Menangis Lebih Dari Tiga Jam Sehari Tanda Awal Bayi Alami Kolik


Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa pastinya ingin mengetahui cara untuk meredakan kolik bayi. Hakikatnya kembung perut atau kolik berlaku disebabkan sejumlah kecil udara masuk ke dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis. Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkan bayi berasa tidak selesa. Lazimnya bayi akan menangis apabila mengalami kolik.
Bersama Dr. Khamini Ramanujam, Pediatrik Konsultan dari Hospital Glenagles Pulau Pinang mengulas lanjut tentang masalah kolik dikalangan bayi. Menurut Dr. Khamini menjaga bayi baru lahir terutamanya bagi kelahiran pertama merupakan cabaran bagi mana-mana ibu bapa, tetapi jika bayi anda menghidapi kolik, ibu bapa baru akan berasa amat risau.
Bayi yang baru lahir mempunyai saluran gastrousus masih dalam keadaan menyesuaikan diri dengan fungsi baru. Ketika ini, bayi mungkin menghadapi gejala seperti kolik, sering muntah, perut berangin, sembelit dan cirit-birit ringan.
Kolik adalah keadaan bayi yang sihat bersifat terlalu rengsa, asyik merengek dan menangis tanpa sebab yang jelas. Ia berlaku pada bayi dalam tempoh beberapa minggu pertama kehidupan, membabitkan sehingga 40 peratus daripada bayi di seluruh dunia.
Apabila terjadi masalah kolik atau masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Perhatikan bahagian abdomen bayi kelihatan kembung walaupun sebenarnya normal kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen.
Apakah kolik itu perkara biasa yang berlaku kepada bayi?
Tambahnya juga kolik merupakan perkara yang biasa berlaku kepada bayi. Selalunya keadaan seperti ini berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kembung ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar kerana penyusuan yang semakin baik.
Tanda-tanda dan gejala bayi yang mempunyai masalah kolik
Cara mudah mengenal pasti kejadian kolik menggunakan tiga cara:
Menangis lebih daripada tiga jam sehari. Gejala pertama diikuti dengan menangis secara berterusan hingga tiga hari seminggu. Menangis secara berterusan selama lebih daripada tiga minggu. Selain itu symptom lain yang menunjukkan si kecil anda mengalami kolik termasuklah:
Bayi mungkin nampak lapar dan seperti ingin disusukan, tetapi apabila disuakan susu, bayi mungkin akan hanya minum sedikit sebelum menarik diri lalu menangis Bayi mungkin akan lihat bahawa bayi tidak bersendawa dengan betul. Semasa tidur, bayi kelihatan resah, kerap kali menggeliat dan berdehem dengan nyaringnya Jika anda menyentuh perutnya dengan jari anda, anda akan dapati yang perutnya terasa kembung dan tegang Penyebab Kolik
Masalah kolik terjadi disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :
• Fungsi pencernaan yang tidak matang
• Alahan terhadap protein susu lembu
• Tidak toleransi kepada laktosa
• Mungkin juga interaksi ibu dan bayi yang tidak mencukupi
• Ibu yang sedang stress atau mengalami masalah.
Selain itu, masalah ketidakhadaman, usus yang sensitif kepada protein tertentu yang terdapat dalam susu dan bayi yang menangis terlalu lama turut menjadi punca kepada masalah kembung perut.
Apa yang membuatkan bayi lebih berisiko mengalami kolik?
Bayi anda mungkin akan terus sensitif walaupun dia sudah pulih dari kolik. Jika dia kerap menangis dan sukar ditenangkan, ini akan meletihkan anda. Jika tiada apa yang berjaya dilakukan, ibu bapa mungkin merasakan bahawa perasaan anda adalah puncanya.
Ibu bapa perlu ingat bahawa kerisauan ibu bapa bukanlah punca kolik. Kolik boleh memberikan tekanan kepada ibu bapa dan ibu bapa yang stres akan dapati ianya lebih sukar untuk menenangkan bayi yang meragam.
Cara atasi kolik pada bayi
Bayi yang mengalami keadaan kolik juga mempunyai bakteria usus berbeza berbanding si kecil yang tidak mengalami masalah ini.
Kekurangan masa tidur pada malam hari bagi bayi yang mengalami kolik amat ketara, sekali gus mengganggu tidur seisi keluarga.Ibu kepada bayi yang mengalami kolik hampir empat kali ganda berkemungkinan mengalami tekanan perasaan, biasanya berlaku dua bulan pertama selepas kelahiran bayi. Ada sesetengah bayi yang menghadapi kolik berisiko tinggi mengalami kesakitan di bahagian abdomen dan masalah berkaitan tidur di kemudian hari
Sesetengah bayi mungkin mengalami reaksi kecernaan atau alahan kepada susu yang diminumnya. Jika anda masih menyusukan bayi, ibu-ibu boleh cuba menukar diet untuk melihat sama ada ini akan mengurangkan tangisan bayi.
Perlu bersederhana dalam diet harian.
Ibu tidak boleh mengambil makanan pedas atau bijiran serat tinggi, kekacang, brokoli dan kubis dan kafein. Sesetengah bayi akan lebih sihat jika ibu mereka tidak mengambil sebarang produk susu dalam diet mereka. Jika anda mahu berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan diet anda masih mencukupi. Buah – buahan sitrus, makanan yang bergula dan yang pedas, air berkarbonat, kopi, teh dan menghisap rokok.
Pendekatan lain untuk membantu meredakan masalah kolik adalah mengamalkan teknik penyusuan yang betul. Posisi penyusuan yang betul dan selesa membantu bayi menyusu tanpa menelan angin. Sekiranya bayi diberi susu formula, pastikan ibu bapa menggunakan saiz puting yang bersesuaian.
Saiz puting sesuai memberikan aliran susu yang baik dan keselesaan pada perut bayi. Alahan terhadap susu formula tertentu menyebabkan masalah kembung. Sesetengah bayi mempunyai alahan terhadap protein susu lembu atau laktosa.
Untuk bayi yang mula minum susu formula, berbincang dengan pakar pediatrik sebelum menukarkan jenis susu yang anda gunakan. Susukan bayi anda apabila dia lapar kerana sesetengah bayi akan menangis dan meragam kerana kelaparan jika ibu bapa mengikuti waktu makan yang berjadual.
Pencernaan tidak sempurna juga mengganggu keselesaan perut. Oleh itu ibu bapa boleh cuba menukar jenama susu formula. Juga, amalkan untuk mengurut bayi untuk sendawa setiap kali selesai penyusuan.
Sesetengan bayi yang kurang disendawakan juga berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai angin yang terperangkap dalam perut. Pastikan gunakan terknik yang betul untuk sendawakan bayi dan ibu bapa tidak perlu risau apabila bayi muntah sedikit selepas menyusu kerana tidak berbahaya kepada bayi.
Secara umumnya, masalah ini tidak berbahaya melainkan terdapat tanda penyakit lain. Walaupun perut bayi kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut apabila disentuh. Jika ibu bapa berasa perut bayi sangat keras apabila disentuh, kemungkinan besar disebabkan masalah usus lain dan perlulah dirujuk kepada pakar pediatrik anda untuk rawatan lanjut.
The post Menangis Lebih Dari Tiga Jam Sehari, Tanda Awal Bayi Alami Kolik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/menangis-lebih-dari-tiga-jam-sehari-tanda-awal-bayi-alami-kolik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Wanita Thailand Maut Kemalangan Awal Pagi Di Karak

Tiga Wanita Thailand Maut Kemalangan Awal Pagi Di Karak

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 333 hits
KUANTAN 29 Dis Tiga wanita Thailand maut manakala tiga lagi cedera akibat kemalangan di Kilometer 43 2 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak menghala Timur dekat Karak di Bentong awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Bentong Supt Yusuf Unis berkata kema...
7 Tanda Tanda Masa Awal Kehamilan Yang Jarang Kamu Kenali

7 Tanda Tanda Masa Awal Kehamilan Yang Jarang Kamu Kenali

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 284 hits
Untuk mengetahui kehamilan seseorang cara termudah adalah dengan menggunakan alat tes kehamilan Walau begitu sebelum menggunakannya kita perlu mengetahui sejumlah gejala yang mungkin muncul lebih dahulu
Alami Sakit Kepala Selama Tiga Minggu Lelaki Ini Dipercayai Menderita Sifilis Pada Matanya

Alami Sakit Kepala Selama Tiga Minggu Lelaki Ini Dipercayai Menderita Sifilis Pada Matanya

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 330 hits
Seorang lelaki Sydney berusia 39 tahun mengalami sakit kepala selama tiga minggu dan didiagnosis dijangkiti sifilis pada matanya setelah mendapatkan rawatan di hospital Lelaki berkenaan mengadu kepada doktor yang merawatnya bahawa dia menga...
Tiga Wni Dan Bayi Luka Tertimpa Crane Di Malaysia

Tiga Wni Dan Bayi Luka Tertimpa Crane Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 447 hits
Pusat operasi Departemen Kebakaran dan Penyelamatan Kuala Lumpur Malaysia dalam sebuah pernyataan mengatakan penyelidikan awal menemukan bahwa crane jatuh menimpa tiga rumah dan dua mobil menyebabkan penyumbatan di jalan di lokasi tersebut
Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung

Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 684 hits
Assalamualaikum Cik Rose kongsikan satu pekeliling berkenaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita yang Mengandung Kepada yang terlibat bolehlah mohon PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017a kemudahan ini diperuntukka...
Jangan Main Tipu Bila Kira Gerakan Bayi Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu

Jangan Main Tipu Bila Kira Gerakan Bayi Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 457 hits
Pada waktu ibu sudah dapat merasai pergerakan bayi dalam kandungan doktor atau juru rawat akan meminta para ibu untuk mencatat jumlah serta masa gerakan bayi Jangan ambil remeh soal ini kerana ia dapat membantu para ibu untuk mengenal pasti...
Anak Lebih Bijak Jika Didedahkan Kepada Bahasa Kedua Lebih Awal Lebih Bagus

Anak Lebih Bijak Jika Didedahkan Kepada Bahasa Kedua Lebih Awal Lebih Bagus

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 391 hits
Siapa yang tak mahu anaknya jadi seorang insan yang bijak Tentu semua orang mahu Ini berita baik yang mudah untuk dilakukan Jika anda mahukan anak anda jadi seorang insan yang bijak Dedahkan anak anda sejak awal kepada bahasa kedua Malah se...
Awal Dari Jangkaan Datin Shahida Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Yang Comel

Awal Dari Jangkaan Datin Shahida Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Yang Comel

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 361 hits
Melahirkan anak kelima awal beberapa hari sebelum jangkaan yang sepatutnya hari Ahad Datin Seri Shahida selamat melahirkan bayi perempuannya petang semalam Menerusi perkongsian di instagram Datuk Seri Aliff Syukri hampir lapan jam menanti d...
8 Pereda Masalah Konstipasi Yang Alami Dan Ampuh Bagi Bayi

8 Pereda Masalah Konstipasi Yang Alami Dan Ampuh Bagi Bayi

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 173 hits
Konstipasi yang dialami oleh bayi bisa terjadi karena beberapa hal yang kadang bahkan tak kamu sadari Untuk mencegah masalah ini sebaiknya hindari memberi buah hati pisang wortel nasi dan sereal ketika hal ini terus terjadi Hal lain yang bi...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp