalan dan upacara keagamaan sehingga menggugat iman dan pegangan agama seseorang individu? Perlu untuk kita fahami bahawa Tahun Baru Cina ini bukanlah satu amalan keagamaan, sebaliknya adalah satu perayaan meraikan dan menyambut kedatangan tahun baharu dengan semangat dan suasana positif, penuh kasih-sayang serta merapatkan hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan. Ianya bukanlah satu perayaan yang berdasarkan upacara keagamaan, malah tidak sedikitpun menggugat status agama Islam yang diperincikan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Apa yang dikesalkan adalah tindakan PUTRA yang mencampuri urusan pentadbiran sekolah sehingga dengan angkuh memberi kata dua kepada pihak sekolah untuk menurunkan perhiasan di sekolah tersebut. Malah, tanpa merujuk kepada mana-mana rujukan yang jelas, PUTRA dengan mudah menyatakan perhiasan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ya, perhiasan yang tiada kena mengena dengan urusan dan amalan keagamaan, perhiasan yang bertujuan meraikan kepelbagaian budaya dalam Malaysia ini. Warna merah dan tanglung sememangnya sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina dan tiada kaitan dengan unsur keagamaan. Sudah menginjak tahun 2020, sudah-sudahlah dengan isu berbaur perkauman dan agama sebegini. Cukup-cukuplah dengan hasutan api kebencian sebegini, janganlah kita turunkan dan hembuskan rasa kebencian dan prasangka sebegini kepada generasi akan datang. Anak-anak generasi akan datang, mereka ini tidak berdosa untuk menerima tempias api kebencian ini. Hanya kerana saya makan menggunakan chopsticks, tidak menjadikan saya Cina
Hanya kerana saya mempelajari seni kolam, tidak menjadikan saya seorang Hindu. Hanya kerana saya sukakan tarian tradisi etnik Sabah dan Sarawak, tidak menjadikan keimanan saya terhadap Islam tergugat. Dan hanya kerana rakan-rakan bukan Islam memakai baju kurung, tidak menjadikan mereka Islam dan Melayu. Kerana ini semua adalah kepelbagaian budaya yang ada dalam negara kita yang seharusnya difahami dan diraikan bersama. Selama berpuluh-puluh tahun kita bersama, kita sentiasa gembira mengharmonikan pelbagai perayaan yang ada di Malaysia, mengapa hari ini dengan mudah api kebencian ini dimarakkan
Kepelbagaian budaya ini adalah kekuatan kita, dan kekuatan ini hanya akan terus kuat sekiranya kita bersatu dan tidak mudah melatah dengan api kebencian sebegini. Setiap kebudayaan, perayaan dan perbezaan adat adalah keunikan yang membentuk kita, dan kita adalah Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/kepelbagaian-budaya-sumber-kekuatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lampu 2019 Meriahkan Putrajaya Tonjol Kepelbagaian Malaysia

Lampu 2019 Meriahkan Putrajaya Tonjol Kepelbagaian Malaysia

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 341 hits
Cahaya warna warni memeriahkan langit malam bagi warga Putrajaya Acara Light and Motion Putrajaya 2019 akan bermula hari ini hingga ambang tahun baharu pada 31 Disember Penganjuran yang masuk kali ketujuh ini telah membawa membaharuan yang ...
Sisa Pertanian Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui Di Malaysia

Sisa Pertanian Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 322 hits
Oleh Prof Ir Dr Mohd Fadhil Bin Md Din Pengarah Pelestarian Kampus Universiti Teknologi Malaysia Professor Dr Yu You Li Tohoku University Japan Email gyokuyu ri a5 tohoku ac jp Biojisim daripada produk pertanian merupakan komoditi utama bag...
Perfect Vocal Syamel Ernie Zakri Duet Di Konsert Visit Malaysia 2020 Di Istana Budaya

Perfect Vocal Syamel Ernie Zakri Duet Di Konsert Visit Malaysia 2020 Di Istana Budaya

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 663 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
How To Reform Malaysia S Ailing Educational System

How To Reform Malaysia S Ailing Educational System

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 210 hits
How to reform Malaysia s ailing educational systemBy 20 Dec 2019351Francis Loh looks at how greater autonomy devolution of powers and decentralisation can raise Malaysia s educational standards and restore trust in the teaching profession T...
Malaysia Airlines Tawarkan Diskaun Penerbangan Sempena Tahun Baru 2020

Malaysia Airlines Tawarkan Diskaun Penerbangan Sempena Tahun Baru 2020

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 261 hits
Sempena tahun baru 2020 ni Malaysia Airlines ada tawarkan diskauan tambang daripada 20 Januari sampai la 31 Disember 2020 untuk korang semua sebanyak 35 peratus untuk kelas Ekonomi dan Perniagaan Tambang untuk kelas Ekonomi ke semua tempat ...
Only Malay Muslim Can Be Malaysia S Education Minister Insists Pas Mp

Only Malay Muslim Can Be Malaysia S Education Minister Insists Pas Mp

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 286 hits
The next education minister must be Malay and Muslim according to PAS MP Ahmad Amzad Hashim The Kuala Terengganu MP also expressed fear that Maszlee Malik may have been forced out of the post yesterday by an agenda to weaken efforts to base...
Malaysia Can T Host Apec Without Mahathir At The Helm

Malaysia Can T Host Apec Without Mahathir At The Helm

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 315 hits
There are certain economic indicators to judge if we have attained the high income society we aimed for in Vision 2020 Unfortunately we have failed to make the mark despite warnings by those who could see the impediments in the way decades ...
Here S A List Of Lesser Known Reforms Dr Maszlee Enforced As Malaysia S Education Minister

Here S A List Of Lesser Known Reforms Dr Maszlee Enforced As Malaysia S Education Minister

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 403 hits
A lot more than khat and black shoes Cover image via harianmetro Earlier today 2 January Dr Maszlee Malik announced that he is resigning from his position as Minister of Education effective 3 January Dr Maszlee s shocking announcement at a ...
5624 Dah 2020 Pengguna Malaysia Masih Haprak Ppim 02 01 2019

5624 Dah 2020 Pengguna Malaysia Masih Haprak Ppim 02 01 2019

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 509 hits
Kerajaan telah melaksanakan inisiatif bagi memupuk kesedaran kebersihan dikalangan pengguna seperti Dasar Kebersihan Negara yang berkuatkuasa pada tahun ini Sedihnya ambang tahun baru 2020 masih disambut dengan sikap masyarakat mentaliti ke...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding