Jangan Main Tipu Bila Kira Gerakan Bayi Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu


Pada waktu ibu sudah dapat merasai pergerakan bayi dalam kandungan, doktor atau juru rawat akan meminta para ibu untuk mencatat jumlah serta masa gerakan bayi. Jangan ambil remeh soal ini kerana ia dapat membantu para ibu untuk mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang masalah dengan bayi.
Banyak cara yang boleh digunakan untuk membuat catatan, bukan sahaja dengan menulisnya di dalam buku pemeriksaan tetapi juga boleh disimpan dalam aplikasi notes di telefon pintar.

Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan memang sangat istimewa buat ibu.
Artikel Menarik: [Confirm Hamil, Elak Kopi 12 Minggu Pertama. Jangan Ikut Sangat Rasa Tekak Tu!]
Macam mana pergerakan bayi yang dikatakan normal ? Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ini adalah kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat. Sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Gerakan menendang, atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedari sebenarnya adalah sebenarnya pergerakan bayi itu.

Dengan perkembangan bayi, kebiasaannya pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang. Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak. Bayi juga macam kita, perlukan masa berehat sebentar.
Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Lazimnya, jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
Apakah kepentingan pergerakan bayi? Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.
Artikel Menarik: [Waktu Mengandung Selalu Sedih, Nanti Anak ‘Keluar’ Pun Kuat Menangis!
Berapakah tendangan yang patut ibu rasakan dalam satu hari? Tidak ada jumlah tendangan yang tetap yang perlu anda rasa. Sebenarnya tak perlu pun untuk tulis rekod tentang carta pergerakan bayi, asalkan ibu rasa pergerakan bayi pada setiap hari adalah sama seperti hari-hari kebiasaanya. Ada ibu terlupa nak catat carta pergerakan, sebab terlalu sibuk dengan kerja seharian. Tak mengapa persepsi ibu yg penting. Ibu lebih tahu bayinya bergerak ok atau tak.

Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi anda. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan; lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Apakah yang perlu saya lakukan jika pergerakan bayi kurang atau tidak memuaskan? Sentiasa dapatkan perhatian doktor dengan segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.
Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.
Usia kandungan kurang 24 minggu Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.
Usia kandungan berusia 24 hingga 28 minggu Kakitangan perbidanan akan memeriksa degupan jantung bayi anda. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam air kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur; jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.
Artikel Menarik: [Asid Folik Tingkatkan Kesuburan, Tapi Bukan ‘Jalan Pintas’ Untuk Hamil Cepat]
Usia kandungan melebihi 28 minggu Anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksa menggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.

Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.
Bagaimana jika setelah saya dibenarkan pulang, pergerakan bayi kembali mengurang? Jika anda dibenarkan pulang, anda seharusnya mengambil tahu pergerakan bayi anda dari masa ke semasa. Jika berulangnya masalah pergerakan bayi kurang, jangan berasa ragu-ragu untuk ke hospital dengan SEGERA, biarpun masalah anda ini berulang-ulang untuk yang ke sekian kalinya. Kami sedia membantu anda.
Ingat, jangan tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera. Terima kasih Ibu atas keprihatinan anda !
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
 
The post Jangan ‘Main Tipu’ Bila Kira Gerakan Bayi. Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-main-tipu-bila-kira-gerakan-bayi-itu-tanda-dia-elok-dalam-tu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pandang Mudah Penggunaan Carseat Dalam Tempoh Lama Boleh Jejas Perkembangan Bayi

Jangan Pandang Mudah Penggunaan Carseat Dalam Tempoh Lama Boleh Jejas Perkembangan Bayi

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 283 hits
Bermula 1 Jan 2020 kerajaan telah menguatkuasakan penggunaan keselamatan kerusi kanak kanak demi memastikan dan mengelakkan kanak kanak mengalami kecederaan serius Hakikatnya ramai yang masih tidak mengetahui had masa yang disarankan bagi a...
Jangan Asal Menggunakan Sabun Untuk Bayi Yang Baru Lahir

Jangan Asal Menggunakan Sabun Untuk Bayi Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 425 hits
Menjadi seorang ibu membuat Anda harus belajar banyak tentang dunia seputar bayi Belajar tentang bagaimana cara merawat bayi yang benar apa saja yang harus diperhatikan hingga memilih semua keperluan bayi Salah satunya adalah memilih sabun ...
Jangan Sesekali Cakap Nakalnya Bila Anak Buat Perangai Kata Itu Satu Doa Mustajab

Jangan Sesekali Cakap Nakalnya Bila Anak Buat Perangai Kata Itu Satu Doa Mustajab

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 359 hits
Anak makin besar perangainya cukup menguji kesabaran ibu bapa Macam macam perasaan akan muncul apabila anak dah mula buat perangainya Nak cubit nak marah nak pukul semua ada dalam waktu itu Disebabkan ini ada ibu bapa yang tak dapat menahan...
Berpuluh Formula Tipu Rakyat Sekarang Larikan Diri Jangan Jadi Seperti Rafizi Farhan

Berpuluh Formula Tipu Rakyat Sekarang Larikan Diri Jangan Jadi Seperti Rafizi Farhan

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 387 hits
Kepada semua anak muda janganlah mencontohi sikap Rafizi Ramli tegas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Farhan Khairuddin Katanya setiap individu perlu ada perasaan tanggungjawab ke atas segala apa yang telah lakukannya Hebat setelah berj...
Kalau Bayi Hisap Jari Biarkan Itu Satu Pencapaian Yang Perlu Diraikan

Kalau Bayi Hisap Jari Biarkan Itu Satu Pencapaian Yang Perlu Diraikan

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 415 hits
Bila nampak bayi sendiri mula menghisap jari maka ramailah ibu bapa risau dan tertanya tanya Tak cukup susu ke anak aku Nak hisap puting ke Lebih lebih lagi bila si kecil menghisap jari dengan bersungguh sungguh HISAP JARI BUKAN TANDA SAHIH...
2020 Jangan Terlalu Main Politik

2020 Jangan Terlalu Main Politik

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 252 hits
Semua ahli politik dinegara ini digesa supaya fokus kepada agenda kemakmuran rakyat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata tempoh berpolitik sudah berlalu selepas berakhir Pil...
Ppatk Ingatkan Kepala Daerah Jangan Lagi Main Main

Ppatk Ingatkan Kepala Daerah Jangan Lagi Main Main

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 333 hits
Kepala PPATK Kiagus Ahmad Badarudin mengatakan pihaknya hanya ingin memberikan peringatan kepada para kepala daerah tersebut
Ubat Gigi Anak Jangan Main Letak Je Ada Kuantiti Sepatutnya Doktor Kongsikan Jumlah Tepat

Ubat Gigi Anak Jangan Main Letak Je Ada Kuantiti Sepatutnya Doktor Kongsikan Jumlah Tepat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 437 hits
Bila anak anak sudah tumbuh gigi sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak anak menjaga gigi yang dikurniakan pada kita Namun tanpa kita tahu bahawa menjaga gigi juga perlukan ilmu dan cara tepat Malah hendak mel...
Sayangkan Bayi Peluk Cium Selalu Tak Perlu Mainan Banyak Dia Tak Reti Main Pun

Sayangkan Bayi Peluk Cium Selalu Tak Perlu Mainan Banyak Dia Tak Reti Main Pun

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 349 hits
Sebagai ibu ayah sudah tentu kita mahu buat yang terbaik untuk anak anak Kita juga mahu anak mendapat kasih sayang yang secukupnya supaya mereka tahu kita sebagai ibu ayah sentiasa ada dengan mereka Untuk menunjukkan rasa kasih pada anak an...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization