Day Trip Ke Yamanashi Menyaksikan Pesona Gunung Fuji


CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEDUA - KHAMIS, 5 DISEMBER 2024
Jemput baca catatan terdahulu ---> Menikmati Hidangan Malam di Halal Kitchen Restaurant, Nippori
Pagi hari kedua di Tokyo, aktiviti hari ini - lawatan sehari ke Gunung Fuji. Kami memilih untuk berkongsi kenderaan sewa bersama sebuah keluarga dari Malaysia

Poster iklan di grup Fb : Road To Japan (RTJ). Melalui mesej di Fb, saya dan Encik A mula berhubung untuk berkongsi kenderaan 7 tempat duduk. Encik A bersama ahli keluarganya seramai 5 orang dan kami pula berdua

Deposit sebanyak 5,000 yen atau RM150 dan baki 50,000 yen dibayar kepada driver cum guide. Jadinya, kadar bayaran seorang kira-kira 7,858 yen

Pukul 7.50 pagi - selepas mengisi perut dengan roti dan kekacang yang dibawa dari Malaysia, kami keluar di hadapan hotel untuk menunggu kenderaan sewa datang ambil. Mula-mula driver akan ambil keluarga Encik A, kemudian barulah ambil kami

Suhu ketika ini 10℃. Memang sejuk, tapi kami memilih untuk menunggu di luar bangunan sebab nak memerhati kehidupan pagi masyarakat Jepun

Aliran trafik di sini tidaklah sibuk, tenang-tenang saja. Kelihatan orang ramai yang rata-rata berpakaian warna hitam berjalan pantas ke arah tujuan masing-masing. 
Deretan pokok hiasan di hadapan hotel yang juga menarik perhatian saya - buahnya berwarna merah terang

Sekumpulan pelajar keluar dari hotel penginapan kami. Entah macam mana boleh pulak tak sejuk kaki mereka ni ya, atas pakai jaket sejuk tapi bawah terdedah

Selain kumpulan pelajar ni, saya nampak ada juga beberapa orang kanak-kanak (mungkin di usia sekitar 6-8 tahun) yang berjalan bersendirian dengan membawa beg belakang berbentuk seperti kotak. Pemakaian mereka sama - berseluar panjang dan memakai bucket hat. Berani dan pandai mereka berjalan sendirian dan melintasi jalan. Comel je saya tengok

Untuk makluman, di Jepun sangat menjaga privasi. Kita tak boleh sesuka hati merakam foto individu yang jelas menampakkan wajahnya tanpa izin dan juga berfoto di kawasan persendirian. Ini sepatutnya jadi amalan kita walau di mana jua. (Info lanjut boleh baca Responsible Photography in Japan)

Sebab tu saya agak berhati-hati merakam foto, terutamanya di tempat yang bukan tumpuan pelancong. Foto kumpulan pelajar di atas pula, saya rakam dari belakang dan saya kaburkan mereka - tujuan foto sebagai satu memori dalam catatan musafir saya di Tokyo

Pukul 9 pagi - ketika ini kami sudah pun berada di dalam kenderaan menuju ke Yamanashi Prefecture. Encik Suami duduk di hadapan sebelah driver - Encik M yang juga orang Malaysia, manakala saya duduk di belakang bersama Encik A dan isterinya Puan L. Masuk je kenderaan, kami terus berbual mesra. Tak rasa kekok walau baru kali pertama bersua muka

Laluan bertol. Pemandangan di sini biasa saja. Tapi saya tertarik dengan cara pembayaran tol di sini - cuma terdapat dua pilihan laluan iaitu bayar secara manual (tunai atau kad) atau bayar secara automatik (ETC - electronic toll collection).
Kalau di negara kita, kadang boleh tersilap masuk laluan sebab banyak pilihan jenis bayaran. Paling saya kagum - Jepun sebuah negara maju namun masih mengekalkan pilihan bayaran secara manual. Ini sangat memudahkan bagi segelintir masyarakat yang masih mahu membayar secara manual atau kadang kekurangan kredit untuk membayar secara automatik

Pukul 9.50 pagi - kenderaan kami berhenti di sebuah kawasan rehat di Uenohara City, Yamanashi. Cantik kawasan ini dengan berlatarkan perbukitan warna hijau dan coklat (warna dedaun musim luruh)

Parkir berbumbung untuk OKU. Kami terus menuju ke bangunan yang menempatkan tandas - bangunan di belakang parkir berbumbung ni. Kalau nak membeli makanan boleh pergi ke bangunan di hujung sana. Kami tak ke sana sebab tujuan singgah sini cuma nak ke tandas

Tempat singki di sini dengan rekaan moden dan sangat bersih, siap letak jambangan bunga segar sebagai penyeri

Setiap kali masuk tandas di Jepun, saya akan membelek dahulu sebab bukan semua tandas ada washlet (electronic bidet toilet seat). Kalau tak ada, kita gunalah portable bidet atau seumpamanya (perlu bawa sentiasa). Alhamdulillah di sini ada washlet

Seperkara lagi kena perhatikan juga kadang control panel dan flush button terletak di dinding (rujuk foto di atas). Bolehlah selesaikan urusan dengan tenang bila dah tahu apa nak ditekan. Oh ya, tisu boleh terus masuk lubang tandas dan boleh flush. Tapi tisu yang disediakan dalam tandas sahaja tau, jangan flush tisu sendiri sebab berbeza material tisu

Pukul 10.25 pagi - Masya Allah teruja kami semua melihat Gunung Fuji buat kali pertama. Gunung yang dilitupi salji memutih di puncaknya ini tersergam indah dan megah di hadapan mata

Tak puas-puas kami memandang dan memotret dari dalam kenderaan - Gunung Fuji mulanya terlihat di hadapan dan kemudian di sebelah kiri kami

Pukul 10.35 pagi - Alhamdulillah kami tiba di bandar Fujikawaguchiko setelah menempuh perjalanan selama 2 jam 15 minit dari Tokyo

Kami menghabiskan masa seharian di sekitar Yamanashi Prefecture ini untuk berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan indah Gunung Fuji. Pergi ke belah mana pun, sentiasa nampak gunung yang tersergam megah ini

Tempat-tempat yang sempat kami pergi :Oishi Park yang terletak di Kawaguchiko Lake, Fujikawaguchiko.Masjid Fujikawaguchiko, Fujikawaguchiko.Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida.Oshino Hakkai, Oshino.Walau tak banyak tempat kami sempat pergi sebab pukul 4.30 petang sudah mulai gelap, namun ia memberikan suatu pengalaman yang menarik dan memori indah untuk dikenang. InsyaAllah bersambung catatan pada entri seterusnya









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/02/day-trip-ke-yamanashi-menikmati-pesona.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 110 hits
CATATAN TRIP KE JEPUN HARI KEDUA KHAMIS 5 DISEMBER 2025Jemput baca catatan terdahulu Sebelum ke tempat tumpuan utama pelancong Encik M iaitu drive cum guide kami memberhentikan kenderaan di suatu tempat di tepian Tasik Kawaguchi Cantik pema...
Itinerari Trip Mount Fuji 3h2m Nikmat Keindahan Alam Di Lake Yamanaka Jepun

Itinerari Trip Mount Fuji 3h2m Nikmat Keindahan Alam Di Lake Yamanaka Jepun

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 111 hits
Tidak ku sangka kurang dari 6 bulan selepas jejak kaki di Tokyo Jepun aku datang kembali ke sini Tapi kali ini hanya short trip sahaja iaitu ke kawasan Mount Fuji untuk 3 hari 2 malam sahaja Kalau sebelum ni cover Kawaguchiko sahaja tapi ka...
Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 358 hits
DAY TRIP KE PANTAI TELUK CEMPEDAK DAN MENARA 118 KUANTAN PAHANG Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Cuti panjang termasuk cuti tersepit dan cuti Tahun Baru Cina hampir tiba ke penghujung Biasalah all good thi...
Miniatur Bus Gunung Harta Ghts 004 Jetbus3 Voyager Shd

Miniatur Bus Gunung Harta Ghts 004 Jetbus3 Voyager Shd

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 124 hits
PERHATIAN Miniatur dapat menyebabkan gagal menabung Tronton Scania K410iBGril mesin sampingBagian depanGarnis Voyager dan punuk jetbus2 sampai ke siniFront spoiler dan pilar ABelakangnya sajaSTJ Scania Trans JawaDari atas ke samping kananSa...
Itinerari Trip Cari Salji Ke Sapporo Hokkaido Secara Diy Untuk 5 Hari

Itinerari Trip Cari Salji Ke Sapporo Hokkaido Secara Diy Untuk 5 Hari

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 142 hits
Alang alang nak buat trip musim sejuk terus decide untuk cari negara salji Sebab sebelum ni pernah pergi DIY di Tokyo Osaka jadi aku decide untuk ke Sapporo Hokkaido yang confirm akan ada salji pada winter season BACA JUGA Tambahan pula Air...
China Trip Diy Kunming Lijiang Applikasi Yang Perlu Dimuat Turun

China Trip Diy Kunming Lijiang Applikasi Yang Perlu Dimuat Turun

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 127 hits
Kunming revisited Pengembaraan kali ini sepatutnya berlapan tetapi tujuh orang tarik diri asalnya sebab berita kehadiran tentera China di perairan Malaysia kemudian kes human metapneumovirus pula Aku mengikuti rapat kes ini sebab dah excite...
Jom Lihat Perkampungan Dalam Kawah Gunung Berapi Di Jepun

Jom Lihat Perkampungan Dalam Kawah Gunung Berapi Di Jepun

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 66 hits
Aogashima sebahagian daripada Kepulauan Izu terletak 200 km selatan Tokyo di Laut Filipina Penduduk pulau seramai 205 di daftarkan pada adalah sebahagian daripada Jepun dan ditadbir oleh Tokyo Aogashima adalah benar benar sebuah gunung bera...
Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 153 hits
Pemandangan Gunung Kinabalu penuh kelihatan amat jelas jika ada berada di Kota Belud yang terletak kira kira 60 kilometer antara kedua duanya Pemandangan dari Kota Belud melihat Gunung Kinabalu berbanding tempat tempat lain seluruh Sabah Pe...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia