Menang Dulu Sebelum Kemuka Calon Km Sayap Bersatu Sabah Beritahu Pas


 
Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah berkata, PAS malah tidak pernah menang kerusi di Sabah, sebaliknya hanya ada Adun lantikan.Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah Nabila Norsahar berkata, Adun lantikan sendiri belum bukti dapat mandat daripada rakyat, apatah lagi bercita-cita jadi ketua menteri. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang pemimpin sayap Bersatu Sabah berkata, Ketua Pesuruhjaya PAS Sabah Aliakbar Gulasan harus terlebih dahulu membuktikan kewibawaannya sebelum boleh dicalonkan menjadi ketua menteri Perikatan Nasional (PN) bagi PRN17
Ketua Srikandi Muda Nabila Norsahar berkata, PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi di Sabah, sebaliknya hanya mempunyai Adun lantikan seperti Aliakbar.
“Adun lantikan ini sendiri belum membuktikan beliau mendapat mandat daripada rakyat, apatah lagi bercita-cita jadi ketua menteri,” katanya kepada FMT.
“Seharusnya beliau (Aliakbar) terlebih dahulu buktikan kewibawaannya, menang dalam pilihan raya sebelum (PAS) kemukakan tuntutan sedemikian.”
Terdahulu, perwakilan PAS Shah Alam mengutarakan cadangan agar Aliakbar dinamakan calon ketua menteri PN bagi PRN Sabah akan datang.
Mohamed Sukri Omar berkata, PAS juga perlu diberi peluang menerajui PN bagi menghadapi PRN Sabah.
Menyifatkan cadangan sedemikian tidak mencerminkan realiti politik negeri itu, Nabila menyeru agar semua pihak lebih matang dan rasional dalam mengemukakan sebarang usul berkaitan kepimpinan negeri agar selari dengan kepentingan rakyat Sabah.
“Saya khuatir usul sebegini akan memberi kesan kepada PN. Sebaiknya kita serahkan semua keputusan kepada pimpinan pusat untuk tentukan calon ketua menteri Sabah yang terbaik,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Bersatu Sabah Affan Jumahat berkata, soal calon ketua menteri Sabah akan diputuskan secara konsensus oleh kepimpinan tertinggi PN apabila tiba masanya.
“Dalam PN Sabah, kita sentiasa meraikan pandangan semua parti komponen termasuk PAS,” katanya.
“Namun seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Setiap cadangan perlu diurus dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan,” kata Affan yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
Beliau berkata, fokus utama pada masa ini adalah memperkukuh jentera serta persefahaman antara parti bagi memastikan gabungan itu benar-benar diyakini dan dipilih rakyat Sabah. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/09/menang-dulu-sebelum-kemuka-calon-km.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Bersatu Pas Pun Boleh Namakan Calon Pm

Pemimpin Bersatu Pas Pun Boleh Namakan Calon Pm

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 3095 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA PAS juga boleh mencadangkan calon perdana menteri yang dimahukan parti itu untuk dibincangkan oleh pimpinan Perikatan Nasional kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Yadzil Yaakub Beliau berkata Bersatu te...
Bekas Pegawai Muhyiddin Pas Menang 43 Kerusi Hasil Dana Bersatu

Bekas Pegawai Muhyiddin Pas Menang 43 Kerusi Hasil Dana Bersatu

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2403 hits
Malaysiakini nbsp Bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin Yassin Marzuki Mohamad tampil menempelak kenyataan Naib Presiden PAS Muhammad Sanusi Md Nor Ia susulan kenyataan Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS yang menegur parti komponen...
Sabah Bersatu Leader Scoffs At Pas Man Being Proposed As Cm Candidate

Sabah Bersatu Leader Scoffs At Pas Man Being Proposed As Cm Candidate

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2144 hits
Nabila Norsahar says PAS has never won a seat in Sabah and that its state chief is merely an appointed assemblyman Nabila Norsahar head of Sabah Bersatu s young women s wing expressed fear that the proposal for PAS s Aliakbar Gulasan to be ...
Mencari Calon Pm Dari Pas

Mencari Calon Pm Dari Pas

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 1953 hits
PANDANGANMohd Amar lebih layak jadi calon PM berbanding AnnuarMusa PARTI Islam se Malaysia seperti dalam kekaburan untuk menobatkan mana mana tokohnya sebagai calon PM bagi diletakkan sebaris dengan Mahiaddin Yassin Selepas Tok Dor kian mer...
Apa Kesan Perbalahan Pas Bersatu

Apa Kesan Perbalahan Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1950 hits
Mohd Yusri IbrahimPemerhati politik menanti penuh minat perkembangan mesyuarat majlis presiden PN yang katanya diadakan minggu depan Tujuannya untuk dapat gambaran lebih jelas arah tuju gabungan politik tersebut selepas Perhimpunan Agung Ta...
Myanmar Data Lawsuit Hits Telenor Raising Questions For Celcomdigi

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian

Koleksi Video Lawak Kucing Ai

Gambaran Yang Diberi Dalam Keputusan Fifa Tak Tepat Fam

Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada Rm4 Per Mililiter

Mufti Pahang Jangan Korbankan Nilai Islam Dalam Menganjurkan Majlis Rasmi Kerajaan Yang Dihadiri Orang Muslim

Minimalisme Cara Hidup Ringkas Yang Boleh Buat Hidup Lebih Tenang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayur Masak Lemak Kuning

Resepi Salad Kentang

Amyza Aznan Berhijab Netizen Doa Semoga Istiqamah

Kenapa Hidup Kita Rasa Sibuk Tapi Tak Pergi Mana Mana Tukang Karut

Bolehkah Gempa Bumi Diramal

Kepentingan Pengeluaran Silaj Tempatan Rumput Napier Sebagai Kunci Kelestarian Industri Ternakan