Iltizam 2020 Gandakan Usaha Menuju Malaysia Baru




By Prema Devaraj
 -8 Jan 2020
024

Masih ada sinar harapan jika ramai orang berganding bahu melawan ketidakadilan, rasuah, diskriminasi, ketaksuban dan ekstrimisme, tulis Prema Devaraj

Apakah azam tahun baru kita? Bagaimanakah kita mahu mencorakkan jalan perubahan menuju Malaysia baru yang mengiktiraf peranan setiap warganya?Penelitian-penelitian sepanjang tahun lalu memperlihatkan beberapa pencapaian penting kerajaan Pakatan Harapan dalam melakukan perubahan. Namun, ia juga tidak terlepas daripada kritikan khususnya berkenaan kekurangan-kekurangan yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan segera atau tidak sepatutnya berlaku
Pada masa yang sama, kita juga mendapati bahawa wujudnya peningkatan ketegangan dalam soal kaum dan agama, yang selanjutnya semakin memisahkan masyarakat
Support the struggle to build a New Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or bothMake a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarterBecome an Aliran memberTahun 2020 yang baru membuka tirai ini menuntut kita untuk berfikir dengan lebih serius akan perubahan-perubahan yang terbaik buat negara dan masyarakat. Sudah tentu, wujudnya pelbagai aspirasi tentang bentuk Malaysia baru yang diidamkan
Justeru, timbul beberapa persoalan penting yang perlu diangkat dalam perbahasan seputar Malaysia baru
Adakah wawasan ini akan menolak penekanan terhadap keunggulan satu-satu etnik atau kepercayaan berbanding yang lainnya? Adakah kita dapat menghapuskan sikap cauvinisme budaya dan bahasa serta mengembalikan rasa hormat terhadap nilai-nilai pelbagai yang wujud dalam masyarakat
Adakah Malaysia baru yang kita idamkan ini akan membuka ruang-ruang rundingan dan perbahasan yang sebenar-benarnya? Mampukah kita untuk selesa berbeza pendapat, berdamai dengan pemahaman yang berbeza, dan berkompromi? Mampukah kita untuk melangkaui perbezaan-perbezaan kepercayaan, pemikiran, dan amalan, serta meraikan kepelbagaian ini
Bagaimanakah kita dapat menyingkirkan rasa kebimbangan dan mula mengiktiraf ‘kemanusiaan’ yang ada pada setiap warga tanpa mengira latar belakang mereka
Adakah wawasan yang cuba kita angkat ini dapat mendedahkan kebobrokan dasar-dasar yang mengutamakan ketamakan berbanding kepentingan masyarakat dan pemeliharaan ekosistem selama puluhan tahun ini? Bagaimanakah kita dapat memasukkan pembangunan mampan serta isu perubahan iklim, dengan turut mengambil kira faktor global, ke dalam gagasan Malaysia baru yang diidamkan

READ MORE:  Release two key reports on reforms; limit scope of OSAAdakah wujudnya jaminan kepada rakyat terbanyak dalam soal perumahan mampu milik dan kos penjagaan kesihatan yang berpatutan? Adakah segenap golongan pekerja dapat menikmati gaji minima serta pemeliharaan hak-hak mereka selaku pekerja
Adakah gagasan Malaysia baru ini mempunyai iltizam untuk mengiktiraf kedudukan orang asal, di samping memelihara kebajikan golongan terpinggir dan pelarian di Malaysia, timur dan barat
Mampukah kita untuk berlaku adil dan jujur dengan masa lalu kita? Mampukah kita untuk mengiktiraf dan menerima naratif-naratif pelbagai yang wujud dalam sejarah negara kita
Adakah seluruh warga, terutamanya anak muda, akan mempunyai kebebasan (dan digalakkan) untuk berfikir secara kritis di sekolah dan universiti
Adakah jalan menuju perubahan kita turut memikirkan cara untuk mengurangkan sikap toksik di laman-laman media? Adakah siaran-siaran berbaur menghasut, tidak bertanggungjawab, dan penyelewengan maklumat akan berkurangan? Bagaimanakah kita dapat mendidik masyarakat untuk bersikap lebih bertanggungjawab dan peka dalam soal perkongsian mesej dan maklumat di laman media
Adakah kata ‘integriti’ akan beroleh makna sebenarnya dalam Malaysia baru? Akan wujudkah junjungan terhadap profesionalisme dan rasa bangga dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, baik dalam perkhidmatan asas kepada masyarakat mahupun pembangunan industri dan projek? Justeru, apa pula kayu ukur yang akan digunakan untuk memantau satu-satu projek tersebut
Mampukah kita untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan mengadakan agensi-agensi penguatkuasa yang dapat dipercayai dan dihormati
Jika kesemua ini menjadi harapan kita terhadap Malaysia baru, maka kita selaku warga harus turut serta menggalas tanggungjawab dalam membentuk dan mencitrakan gagasan Malaysia baru yang kita idamkan. Benar, tugas ini maha berat dan mencabar, lebih-lebih lagi dalam keadaan politik semasa
Namun, kita tidak boleh terus berpeluk tubuh dan terus dipesongkan oleh drama-drama politik yang dimainkan oleh individu-individu berkepentingan. Sebaliknya, kita harus lebih tegas dan menumpukan kepada perubahan-perubahan yang signifikan

READ MORE:  Hakam urges government to expedite pro-human rights reformsKerja-kerja mengkritik sememangnya mudah. Namun, penting untuk menggalas tanggungjawab yang sukar ini bagi memperbetulkan penyelewengan yang sudah berlaku berdekad lamanya. Hal ini termasuklah menyumbang secara konstruktif kepada prinsip-prinsip tadbir urus yang baik, memastikan wujudnya semak dan imbang, mempertemukan kumpulan-kumpulan yang berseberangan pendapat, dan membina masa depan yang mampan untuk Malaysia
Walaupun sukar, kita tidak harus cepat mengalah dengan cabaran yang maha besar ini. Masih ada ramai individu yang benar-benar peka dan berhasrat untuk melaksanakan perubahan demi melihat Malaysia baru yang lebih makmur dan mengiktiraf kesemua warganya. Apatah lagi dalam keadaan politik semasa yang tebal dengan unsur-unsur perpecahan, maka penting untuk kita yang datang daripada pelbagai latar belakang untuk bekerjasama dalam melawan ketidakadilan, rasuah, diskriminasi, ketaksuban, dan ekstrimisme
Tahun 2020 ini menjanjikan harapan untuk kita terus membina gagasan Malaysia baru yang dapat dikongsi secara bersama. Justeru, kita haruslah berganding bahu dalam menggalas tugas perubahan bagi mencapai Malaysia idaman kita semua
Prema Devaraj
Editor bersama, surat berita Aliran
1 Januari 2020
Diterjemahkan oleh Razan Rose

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/iltizam-2020-gandakan-usaha-menuju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Airlines Tawarkan Diskaun Penerbangan Sempena Tahun Baru 2020

Malaysia Airlines Tawarkan Diskaun Penerbangan Sempena Tahun Baru 2020

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 267 hits
Sempena tahun baru 2020 ni Malaysia Airlines ada tawarkan diskauan tambang daripada 20 Januari sampai la 31 Disember 2020 untuk korang semua sebanyak 35 peratus untuk kelas Ekonomi dan Perniagaan Tambang untuk kelas Ekonomi ke semua tempat ...
Logo Baru Visit Malaysia 2020 Vm2020

Logo Baru Visit Malaysia 2020 Vm2020

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 420 hits
AssalamualaikumBismillah Sumber Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan logo baharu bagi Visit Malaysia 2020 dengan corak batik Malaysia Logo baharu Tahun Melawat Malaysia 2020 ini mempunyai ikon seperti Burung Kenyalang Bunga Raya Paku p...
2020 K Jaan Janji Teruskan Pembentukan Malaysia Baru Yang Diidamkan

2020 K Jaan Janji Teruskan Pembentukan Malaysia Baru Yang Diidamkan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 296 hits
BERITASempena tahun 2020 Kerajaan berjanji untuk meneruskan perjuangan ke arah pembentukan Malaysia Baharu yang diidamkan kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam perutusan tahun baru 2020 Katanya 2019 merupakan ...
Menuju Indonesia Emas 2045 Polisi Andalkan E Policing Di Tahun 2020

Menuju Indonesia Emas 2045 Polisi Andalkan E Policing Di Tahun 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 188 hits
Dengan demikian kata dia e policing ini merupakan model pemolisian di era digital yang berupaya menerobos sekat sekat ruang dan waktu sehingga pelayanan pelayanan kepolisian dapat terselenggara dengan cepat tepat akurat transparan akuntabel...
Pelekat Kenderaan Visit Malaysia Year 2020 Dirasmikan

Pelekat Kenderaan Visit Malaysia Year 2020 Dirasmikan

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 456 hits
Hello pembaca kesayangan Sebagai rakyat Malaysia tahukah anda bahawa setiap seorang dari kita punyai tanggungjawab tersendiri untuk berbakti kepada negara kita yang tercinta ini Salah satu cara yang kita boleh lakukan adalah dengan menjaga ...
5644 Ekslusif Usaha Puteri Balqish Buka Mata Anak Muda Ppim 10 01 2020

5644 Ekslusif Usaha Puteri Balqish Buka Mata Anak Muda Ppim 10 01 2020

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 377 hits
Nama bintang cilik ternama Puteri Balqish yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia Pasifik 2014 itu menarik perhatian PPIM apabila melihat keazaman adik Puteri meneruskan kehidupannya dengan menjual buku puisi karyanya dem...
Kufaku Band Akan Rilis Single Berak Di Bakau Di Malam Tahun Baru 2020 Udah Pada Siap Dengerin

Kufaku Band Akan Rilis Single Berak Di Bakau Di Malam Tahun Baru 2020 Udah Pada Siap Dengerin

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 400 hits
Daripada malam tahun baru gabut mending dengerin lagu barunya Kufaku Band Pada tahu band ini kan
Malaysia S Economy To Do Better In 2020 Says Guan Eng

Malaysia S Economy To Do Better In 2020 Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 376 hits
Malaysia s economy is expected to do better in 2020 as the manufacturing purchasing managers index for December 2019 rose to a 15 month high says Finance Minister Lim Guan Eng In a statement today Lim said in addition the government is boos...
Selamat Tahun Baru 2020 Allah Is The Best Planner

Selamat Tahun Baru 2020 Allah Is The Best Planner

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 567 hits
As Salam Alhamdulillah Dah hari ke 10 kita pada bulan Januari tahun 2020 Time semua orang berebut rebut nak update status kat media sosial dan juga stories dengan ucapan selamat tahun baru saya hanya sekadar memerhati dan scroll akaun media...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut