Tiga Wanita Thailand Maut Kemalangan Awal Pagi Di Karak


KUANTAN, 29 Dis – Tiga wanita Thailand maut, manakala tiga lagi cedera akibat kemalangan di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Timur, dekat Karak di Bentong awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Yusuf Unis berkata kemalangan pada 1 pagi itu, melibatkan dua kenderaan iaitu pacuan empat roda Toyota Hilux dan lori membawa muatan getah sekerap.
Mereka yang maut semuanya dipercayai berasal dari Narathiwat, dan setakat ini, hanya dikenali sebagai Yawiyah, 53, yang merupakan isteri pemandu Toyota Hilux, sepupunya Maskah, 49, dan rakan mereka Jantana, 43 tahun.
Manakala pemandu Toyota Hilux yang dikenali sebagai Mama, 55, dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bentong akibat parah di kaki dan tangan, memandangkan semua mangsa tersepit dalam kenderaan tersebut.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang hendak ke Kuala Krai, Kelantan telah hilang kawalan semasa menuruni selekoh berbukit di lorong kanan menyebabkanya terbabas ke kiri dan melanggar tembok.”
“Lori itu kemudiannya terbalik lalu menghempap Toyota Hilux yang berada di lorong kiri sebelum menyeret kenderaan itu sejauh lebih kurang 100 meter dalam keadaan keempat-empat tayar lori ke atas,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Yusuf berkata pihaknya terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit yang mana warga Thailand itu berjaya dikeluarkan selepas hampir sejam, ekoran keadaan kenderaan tersebut yang remuk keseluruhan.
Manakala, pemandu lori yang berusia 31 tahun dan kelindan berumur 52 tahun, dengan kedua-duanya berasal dari Kelantan, dapat dikeluarkan daripada kepala lori itu selepas 45 minit.
“Pemandu lori parah di seluruh badan dan dikejarkan ke ICU  Hospital Kuala Lumpur manakala kelindannya dihantar ke Hospital Bentong akibat parah di kaki, tangan dan tengkuk,” katanya.
Katanya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat hari ini, dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41() Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Sumber: Bernama
The post Tiga Wanita Thailand Maut Kemalangan Awal Pagi Di Karak appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/29/tiga-wanita-thailand-maut-kemalangan-awal-pagi-di-karak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tersepit Dirempuh Treler Ibu Anak 8 Bulan Maut Kemalangan

Tersepit Dirempuh Treler Ibu Anak 8 Bulan Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 937 hits
Seorang wanita dan bayi perempuan berusia lapan bulan maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 160 9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi ini Mangsa Siti Khadijah Haron 33 dan anaknya Nur Qaireen Marissa Nor A...
Menangis Lebih Dari Tiga Jam Sehari Tanda Awal Bayi Alami Kolik

Menangis Lebih Dari Tiga Jam Sehari Tanda Awal Bayi Alami Kolik

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 368 hits
Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa pastinya ingin mengetahui cara untuk meredakan kolik bayi Hakikatnya kembung perut atau kolik berlaku disebabkan sejumlah kecil udara masuk ke dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis Ap...
Wanita Dipercayai Maut Akibat Kesejukan Tunggu Ambulans Tak Kunjung Tiba

Wanita Dipercayai Maut Akibat Kesejukan Tunggu Ambulans Tak Kunjung Tiba

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 321 hits
Seorang wanita terpaksa menunggu hampir enam jam di atas lantai beku dengan keadaan sakit apabila ambulans yang ditunggunya tidak tiba Dia dikatakan telah tergelincir hingga menyebabkan kakinya patah Pada ketika itu suaminya dikatakan berad...
Luth Ishak Ketua Armada Bersatu Tanjung Malim Maut Kemalangan

Luth Ishak Ketua Armada Bersatu Tanjung Malim Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 517 hits
KETUA ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tanjung Malim maut selepas Mitsubishi Triton dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 315 8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Tapah hari ini Loading Dalam keja...
Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 375 hits
Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai PetaniSeorang maut manakala seorang lagi cedera ringan setelah kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di kilometer 74 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan hari ini Ketua Polis...
Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung

Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 724 hits
Assalamualaikum Cik Rose kongsikan satu pekeliling berkenaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita yang Mengandung Kepada yang terlibat bolehlah mohon PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2017a kemudahan ini diperuntukka...
Dua Lelaki Maut Seorang Wanita Cedera Bila Kereta Dinaiki Rempuh Pam Stesen Minyak

Dua Lelaki Maut Seorang Wanita Cedera Bila Kereta Dinaiki Rempuh Pam Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 505 hits
JOHOR BAHRU 4 Jan Dua lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pam minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Melayu Pandan di sini hari ini Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sh...
Ladyboy Tercantik Di Thailand Berjaya Tewaskan Wanita Tulen Dalam Pertandingan Ratu Cantik

Ladyboy Tercantik Di Thailand Berjaya Tewaskan Wanita Tulen Dalam Pertandingan Ratu Cantik

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 1201 hits
The ReporterBukan menjadi rahsia lagi umum tahu negara Thailand mempunyai banyak kathoey atau ladyboy malah golongan itu diiktirafkan sebagai gender ketiga Mereka adalah orang yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi menukar alat kelaminnya me...
Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Cara Lulus Temuduga Spa Tanpa Kabel Teknik Psikologi Yang Panel Cari

Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville