Awal Dari Jangkaan Datin Shahida Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Yang Comel
Melahirkan anak kelima awal beberapa hari sebelum jangkaan yang sepatutnya hari Ahad, Datin Seri Shahida selamat melahirkan bayi perempuannya petang semalam (19 Disember).
Menerusi perkongsian di instagram Datuk Seri Aliff Syukri, hampir lapan jam menanti dan memantau perkembangan si isteri dan bayi yang bakal lahir, penyanyi dan usahawan ini menjelaskan, dia berjanji untuk menjadi suami yang lebih baik.
View this post on Instagram
. . Wife abang nampak happy tapi sebenarnya dia sedang menahan kesakitan yang lebih sakit daripada nak mati dan abg menyempat rakam utk youtube abg.. Sebenarnya wife abg akan beranak pada hari Ahad ni.. tapi semalam dah start rasa sakit jadi doctor cakap emergency kena branak hari ni..Jadi semua benda cancel demi menemani isteri yang akan bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat abang.. Bagi abang ini adalah pengalaman yang perlu dirasai setiap suami.. kerana ia tidak boleh di ulang lagi.. Bila kita menemankan isteri kita dalam labour room ni.. Benda pertama sekali suami akan rasa perasaan terlalu bersalah dan terus hilang semua ego.. maklumlah ..lelaki kan selalu nak memang…. Sebab tu hari ini abang nak minta maaf dgn pasangan gaduh,cinta,isteri, sayann saya @shahidadherbs kalau saya ada salah kat awak
Orang mungkin tengok kami bahagia di laman sosial tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya .. Berbagai dugaan dalam rumah tangga ini .. Hanya orang yang dah kahwin sahaja tahu .. Tapi sy yakin yg terbaik utk awak dan awak terbaik utk sy sampai mati syg
kalau tengok dugaan wanita yang ingin malahirkan anak secara live.. terasa macam nak menjadi seorang suami lindungan syurga.. nak ikut jee smua cakap isteri.. sbb tu abg x malu nak mintak maaf .. Abg harap kami punya jodoh panjang sampai ke mati…. sbb tak sanggup nak tngok dia sakit.. Doakan wife abg selamat dan mudah melahirkanya.. ni dah 8jam duduk sini.. dr pagi sampai petang.. . . (Untuk melihat video penuh abang akan posting dekat YouTube 08:00 malam ini di YouTube tv Telajak laris jangan lupa tonton) Macam mana lagu terbaru #harumansyurga sedap tak??
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Dec 18, 2019 at 10:22pm PST
“Beranak sebelum waktunya. Sebenarnya isteri saya dijangka bersalin pada hari Ahad ni.. tapi semalam dah start rasa sakit jadi doktor cakap kena beranak hari ni..Jadi semua benda cancel demi menemani isteri melahirkan bayi.
“Bagi abang ini adalah pengalaman yang perlu dirasai setiap suami.. kerana ia tidak boleh di ulang lagi.. Bila kita menemankan isteri kita dalam labour room ni.
“Benda pertama sekali suami akan rasa perasaan terlalu bersalah dan terus hilang semua ego.. maklumlah ..lelaki kan selalu nak menang,” tulisnya.
View this post on Instagram
terima kasih Datim Dr @suesalleh1970 ..Dr yg bantu rawat dan bantu wife saya sepanjang proses mengandung dan juga bersalin tadi…Alhamdulillah semua selamat bersalin petang tadi……..wife saya paling suka Dr @suesalleh1970 ni…ajak bersalin dekat2 area rumah x nak dia sebab nak juga dengan Dr ni…Dr ni sambut yusof dan juga baby yg baru lahir tadi…terima kasih mudahan Dr sihat selalu..
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Dec 19, 2019 at 5:21am PST
Malah jelasnya, orang luar sentiasa melihat mereka pasangan bahagia, namun dugaan berumahtangga hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
“Sebab tu hari ini saya nak minta maaf dgn pasangan gaduh,cinta,isteri, syg sy @shahidadherbs kalau saya ada salah kat awak. Orang mungkin tengok kami bahagia di laman sosial tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Pelbagai dugaan dalam rumah tangga ini .. hanya orang yang dah kahwin sahaja tahu .. tapi saya yakin yang terbaik untuk awak dan awak terbaik untuk saya sampai mati sayang.
“Kalau tengok dugaan wanita yang ingin melahirkan anak secara live.. terasa macam nak menjadi seorang suami lindungan syurga.. nak ikut jee semua cakap isteri.. sebab tu abang tak malu nak minta maaf,” katanya.
Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini serta seorang anak angkat.
DS Shahida Selamat Lahirkan Anak Perempuan
Menjengah Instagram Bonda Rozita, Bonda ada memuat naik gambar bayi pasangan ini dengan mengucapkan syukur kerana selamat melahirkan anak perempuan pada jam 5.30 petang.
Foto : IG Aliff Syukri | Bonda Rozita
The post Awal Dari Jangkaan, Datin Shahida Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Yang Comel appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/awal-dari-jangkaan-datin-shahida-selamat-lahirkan-bayi-perempuan-yang-comel/