Mempertahankan Demokrasi Berparlimen Era Pandamik







Gambar hiasan.

KETIKA artikel ini ditulis, Parlimen Malaysia telah ditempohkan atau ditangguhkan dengan alasan terdapat penyebaran virus Covid-19 dalam kalangan pegawai Ahli Parlimen.

Penangguhan sidang Parlimen pada Isnin 2 Ogos 2021 ke tarikh lain telah dikritik keras oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Bandar Kuching dan Ahli Parlimen pembangkang khususnya, atas alasan penangguhan tersebut walaupun di atas alasan penyebaran virus Covid 19 tetapi tidak dibuat berasaskan dapatan sains dan data kesihatan yang konklusif.

Dalam tempoh pandemik, pelbagai tulisan serta respons negara-negara lain mengungkapkan bagaimana demokrasi harus terus dipertahankan walaupun negara berhadapan dengan situasi kritikal, terkesan dengan pandemik.

Alasan utama mengapa kebanyakan Parlimen di negara-negara lain terus bersidang baik secara limitasi fizikal mahupun dengan dokongan teknologi, adalah disebabkan legislatif masih perlu melaksanakan tugas-tugas mereka membahaskan keperluan, meluluskan peruntukan dan mekanisme menangani pandemik dalam negara masing-masing.

Proses semak dan imbang masih relevan dan kekal menjadi unjuran keutamaan walaupun ketika pandemik.

Namun demikian, apa yang terjadi di Malaysia adalah sejarah yang mengejutkan. Tidak pernah dalam sejarah negara, Kerajaan dan sebuah lagi komponen penting dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia, iaitu Institusi DiRaja saling mengutus penjelasan bertulis di media massa menjelaskan keadaan yang sepatutnya dibahaskan dalam Parlimen.

Dewan yang mulia telah dikelirukan dengan status pembatalan Ordinan Darurat tetapi tidak ada penjelasan atau perbahasan tuntas di dalam Dewan. Ia membawa kepada beberapa episod dramatik lain yang kemudiannya memperlihatkan sisi kegagalan Parlimen berfungsi dengan efektif untuk kepentingan rakyat.

Dalam konteks negarawan yang berjiwa besar, ruang demokrasi yang berfungsi, perbahasan yang membawa kepada agenda luhur untuk kebaikan negara, ia harus dibina dengan ekosistem penguasaan ruang demokrasi yang benar-benar mengangkat prinsip shura (perbincangan) yang baik.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Dr. Ahmad al-Raysuni di dalam tulisannya, Al Shura, The Quranic Principle of Consultation, beliau menggariskan 10 prinsip utama dan kefungsian  dalam tuntutan konsultasi untuk proses demokrasi yang matang iaitu:-

1.            Matlamat shura (perbincangan) adalah untuk menentukan hala tuju yang baik.

2.            Membebaskan diri dari keangkuhan.

3.            Untuk benar-benar menolak penindasan/pemerasan tirani.

4.            Shura, mengajar erti tawadu’ (humility).

5.            Ruang kebebasan diberikan kepada semua untuk perbincangan.

6.            Mewujudkan suasana kebebasan bersuara.

7.            Menggalakkan pemikiran dan proses rencana dengan keupayaan mengungkap                 pandangan.

8.            Mendorong tindakan.

9.            Menimbulkan suasana perpaduan.

10.         Kebersamaan dalam menghadapi cabaran tidak terduga.

 

Mempertahankan kebebasan Parlimen daripada sebarang gugatan yang menafikan keabsahan prinsip semak dan imbang adalah tugas setiap ahli parlimen dan komponen institusi yang terkait dengan fungsi dan peranan Parlimen.

Kendala terbesar demokrasi adalah penindasan terhadap hak bersuara dan kebebasan menyampaikan pandangan apatah lai yang melibatkan kepentingan awam.Kecurangan kali ini pastilah penangguhan sesi perbahasan dan  kerugian ruang masa untuk membuat polisi yang baik untuk negara ketika diuji dengan mehnah pandemik.

Apakah Parlimen kita kalis tribulasi? Tidak, malah setiap kali berhadapan dengan ujian demokrasi, kebebasan dan fungsinya harus diperkukuhkan dengan kekuatan pasak Perlembagaan Persekutuan.

Sebagaimana anjuran Abraham Lincoln dalam kata-kata beliau yang masyhur, “Democracy is a government of the people, by the people and for the people”. Apakah kerajaan Perikatan Nasional hari ini mempunyai legitimasi sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai dokongan dalam Parlimen dan rakyat? Apakah segala tindakan kerajaan hari ini adalah demi rakyat?

Semua persoalan ini hanya boleh ditentukan dengan demokrasi yang mengangkat agenda luhur, kebesaran jiwa dan ekosistem yang mewujudkan prinsip semak dan imbang menerusi sidang perbahasan yang berkesan.

Selamatkan Demokrasi Berparlimen di Malaysia!

Fadhlina Sidek
Pengerusi Biro Guaman & Pembangunan Komuniti
Wanita KEADILAN

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/mempertahankan-demokrasi-berparlimen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Foto Bersejarah Sebelum Era Pandemi Menyerang Ternyata Zaman Tersebut Beneran Ada

11 Foto Bersejarah Sebelum Era Pandemi Menyerang Ternyata Zaman Tersebut Beneran Ada

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 300 hits
Ternyata kita udah lama meninggalkan era di mana bumi menjalani kehidupan normalnya
Malaysianow Mt Doing Old School Reformasi Era Psywar

Malaysianow Mt Doing Old School Reformasi Era Psywar

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 527 hits
In March 2021 The number of Covid 19 patients were rising but more pressing was not enough doctors and nurse to attend to them Unlike certain hospitals in the Covid stricken areas in Selangor today there were The Hungarian government made a...
Era Inovasi Telefon Pintar Samsung Bakal Tiba Pada 11 Ogos 2021

Era Inovasi Telefon Pintar Samsung Bakal Tiba Pada 11 Ogos 2021

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 375 hits
Era Inovasi Telefon Pintar Samsung Bakal Tiba Pada 11 Ogos 2021 Assalammualaikum semua Samsung rians Hehehehe oleh kerana seronok sangat dengan pelbagai berita tentang jenama kegemaran ramai ini Ruby pun seronok ingin berkongsi sesi wawanca...
Founder Borneo Istimewa Ungkap 10 Peluang Kerja Dan Peluang Usaha Di Era Digital

Founder Borneo Istimewa Ungkap 10 Peluang Kerja Dan Peluang Usaha Di Era Digital

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 536 hits
Diundang sebagai narasumber pada webinar Literasi Digital yang diselenggarakan oleh Kemenkominfo beberapa waktu lalu Borneo Istimewa ungkapkan peluang kerja dan peluang usaha di era digital Hal ini diharapkan menjawab tantangan di masa PPKM...
Pas Pengkhianat Demokrasi Di Bawah Hadi Awang Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Pas Pengkhianat Demokrasi Di Bawah Hadi Awang Ustaz Ridzwan Abu Bakar

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 393 hits
Hadi kata orang Islam dalam PH khadam kerajaan sekularJuly 31 2021 Pas mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mengulangi perkara sama sebagai mana berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 14 kira kira tiga tahun lalu Presidennya Datuk Seri Abdu...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku