Misteri Di Sebalik Menara Jam Di Tengah Tasik



                                                                       Lago di Resia.
 
Sebuah menara misteri yang terletak disebuah tasik, Lake Reschen, Itali, sememangnya menjadi tanda-tanya kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Tasik ini merupakan tasik buatan manusia terbesar di Itali dengan kapasiti 120 juta meter padu.
Namun, siapa menyangka disebalik tasik ini, dahulunya merupakan sebuah perkampungan indah yang didiami manusia, yang diberi nama Kampung Graun dan terletak di wilayah Vitchgau, Itali.
Perkampungan itu menempatkan 163 buah rumah dan sebuah gereja yang unik seni binanya serta lengkap dengan menara loceng.
Gereja itu dikenali sebagai 'Church of Altgraun' dan terkenal dikalangan masyarakat tempatan.
Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani dan penternak sehinggalah semuanya berubah sekelip mata.

Pada tahun 1939, sebuah syarikat elektrik terbesar ketika itu, Montecatini, yang kini dikenali sebagai Edison Energia, merancang untuk membina sebuah tasik buatan sedalam 22 meter.
Dengan tujuan pembinaan untuk menjana kuasa elektrik, tasik buatan yang bakal dibina akan menyatukan dua buah tasik semulajadi berdekatan perkampungan tersebut iaitu Tasik Reschensee dan Tasik Mittersee.
Bagaimanapun, rancangan tersebut mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan.
Ini kerana jika kedua-dua tasik bercantum, ia akan mengakibatkan banjir besar dan perkampungan mereka bakal tenggelam.
Malangnya, tentangan mereka tidak diendahkan oleh syarikat tersebut dan pembinaan tetap diteruskan pada bulan April 1940.
Namun, kerja pembinaan hanya sementara apabila penduduk tempatan menentang sekeras-kerasnya dan dikatakan telah berlaku peperangan yang menyebabkan pembinaan terbengkalai separuh jalan.
Pada bulan Julai 1950, bahagian utama gereja diperkampungan itu telah dirobohkan dan puncanya tidak diketahui sehingga sekarang.
Dikatakan, ia adalah agenda syarikat tersebut untuk meneruskan perancangan untuk membina tasik tetapi yang peliknya menara jam tidak pula dirobohkan.
Akhirnya pada hujung tahun 1950an, perkampungan berdekatan tasik buatan ini, Graun dan Reschen, lama-kelamaan tenggelam disebabkan banjir besar yang melanda.
Punca banjir dikatakan akibat pembinaan tasik yang terbengkalai dan kesannya, semua rumah dan tanah seluas 523 hektar tenggelam.
Apa yang tinggal hanyalah menara jam sisa runtuhan gereja yang dirobohkan sebelum itu.
Sehingga kini menara itu masih kelihatan dan dianggap misteri kerana kedudukannya ditengah-tengah tasik.
Kini, menara jam itu dikenali sebagai Lago deResia dikalangan masyarakat tempatan dan jika dilihat sekali imbas, menara tersebut seolah-olah terapung dipermukaan tasik.
Hakikatnya, menara jam tersebut sebenarnya tenggelam separuh.
Apa yang menarik, menara jam kurun ke-14 ini juga masih kelihatan utuh berbanding usianya.
Malah, sehingga kini ia masih boleh dilihat diatas permukaan air setinggi 20 kaki.
Ketika musim sejuk, ketika tasik membeku, menara jam itu boleh dikunjungi sesiapa saja dengan hanya berjalan kaki. Ia juga menjadi salah satu daya tarikan yang menjadikannya sebagai lokasi untuk dilawati.
Namun, disebalik keunikan itu, terdapat satu misteri yang belum dapat dirungkai sehingga sekarang.
Menurut lagenda, bunyi loceng dari menara jam masih lagi kedengaran pada waktu malam terutamanya ketika musim sejuk.
Yang peliknya, loceng yang ada dimenara jam itu telah dialihkan pada 18 Julai 1950, seminggu sebelum gereja dirobohkan!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dairishare.blogspot.com/2025/02/misteri-di-sebalik-menara-jam-di-tengah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Bekerja Penjawat Awam Di Negeri Pahang Berakhir Jam 12 30 Tengah Hari Pada Jumaat Sepanjang Bulan Ramadan

Waktu Bekerja Penjawat Awam Di Negeri Pahang Berakhir Jam 12 30 Tengah Hari Pada Jumaat Sepanjang Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 157 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menetapkan waktu bekerja penjawat awam di negeri ini berakhir pada 12 30 tengah hari pada setiap Jumaat sepanjang RamadanBaginda bertitah Kerajaan Pahang ...
Tasik Bulan Sabit Di Tengah Gurun Padang Pasir

Tasik Bulan Sabit Di Tengah Gurun Padang Pasir

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 116 hits
Kira kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang China terdapat sebuah keajaiban alam yang mana ia mempunyai satu lanskap tasik yang sangat menarik Ia juga turut dikelilingi dengan gunung pasir Kebiasaannya kita sering dibayangi dengan su...
Waktu Bekerja Jumaat Bulan Ramadan Sehingga 12 30 Tengah Hari Sultan Pahang

Waktu Bekerja Jumaat Bulan Ramadan Sehingga 12 30 Tengah Hari Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 159 hits
Waktu bekerja Jumaat bulan Ramadan sehingga 12 30 tengah hari Sultan Pahang Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menetapkan waktu bekerja bagi penjawat awam Negeri Pahang pada setiap hari Jumaat sepa...
Pegawai Akaun Didakwa Tunjuk Jari Tengah Pintas Polis Iringi Tpm

Pegawai Akaun Didakwa Tunjuk Jari Tengah Pintas Polis Iringi Tpm

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 112 hits
MalaysiakiniSeorang eksekutif akaun syarikat pengiklanan didakwa di dua Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan yang mengiringi T...
Air Mata Di Tengah Sawah

Air Mata Di Tengah Sawah

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 172 hits
bharian com myOleh Februari 16 2025Suasana sawah padi menghijau berlatar belakangkan mata hari yang bersinar di Bukit Kodiang Foto NSTP Wan Nabil NasirMENELUSURI jalan lama bermula dari Butterworth ke Alor Setar pastinya mata tidak lepas me...
Tiga Sekeluarga Maut Bersama Dalam Kebakaran Tengah Malam Tadi

Tiga Sekeluarga Maut Bersama Dalam Kebakaran Tengah Malam Tadi

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 139 hits
Juwan Riduanbhnews bh com myLABUAN Seorang warga emas dengan dua cucunya berusia lapan dan 11 tahun maut bersama selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Lazenda Villa 2 Kerupang di sini tengah malam tadi Mangsa Morris Chong Hoon C...
Tengah Berkenalan Dengan Kawan Bekas Isteri Azri Iskandar Lebih Berhati Hati Takut Hendak Kongsi

Tengah Berkenalan Dengan Kawan Bekas Isteri Azri Iskandar Lebih Berhati Hati Takut Hendak Kongsi

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 160 hits
Walaupun beberapa kali kisah cintanya kecundang di tengah jalan pelakon Azri Iskandar tetap terbuka hati untuk kembali menjalani hidup berpasangan Mengakui bahawa dia kini sedang menemui cinta baru dan berada dalam fasa mengenali hati budi ...
Blue Lake Tasik Paling Jernih Didunia

Blue Lake Tasik Paling Jernih Didunia

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 112 hits
Blue Lake atau Tasik Biru hanyalah sebuah tasik kecil di Taman Negara Nelson Lakes berhampiran dengan Alps di selatan New Zealand Namun menurut kajian yang dilakukan oleh National Institute of Water and Atmospheric Research kejernihan tasik...
Ambulans Tanpa Pemandu Berbunyi Tengah Malam

Ambulans Tanpa Pemandu Berbunyi Tengah Malam

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 124 hits
KOSMO Ambulans milik Pejabat Daerah Glagaharjo berbunyi secara tiba tiba di tengah malam Detik JogjaJAKARTA Penduduk sebuah kampung di Sleman Jogjakarta gempar apabila sebuah ambulans yang baru lepas digunakan untuk menghantar jenazah berbu...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal