Menangi Hati Rakyat Tumpaskan Gelombang Hijau Syed Ibrahim




 
Gelombang Hijau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu meskipun tidak begitu kuat kesannya di Selatan Semenanjung namun kemaraannya perlu ditumpaskan.

Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, sepanjang pengalamannya berkempen dalam PRN di Selangor, Gelombang Hijau bukanlah suatu kempen politik yang bermaruah.

Katanya, gelombang itu terbina di atas platform kutuk mengutuk dan fitnah. Pada jangka panjang, ujar beliau, arus politik seperti itu akan hilang momentum apabila rakyat sedar akan kebenaran.

"Setakat ini cara bermaruah ini (amalan Pakatan Harapan) tidak menjadi dan seolah olah kita tewas dengan cara begitu. Tetapi ini jangka pendek. Saya rasa bagi masa lagi dengan program kita buat, dengan dasar kita, ia (gelombang) akan mengendur.

"Ada orang kata dah jadi kerajaan 8 bulan, kita (PRN) patut lebih baik daripada sebelum ini (pilihan raya umum) keputusannya. Tetapi saya rasa masih tidak mencukupi, maksudnya kalau kita buat PRU sekali gus dengan negeri negeri, kita akan tewas lebih teruk.

"Tetapi disebabkan PRN dibuat kemudian sikit daripada PRU, kesan itu tidak seburuk bersekali dengan PRU.

"Jadi dengan adanya tempoh yang lebih panjang (selepas ini) kita kena lakukan usaha berterusan supaya kempen bermaruah diterima pengundi. Kita kena cerita rasional dasar, pelan, perlaksanaan, prestasi

"Strategi dengan orang muda, penerangan dan komunikasi ini sampai bila bila ada isu. Buat perancangan, laksanakanlah kepada kumpulan sasar yang kita tahu dan pengundi atas pagar," katanya kepada Suara Keadilan.

Di samping itu, Syed Ibrahim turut kecewa dengan pemikiran sesetengah pengundi Melayu yang simplistik serta suka kepada kempen 'kutuk, fitnah, hentam' berbanding membincangkan manifesto dan kebaikan yang diperolehi rakyat sepanjang pemerintahan PH.

Namun katanya, PH mempunyai pilihan untuk melakukan kempen yang sama. Bagaimanapun beliau berpuas hati apabila PH memilih politik nilai berbanding kempen yang merosakkan.

Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram di Johor pula, Syed Ibrahim berkata, Gelombang Hijau tidak begitu kuat melanda negeri itu sebagaimana di Selangor.

"Namun tempias itu ada, tetapi mungkin tak sampai ke Pulai, Simpang Jeram mungkin. Cuma kalau kita lihat peratus pengundi bukan Melayu tinggi di Simpang Jeram di bawah parlimen Bakri. Jadi taklah terlampau kritikal," katanya.

Walau apa pun, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu tidak mahu jentera KEADILAN atau PH berasa selesa kerana gerakan Pas biasanya tidak menonjol dan bergerak secara subversif.

"Cuma jangan ambil mudah. Pesanan saya memang (orang kita) kena pergi masjid, surau, jumpa rakyat. Kalau dah buat sebelum ini oklah, kalau tidak, kena buat," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/menangi-hati-rakyat-tumpaskan-gelombang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelombang Hijau Sampai Johor

Gelombang Hijau Sampai Johor

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 358 hits
Bukan hari tu dia kata Gelombang Hijau bertujuan untuk timbulkan Islamofobia ke Tiba tiba hari ini dia pula yang guna istilah tu Dia nak wujudkan Islamofobia ke tu Sebagai orang Johor aku rasa susah sedikit untuk PAS bertapak Sebab orang Jo...
Madam Croffle Pastri Kek Gabungan Croissant Dan Waffle Dari Korea Selatan Menawan Hati Rakyat Malaysia

Madam Croffle Pastri Kek Gabungan Croissant Dan Waffle Dari Korea Selatan Menawan Hati Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 333 hits
MADAM CROFFLE PASTRI KEK GABUNGAN CROISSANT DAN WAFFLE DARI KOREA SELATAN MENAWAN HATI RAKYAT MALAYSIA Assalammualaikum semua Ruby nak berkongsi dengan anda semua satu jenama yang menampilkan Gastronomi hebat Jika anda ke Korea Selatan dan ...
Gelombang Hijau Berterusan Umno Bukan Lagi Tempat Bergantung Orang Melayu

Gelombang Hijau Berterusan Umno Bukan Lagi Tempat Bergantung Orang Melayu

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 209 hits
Gelombang orang Melayu Islam menyokong Pas dan Perikatan Nasional diteruskan dalam Pilihan Raya Negeri selepas mencatatkan kemenangan luar biasa di Kedah Kelantan dan Terengganu Malah sokongan turut bertambah di Selangor Pulau Pinang dan Ne...
Tambun Tak Selamat Jika Anwar Gagal Sekat Gelombang Hijau

Tambun Tak Selamat Jika Anwar Gagal Sekat Gelombang Hijau

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 240 hits
Nora MahparPETALING JAYA Menang dengan majoriti 3 736 undi pada PRU15 Parlimen Tambun bukan lagi kerusi selamat kepada Anwar Ibrahim jika trend sokongan pengundi Melayu kekal menjauhi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada PRU16 Pengarah...
Gelombang Hijau Terus Landa Semenanjung

Gelombang Hijau Terus Landa Semenanjung

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 269 hits
freemalaysiatoday com 13 Aug 2023 1 40amPN berjaya mengukuhkan kedudukan di Kelantan Terengganu dan Kedah serta meluaskan pengaruh di Pulau Pinang Selangor dan Negeri Sembilan Umno terus mencatatkan prestasi buruk pada pilihan raya manakala...
Polls Over Focus On Improving Lives Of Rakyat

Polls Over Focus On Improving Lives Of Rakyat

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 190 hits
The much anticipated elections in six states are over and the status quo remains with PH BN holding on to its three states and PN retaining the three it held prior to Aug 12 PN in fact has emerged stronger than before increasing the number ...
Rakyat Malaysia Please Take Note

Rakyat Malaysia Please Take Note

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 248 hits
Assalamualaikum Rakyat Malaysia please take note Lagi lagi yang travelling berkeluarga ada anak kecil SA terfikir nak share pasal ni sama sama kita berhati hati dengan Dania pun SA dh pesan berhenti kat RNR make sure kat tempat yang ramai o...
Syarat Permohonan Rumah Ppr Program Perumahan Rakyat

Syarat Permohonan Rumah Ppr Program Perumahan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 219 hits
Ramai yang bertanya cara permohonan rumah PPR itu bagaimana Sebab ramai yang dah mohon program perumahan rakyat ini tapi masih juga di tolak Yang jadi bualan apakah syarat sebenar nak The post first appeared on
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal