Gelombang Hijau Terus Landa Semenanjung


freemalaysiatoday.com
Robin Augustin
 - 13 Aug 2023, 1:40am

PN berjaya mengukuhkan kedudukan di Kelantan, Terengganu dan Kedah, serta meluaskan pengaruh di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Umno terus mencatatkan prestasi buruk pada pilihan raya, manakala PAS dan Bersatu memperoleh keuntungan di kerusi majoriti Melayu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: “Gelombang Hijau” yang mencetuskan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di 74 kerusi Parlimen pada PRU meneruskan momentumnya pada PRN semalam.

Bersatu dan PAS berjaya mengukuhkan kedudukan di Kelantan, Terengganu dan Kedah, melemahkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), terutamanya Umno yang menjadi tonggak BN.

Berdasarkan keputusan rasmi dan tidak rasmi setakat ini, jelas bahawa “Gelombang Hijau” semakin kuat apabila turut melanda negeri pantai barat Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Walaupun gabungan perpaduan berjaya mengekalkan kuasa di ketiga-tiga negeri itu, kedudukan PN mengukuh, khususnya di kawasan Melayu di Pulau Pinang dan Selangor, yang selama bertahun-tahun dikuasai oleh PH dan BN.

Saguhati bagi PH-BN sebahagian besarnya adalah apabila PN diketepikan di Negeri Sembilan, hanya memenangi tiga kerusi. Bagaimanapun, gabungan itu memberikan persaingan hebat, terutamanya terhadap calon Umno, di kerusi-kerusi lain.

Sebelum pilihan raya, beberapa pemimpin PN, termasuk Presiden PAS Hadi Awang, meramalkan bahawa kemenangan bagi pakatan pembangkang boleh membawa kepada pertukaran kerajaan persekutuan.

Walaupun pemimpin PH dan BN menyangkal dakwaan itu, pemerhati politik menjangkakan timbul akibat daripada prestasi buruk Umno, yang akan dirasai dalam parti itu, dan sebagai lanjutan, juga dalam gabungan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, memandangkan Anwar mempunyai majoriti di Parlimen, wujudnya undang-undang anti-lompat dan hakikat bahawa Zahid Hamidi menerajui Umno dan BN, sebarang perubahan di peringkat persekutuan mungkin tidak berlaku dalam sekelip mata.

Prestasi kukuh PN pada PRN kali ini akan menyembunyikan isu-isu yang dihadapi gabungan itu sebelum pilihan raya, termasuk dakwaan wujudnya “kartel” dalam Bersatu, rasa tidak senang terhadap pencalonan, dan kekurangan sokongan daripada golongan bukan Melayu.

Mungkin salah satu isu terbesar yang perlu dihadapinya sebelum PRU akan datang adalah kononnya PAS lebih dominan daripada Bersatu, seperti yang didakwa oleh bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Faiz Na’aman.

PAS mempunyai lebih ramai Ahli Parlimen berbanding rakan kongsinya itu, selain bertapak lebih kukuh di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagaimana keputusan pilihan raya akan mengubah dinamik dalam PN masih belum dapat dilihat, tetapi buat masa ini, pakatan pembangkang mampu membelakangkan isu dalaman mereka.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/gelombang-hijau-terus-landa-semenanjung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelombang Hijau Dah Goncang Pulau Pinang

Gelombang Hijau Dah Goncang Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 298 hits
Pada masa itu kita tak nampak sebab payah nak baca anak muda kerana seramai tujuh juta yang masuk dalam sistem pilihan raya kita tidak tahu ke mana hala tuju mereka Dekat pilihan raya baru kita lihat gelombang bersama PN Berbeza dengan seka...
Gelombang Hijau Berterusan Umno Bukan Lagi Tempat Bergantung Orang Melayu

Gelombang Hijau Berterusan Umno Bukan Lagi Tempat Bergantung Orang Melayu

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 214 hits
Gelombang orang Melayu Islam menyokong Pas dan Perikatan Nasional diteruskan dalam Pilihan Raya Negeri selepas mencatatkan kemenangan luar biasa di Kedah Kelantan dan Terengganu Malah sokongan turut bertambah di Selangor Pulau Pinang dan Ne...
Lepas Disenarai Wanted List Menantu Muhyiddin Dan Peguam Terus Lari Keluar Negara

Lepas Disenarai Wanted List Menantu Muhyiddin Dan Peguam Terus Lari Keluar Negara

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 210 hits
Lepas disenarai 8216 wanted list 8217 menantu Muhyiddin dan peguam terus lari keluar negara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia percaya dua lelaki termasuk menantu kepada bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melarikan diri ke l...
Youtuber Belanja Penapis Air Pimpinan Pas Terus Hubungi Mangsa Terputus Bekalan Air

Youtuber Belanja Penapis Air Pimpinan Pas Terus Hubungi Mangsa Terputus Bekalan Air

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 149 hits
Youtuber belanja penapis air pimpinan Pas terus hubungi mangsa terputus bekalan air SELEPAS Yotuber terkenal Syahmi Sazli dan isterinya Anissa Faizul bersuara mengenai isu air bersih di Kelantan akhirnya nasib sebuah keluarga di Pasir Mas t...
Impak Wan Kuzain Terus Membara Di Amerika Syarikat

Impak Wan Kuzain Terus Membara Di Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 190 hits
Pemain bola sepak berdarah Malaysia Amerika Syarikat Wan Kuzain Wan Kamal terus memberi impak besar kepada pasukannya St Louis City 2 dengan membantu mereka membenam Real Monarch 4 0 dalam aksi MLS Next Pro Wan Kuzain Tampilkan Prestasi Cem...
Mummy Dah Ada Pesaing Lepas Pose Terus Check Gambar Comelnya Gelagat Anak Ayda Jebat

Mummy Dah Ada Pesaing Lepas Pose Terus Check Gambar Comelnya Gelagat Anak Ayda Jebat

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 176 hits
Jarang jarang muncul di Instagram ibu dan ayahnya si comel Ana Nayla anak pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir menarik perhatian ramai Mana tidaknya gaya comel Ana Nayla yang menjalani sesi fotografi bersama ibu dan ayahnya kelihat...
Patutlah Sejam Habis Terus Mee Mamu Kat Shah Alam Rupanya Ini Rahsia Yang Ramai Tak Tahu

Patutlah Sejam Habis Terus Mee Mamu Kat Shah Alam Rupanya Ini Rahsia Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 186 hits
Patutlah sejam habis terus mee mamu kat shah alam rupanya ini rahsia yang ramai tak tahu Hendak seribu daya tak mahu seribu satu alasan akan diberikan Tapi tidak kepada sepasang suami isteri ini yang mampu jual 200 bungkus mi goreng menggun...
Murid Boleh Terus Pakai Baju Sukan Walaupun Cuaca Semakin Baik Fadhlina

Murid Boleh Terus Pakai Baju Sukan Walaupun Cuaca Semakin Baik Fadhlina

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 398 hits
NIBONG TEBAL Pelajar masih terus dibenarkan memakai baju sukan ke sekolah walaupun keadaan cuaca pada masa ini semakin baik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementerian belum membuat ketetapan atau garis masa berhubung pemakaian se...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia