Memperkukuh Kesejahteraan Komuniti Inisiatif Ramadan Lifebuoy Tahun Ke 3 Berturut Turut Untuk Keluarga B40


Hi Korang,
Lifebuoy, jenama sabun perlindungan kuman terkemuka di dunia, dan Watsons Malaysia bekerjasama dengan KECHARA Soup Kitchen bagi menganjurkan inisiatif komuniti yang tulus ikhlas sempena Ramadan. Acara penuh bermakna ini bertujuan menyantuni keluarga B40 yang kurang bernasib baik, mencerminkan semangat sebenar Ramadan – perpaduan, belas kasihan dan keprihatinan


Memahami cabaran yang dihadapi oleh keluarga kurang berkemampuan sepanjang Ramadan, inisiatif ini diharapkan dapat membantu meringankan beban mereka serta memastikan mereka dapat menyambut Ramadan dengan gembira. Selain menyediakan barangan keperluan asas, acara ini turut menekankan kepentingan pendidikan kebersihan, mencerminkan komitmen Lifebuoy terhadap kesihatan dan kesejahteraan orang ramai

Memperluaskan Komitmen Lifebuoy terhadap Kesejahteraan Komuniti
Sepanjang dua tahun yang lalu, Lifebuoy telah terus memperluaskan usahanya untuk menyokong komuniti yang memerlukan sepanjang Ramadan. Komitmen ini telah membolehkan jenama tersebut menjangkau hampir 2,500 individu di seluruh Malaysia dengan keperluan kebersihan dan barangan harian asas. Melalui inisiatif yang berterusan, Lifebuoy kekal berdedikasi dalam memupuk semangat kemurahan hati, keprihatinan, dan perpaduan, memastikan lebih ramai individu mendapat manfaat daripada kesejahteraan yang lebih baik sepanjang bulan yang mulia ini

“Selama 130 tahun, Lifebuoy telah komited dalam mempromosikan pendidikan kebersihan, dengan kepercayaan bahawa amalan mencuci tangan yang betul dapat menyelamatkan nyawa. Misi kami bukan sekadar menghasilkan produk kebersihan—ia adalah tentang melindungi nyawa melalui kesedaran, pendidikan, dan akses kepada kebersihan asas. Di Malaysia, program kami telah memberi manfaat kepada lebih 851,000 kanak-kanak dan keluarga, dengan sasaran untuk mencapai 1 juta menjelang 2025. Kebersihan tangan bukan sekadar tabiat, tetapi amalan penting untuk melindungi generasi akan datang,” kata Ketua Pemasaran, Perancangan Strategik & Pelanggan Unilever (MY/SG), Farhana Mohd Nasir

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Lifebuoy turut mengagihkan baucar kepada keluarga bagi membolehkan mereka membeli kelengkapan Raya pilihan sendiri, memastikan mereka dapat menyambut Ramadan dan Syawal dengan penuh rasa syukur dan gembira. Selain itu, beberapa reruai interaktif dan sudut kanak-kanak turut disediakan bagi mendidik keluarga mengenai kepentingan kebersihan, mengukuhkan komitmen Lifebuoy terhadap usaha membina komuniti lebih sihat

Memupuk Perpaduan dan Kebersihan Menerusi Pendidikan dan Keterlibatan
Acara ini menampilkan sesi Buka Puasa yang diperkaya dengan elemen tradisi Raya, disertai dengan aktiviti pendidikan, termasuk demonstrasi secara langsung oleh Dr. Tiara mengenai 7 Langkah Mencuci Tangan serta sketsa komedi bertemakan kebersihan oleh Nizam Jentik Jentik, menggabungkan humor dengan pengajaran berharga mengenai kebersihan

Sementara itu, gerai-gerai interaktif yang disediakan memberi peluang kepada keluarga menerokai amalan kebersihan terbaik, memantapkan tabiat sepanjang hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan menyeluruh. Pek penjagaan yang mengandungi produk kebersihan dan barangan keperluan harian turut diagihkan bagi memastikan keluarga berkenaan dapat sentiasa menjaga kebersihan dengan baik

“Kechara telah lama komited dalam membantu keluarga B40, serta golongan miskin di bandar dan luar bandar. Kami amat menghargai inisiatif luar biasa Lifebuoy serta komitmen mereka terhadap tanggungjawab sosial. Dedikasi bersama ini, terutamanya dalam bulan suci Ramadan—satu masa untuk berkongsi dan menunjukkan keprihatinan—adalah sesuatu yang kami hargai dengan mendalam,” ujar Eksekutif Pemasaran Kechara Soup Kitchen, Selladurai Perakasam

Mencipta Impak Berkekalan
Kesemua elemen ini bergabung untuk mewujudkan sebuah program holistik yang mencerminkan komitmen Lifebuoy terhadap usaha mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di bawah 12 tahun, yang menjadi sasaran utama jenama ini untuk program pendidikan kebersihannya. Inisiatif ini bukan sahaja memenuhi keperluan mendesak, tetapi turut memberikan impak berkekalan dengan membekalkan ilmu pengetahuan serta sumber kepada keluarga agar dapat terus mengamalkan amalan kebersihan yang lebih baik

Dengan penekanan khusus terhadap keterlibatan komuniti, Lifebuoy terus memperjuangkan kesedaran mengenai kebersihan dan menyokong komuniti yang kurang bernasib baik, memastikan lebih ramai lagi keluarga menerima bantuan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan lebih baik selepas Ramadan

Menyokong Kebersihan untuk Malaysia yang Lebih Selamat dan Lebih Sihat
Hampir sedekad, Unilever melalui Lifebuoy telah mempromosikan amalan mencuci tangan dengan sabun di Malaysia, dengan sasaran untuk mencapai 1 juta pelajar menjelang 2025. Melalui program pendidikan kebersihan dan sumbangan produk, Lifebuoy terus melaksanakan misinya untuk memupuk kehidupan yang lebih sihat serta menyokong kejayaan akademik

Sejak pelancaran program bantuan ini di Malaysia, Lifebuoy telah berjaya mendidik ramai kanak-kanak tentang kepentingan kebersihan, memupuk tabiat mencuci tangan yang baik, dan membina budaya kebersihan. Jenama ini akan terus memperluaskan usahanya, bagi menerapkan amalan ini dalam kalangan lebih ramai lagi pelajar pada tahun-tahun akan datang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/03/memperkukuh-kesejahteraan-komuniti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nestl Malaysia Menyokong Komuniti Yang Memerlukan Di Seluruh Negara Melalui Inisiatif Bermakna Semasa Ramadan

Nestl Malaysia Menyokong Komuniti Yang Memerlukan Di Seluruh Negara Melalui Inisiatif Bermakna Semasa Ramadan

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 218 hits
NESTL MALAYSIA MENYOKONG KOMUNITI YANG MEMERLUKAN DI SELURUH NEGARA MELALUI INISIATIF BERMAKNA SEMASA RAMADAN Sempena ketibaan bulan Ramadan yang merupakan masa untuk bermuhasabah beramal dan bersatu hati Nestl Malaysia terus menghulur bant...
6 Inisiatif Penting Di Bazar Ramadan Dan Aidilfitri Anjuran Dbkl

6 Inisiatif Penting Di Bazar Ramadan Dan Aidilfitri Anjuran Dbkl

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 118 hits
Inisiatif Pertama Kerjasama strategik bersama Bank Muamalat Malaysia di 40 tapak Bazar Ramadan dan 2 tapak Bazar Aidilfitri di Kuala Lumpur Melalui inisiatif ini Bank Muamalat bukan sahaja menaja khemah apron dan topi kepada peniaga malah t...
Maggi Meneruskan Tradisi Bermakna Selama 20 Tahun Memperkasa Masyarakat Melalui Bubur Lambuk Sempena Ramadan

Maggi Meneruskan Tradisi Bermakna Selama 20 Tahun Memperkasa Masyarakat Melalui Bubur Lambuk Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 185 hits
MAGGI MENERUSKAN TRADISI BERMAKNA SELAMA 20 TAHUN MEMPERKASA MASYARAKAT MELALUI BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN Sejak turun temurun Bubur Lambuk telah lama menjadi simbol perpaduan dan keikhlasan dalam berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan ...
Resipi Kuih Talam Berusia 40 Tahun Laris Di Bazar Ramadan Habis Terjual Dalam Masa Sejam

Resipi Kuih Talam Berusia 40 Tahun Laris Di Bazar Ramadan Habis Terjual Dalam Masa Sejam

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 108 hits
Setiap kali tibanya bulan Ramadan Bazar Ramadan Klebang Restu di Ipoh pasti meriah dengan pelbagai jenis juadah berbuka Namun ada satu gerai yang sentiasa menjadi tumpuan ramai gerai kuih talam hasil air tangan wanita berusia 71 tahun Rahma...
Terima Kasih Pmx Berturut Turut Orang Gomen Dapat Berita Gembira

Terima Kasih Pmx Berturut Turut Orang Gomen Dapat Berita Gembira

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 110 hits
KUALA LUMPUR 23 Mar Kakitangan kerajaan di seluruh negara terus menerima khabar gembira sejak empat bulan berturut turut hasil daripada inisiatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Pelbagai insentif dan bantuan telah...
Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025

Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 196 hits
Setiap kali masuk bulan Ramadan jadual kehidupan seharian sudah pasti berubah tak seperti hari hari biasa Baik pada yang mereka yang taat menunaikan amalan puasa mahupun pada mereka yang masih tidak mendapat kelembutan hati untuk mengamalka...
Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025

Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 180 hits
Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025 Assalamualaikum semua Bulan Ramadan bulan yang mulia di mana umat Islam berlumba lumba untuk membuat pahala dan kebaikan Begitu juga dengan rangkaian Restoran ...
Projek Rintis Sekolah Bertingkat Akan Dilaksana Tahun Ini

Projek Rintis Sekolah Bertingkat Akan Dilaksana Tahun Ini

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 122 hits
Kementerian Pendidikan umum projek rintis sekolah bertingkat akan dilaksanakan tahun ini PETALING JAYA Kementerian Pendidikan mengumumkan projek rintis sekolah bertingkat akan dilaksanakan tahun ini bagi menangani isu kepadatan sekolah teru...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Asal Usul Nama Simpang Pelangai

Perkembangan Pesat Kereta Api China

Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Kini Ada Netflix

Natalie Portman S Legs And Feet In Tights 29

Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang