Cantik pemandangan di sini dengan dedaun berwarna hijau dan kemerahan
Nun di sana tersergam megah Gunung Fuji. Ketika ini pukul 10.50 pagi, sinar matahari memancar terang tetapi udara begitu sejuk dengan suhu rendah 9℃.
Puncak Gunung Fuji - foto hasil zoom-in. Masya Allah, begitu indah mempesona
Fakta ringkas Gunung Fuji (Fuji-san dalam bahasa Jepun) :Merupakan gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.12 meter.Gunung ini terletak di sempadan Shizuoka Prefecture dan Yamanashi Prefecture.Ia diiktiraf sebagai Warisan Budaya Dunia pada tahun 2013.Gunung ini merupakan sebuah gunung berapi aktif dengan letusan terakhir pada tahun 1707.Terdapat lima buah tasik di sekelilingnya iaitu Tasik Kawaguchi, Tasik Yamanaka, Tasik Saiko, Tasik Shoji dan Tasik Motosu. (Sumber : wikipedia.org).
Kadang saya rasa tak percaya dapat menatap Gunung Fuji di depan mata. Terima kasih Allah atas kesempatan ini 💜
Encik M tolong ambilkan foto-foto di atas. Foto saya, saya bersama Encik Suami dan foto kami berdua serta Encik A sekeluarga berlatarkan Tasik Kawaguchi dan puncak Fuji|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |