Kami diberi masa kira-kira 1 jam untuk berada di sini. Sebelum berpecah mengikut langkah kaki masing-masing, Encik M arahkan kami berfoto kenangan di sini
Oishi Park juga terkenal dengan keindahan bunga-bunganya. Tetapi ketika kami di sini, taman ini nampak kurang berseri disebabkan peralihan musim luruh memasuki musim sejuk - dedaun pokok berguguran dan tak banyak bunga-bunga. Apa pun, saya tetap bersyukur kerana dapat juga ke sini menyaksikan perubahan alam di negara empat musim
Saya dan Encik Suami berjalan-jalan seketika di kawasan taman bahagian hadapan - berhampiran tempat parkir kenderaan. Suasana di sini meriah dengan jumlah pelancong yang ramai. Udara terasa begitu sejuk walaupun matahari sedang memancar terang
Monument of Fuji - dibina dengan menggunakan batuan yang dikumpul dari 252 tempat di 47 prefecture (negeri) di Jepun. (Sumber info : kawaguchiko.net)
Jom kita masuk ke bangunan Natural Living Centre yang menempatkan jualan makanan ringan dan cenderamata
Pelbagai jenis beg dengan motif menarik
Produk daripada lava Gunung Fuji. Harga semuanya tertera dengan jelas, mudahlah nak memilih ikut bajet kita. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas
Pelbagai jenis tuala muka dan sapu tangan
Di bahagian ini lebih banyak jenis pokok. Ada juga yang sedang berbunga
Cantik bunga berwarna merah oren. Jenis bunga ros agaknya
Berada di sini kita dapat menikmati sepuasnya keindahan Gunung Fuji tersergam di depan mata. Tak jemu memandang dan memerhatikan puncak Fuji yang berubah rupa - boleh bandingkan dengan foto puncak Fuji dalam entri terdahulu
Kita zoom-in, perhatikan terdapat pembentukan awan di atas puncak Fuji
Pemandangan puncak Fuji yang diselimuti salji memutih. Masya Allah indah sungguh
Berfoto kenangan di Oishi Park berlatarkan Gunung Fuji dan hasil shopping di sini. Tak sempat nak fikir sudut yang cantik, ambil sajalah foto di sudut mana pun
Anjing comel yang lalu di hadapan saya. Sepanjang berada di Tokyo, saya selalu jumpa orang bawa anjing comel begini berjalan dicelah orang ramai. Sekali pandang, nampak macam anak patung pula|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |