Menantu Dan Mertua Berkongsi Dapur
Menantu dan mertua berkongsi dapur? Ada sesetengah menantu takut nak berkongsi dapur dengan mentua, bukan malas masak tetapi dia risau cara masak itu tak sama. Dan bimbang juga ‘air tangan’ seorang mak-mak itu lari ke laut dalam.
Pilihan yang ada, bantu kerja lain yang boleh. Jangan pula sampai menantu tak masuk dapur langsung. Itu salah!
Nak jaga hati masing-masing, seorang menantu boleh ikut nasihat saudara Firdaus Shakirin ini.
Menantu dan mertua berkongsi dapur?
Boleh ke menantu dan mertua masak sekali? Well, i knew my mum better… and for me, can’t.
But for some people, it might work…boleh berkongsi dapur… so far, apa yang saya boleh pesan kat wife, time mak masak, biar dia masak sampai habis. Awak just tanya,
“Mak nak saya siang ikan? Mak nak saya potong sayur? Mak nak saya kupas bawang? Mak nak saya buat apa…”
Saya cakap, awak boleh tengok mak masak apa, mak masak macam mana, tapi jangan kacau masakan dia sebab dia tak suka. Dia tak ada masalah kalau orang tolong dia kupas bawang, potong sayur, siang ikan, basuh ayam dan sebagainya.
But once dia lempar bahan-bahan masuk kuali, masuk periuk, let her finish it.
Mak saya ni, standard masakan dia tinggi. Saya bawak pergi kedai makan pun, dia komplen bagai masakan yang dia makan tu. Tawar la, tak cukup garam la, masak sekejap la, kena masak lama la dan so on.
So saya bagitau wife, tengok mak masak, then belajar. Kalau awak nak masak untuk mak boleh, tapi jangan terasa jika kena komplen. Sebab mak memang cerewet bab masakan ni dan dia suka komplen.
Bila dah habis makan, angkat semua pinggan, basuh, kemas meja, kemas dapur. Balance kan dengan kerja-kerja macam tu untuk ambik hati mak bila mana awak tak confidence nak masak untuk mertua.
Sifat mertua tu lain-lain, ada yang macam mak saya, ada yang tak. Ada yang senang untuk get along dengan menantu dan boleh masak sama-sama, dan ada juga yang lebih baik, dia siap guide menantu lagi tentang cara-cara memasak especially lauk kegemaran anaknya (suami mu la).
So, sekiranya kita lemah memasak, kita tutup kelemahan tu dengan menghulurkan bantuan. Sekiranya kita pakar memasak, yakin masakan kita tu ok, sedap, cukup rasa maka kita la yang masak untuk mertua.
Apa-apa pun, rajin-rajin kanlah masuk ke dapur ye wahai kaum hawa. Yang tak pandai pun boleh jadi pandai. Insya Allah.
Sumber: Firdaus Shakirin Via Mingguan Wanita
The post Menantu dan mertua berkongsi dapur? appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/menantu-dan-mertua-berkongsi-dapur/