Dekorasi Dapur Dengan Hanya Bermodalkan Rm100
Hi.
Saya suka baca tips-tips dekorasi . kalau ada yang sesuai boleh la cuba. Macam-macam idea yang dikongsikan. Dalam tak sedar membantu kita untuk berjimat juga sebab tips dekorasi yang dikongsikan kebanyakan nya hanya mengeluarkan belanja yang murah dan tidak membebankan
Cuma dalam bab dekorasi ni korang perlu gunakan bahan yang berkualiti dan kalau korang memang jenis suka susun atur rumah korang sebulan sekali atau 2 bulan sekali tak kisah nak guna barang dan bahan yang kualiti rendah
Kalau untuk jangka masa panjang baik gunakan bahan yang berkualiti
Hari ni saya nak kongsikan tips dekorasi dan makeover dapur yang dikongsikan oleh Saudara Nur Diyana . Tips ni dikongsikan di laman twitter oleh Tojimato.
SEBELUM
SELEPAS
“Saya makeover sorang jer dapur saya ni, barang semua murah-murah sahaja. Maklumlah saya student kan, tak mampu nak beli barang mahal. Pada saya, kemas dan bersih dah cukup”
"Table top saya balut dengan wallpaper PVC Kaison. Bukan plain tau, ada corak timbul. Mungkin sebab ia PVC, jadi nampak berkilat."
"Langsir saya guna 2 keping termasuk yang bawah sinki - beli di Daiso.
Penyangkut bulat tu dah ada sekali dalam paket tu.
Rod boleh laras panjang tu saya beli di Super 99 Serdang - RM3.99 setiap satu, saya guna 3 batang.
Saya sangkut rod guna penyangkut baju kecil"
"Sticker tiles beli di Eco Shop - 1 plastik ada 6 keping baru RM2.12, saya beli 3 plastik."
"Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan untuk dekorasi dapur yang ringkas ni ialah RM101.92."
- Nur Diyana-
Dapur dia nampak lebih kemas. Bila dah pasang langsir di bahagian bawah dapur dan sink tu boleh la dalam tu di letak kan kuali atau barang-barang dapur lain.
Bahagian bawah tu juga boleh letak rak kecil untuk letak stok masakan kita.Tak la nampak bersepah-sepah.
Cuma langsir tu memang kena tajin basuh la sebab bila di dapur ni memang mudah melekat minyak dan sebagainya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2018/12/dekorasi-dapur-dengan-hanya-bermodalkan.html