Maggi Meneruskan Tradisi Bermakna Selama 20 Tahun Memperkasa Masyarakat Melalui Bubur Lambuk Sempena Ramadan


MAGGI® MENERUSKAN TRADISI BERMAKNA SELAMA 20 TAHUN MEMPERKASA MASYARAKAT MELALUI BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN | Sejak turun-temurun, Bubur Lambuk telah lama menjadi simbol perpaduan dan keikhlasan dalam berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Sebagai jenama seisi rumah di Malaysia, MAGGI® telah memainkan peranan penting membantu keluarga-keluarga menyediakan sajian yang mengeratkan hubungan sesama insan dan menghayati kepentingan tradisi ini. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 inisiatif Bubur Lambuk MAGGI®, mengukuhkan lagi komitmen berterusan dalam menyokong usaha akar umbi dan memperkasa komuniti B40. 





Sebagai sebahagian daripada usaha berskala besar ini, MAGGI® menyantuni masyarakat di lebih 280 lokasi di seluruh Malaysia untuk menyemai keharmonian dan berkongsi rezeki melalui semangkuk Bubur Lambuk yang penuh makna. Inisiatif ini dijayakan dengan kerjasama tukang masak berdedikasi, NGO seperti NGO Wanita Hawa Pertiwi, agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), serta para peruncit.

Melalui kolaborasi ini, MAGGI® berhasrat untuk menyediakan dan mengagihkan lebih daripada 300,000 mangkuk Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan MAGGI® CukupRasa™, agar semangat memberi dapat dirasai oleh masyarakat di peringkat akar umbi di seluruh negara. Menerajui inisiatif ini, MAGGI® terus memperjuangkan nilai keikhlasan, keprihatinan, dan tanggungjawab sosial, menyebarkan keberkatan Ramadan kepada seramai mungkin rakyat Malaysia.

“Menabur budi kepada masyarakat setempat telah menjadi satu tradisi Ramadan bermakna bagi kami. Pengagihan ini mencerminkan nilai-nilai yang kami hargai— iaitu berganding bahu, mengeratkan ikatan keluarga dan berkongsi makanan yang berkhasiat. Sebagai teman setia di dapur, MAGGI® telah menjadi sebahagian daripada pelbagai sajian yang dikongsi bersama keluarga dan masyarakat, dan kami berbangga atas peluang untuk meneruskan usaha ini tahun demi tahun. Kami berbesar hati untuk berkongsi rezeki dan keriangan dengan rakyat Malaysia pada bulan yang mulia ini,” kata Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia.

 



Salah satu sorotan utama kempen tahun ini adalah penghargaan MAGGI® terhadap para tukang masak komuniti yang tanpa jemu menyediakan Bubur Lambuk setiap Ramadan untuk masyarakat setempat. Antara wira-wira tidak didendang ini ialah Encik Che Ahmad Bin Abd Hamid dari Kedah, yang menjadi sebahagian daripada usaha MAGGI® dalam menyokong dan memperkasakan tukang masak di seluruh negara. Sebagai tanda sokongan dan dorongan agar tradisi ini terus diwarisi, MAGGI® membantu mereka, termasuk ramai lagi individu untuk menyebarkan kasih sayang melalui penyediaan Bubur Lambuk kepada lebih ramai orang tahun ini.

“Telah lebih daripada 20 tahun saya berbakti kepada masyarakat dengan memasak Kanji (Bubur Lambuk Kedah). Setiap Ramadan, orang ramai dari jauh dan dekat datang untuk membantu memasak dan berkongsi sajian istimewa ini. Pada tahun ini, saya amat gembira dapat berkongsi lebih banyak bubur lambuk dengan masyarakat sekitar. Selagi saya sihat dan tangan saya masih kuat, saya akan meneruskan tradisi ini untuk menceriakan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan begitu ramai insan,” Encik Che Ahmad Bin Abd Hamid.

Pada musim perayaan ini, MAGGI® melancarkan promosi Raya eksklusif dan peraduan seluruh negara. Pembeli yang berbelanja RM10 membeli produk MAGGI® berpeluang untuk memenangi satu daripada 10 Tajaan Rumah Terbuka Raya, setiap satu bernilai RM5,000, di samping hadiah duit raya mingguan dan harian. Rumah Terbuka ini dianjurkan untuk menyatukan hati rakyat Malaysia, mengabadikan detik-detik bermakna bersama rakan dan keluarga sambil menikmati kemesraan dan keriangan bersama-sama menikmati juadah yang dimasak di rumah dan dihidangkan pada setiap Raya. 





Di samping itu, aktivasi dalam stor dan demonstrasi memasak juga akan diadakan untuk memaparkan produk dan idea resipi perayaan bagi membantu keluarga-keluarga menyediakan hidangan lazat yang menjalin kemesraan sesama insan, mencetus keseronokan dan mengeratkan silaturahim sempena Ramadan dan Raya ini. Untuk butiran lanjut, layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/ramadan-raya/.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/03/maggi-meneruskan-tradisi-bermakna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8000 Bubur Lambuk Percuma Sempena Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira

8000 Bubur Lambuk Percuma Sempena Rasa Bubur Lambuk Rewang Wira

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 70 hits
Ramadan tahun ini sememangnya meriah lain macam bersama Nu Ideaktiv Dengan penuh rasa syukur dan semangat kebersamaan jenama resipi masakan dan komuniti majalah RASA sekali lagi menganjurkan acara tradisi tahunan bubur lambuk tetapi kali in...
Marrybrown Berkongsi Rezeki Ramadan Dengan Mengedarkan 25 000 Bubur Lambuk Ke Seluruh Negara

Marrybrown Berkongsi Rezeki Ramadan Dengan Mengedarkan 25 000 Bubur Lambuk Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 110 hits
Dalam mengekalkan komitmennya kepada komuniti dan tradisi rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal tempatan kegemaran Malaysia Marrybrown sekali lagi membawa kebahagiaan Ramadan kepada rakyat Malaysia dengan mengagihkan lebih 25 000 pek...
Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025

Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 158 hits
Marrybrown Mengagihkan 25 000 Bubur Lambuk Menerusi Inisiatif Kasih Ramadan 2025 Assalamualaikum semua Bulan Ramadan bulan yang mulia di mana umat Islam berlumba lumba untuk membuat pahala dan kebaikan Begitu juga dengan rangkaian Restoran ...
Nestl Malaysia Menyokong Komuniti Yang Memerlukan Di Seluruh Negara Melalui Inisiatif Bermakna Semasa Ramadan

Nestl Malaysia Menyokong Komuniti Yang Memerlukan Di Seluruh Negara Melalui Inisiatif Bermakna Semasa Ramadan

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 107 hits
NESTL MALAYSIA MENYOKONG KOMUNITI YANG MEMERLUKAN DI SELURUH NEGARA MELALUI INISIATIF BERMAKNA SEMASA RAMADAN Sempena ketibaan bulan Ramadan yang merupakan masa untuk bermuhasabah beramal dan bersatu hati Nestl Malaysia terus menghulur bant...
Koleksi Resipi Bubur Lambuk Popular Bulan Ramadan

Koleksi Resipi Bubur Lambuk Popular Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 149 hits
Jom cuba resipi Bubur Lambuk best ni Judah ini memang popular dan sinonim dengan bulan Ramadan Pendek kata kalau tak makan juadah ni waktu berbuka rasa tak lengkap Bubur lambuk ada pelbagai resipi dan versi Setiap negeri ada rasa yang berbe...
Resipi Kuih Talam Berusia 40 Tahun Laris Di Bazar Ramadan Habis Terjual Dalam Masa Sejam

Resipi Kuih Talam Berusia 40 Tahun Laris Di Bazar Ramadan Habis Terjual Dalam Masa Sejam

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 91 hits
Setiap kali tibanya bulan Ramadan Bazar Ramadan Klebang Restu di Ipoh pasti meriah dengan pelbagai jenis juadah berbuka Namun ada satu gerai yang sentiasa menjadi tumpuan ramai gerai kuih talam hasil air tangan wanita berusia 71 tahun Rahma...
Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025

Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 161 hits
Setiap kali masuk bulan Ramadan jadual kehidupan seharian sudah pasti berubah tak seperti hari hari biasa Baik pada yang mereka yang taat menunaikan amalan puasa mahupun pada mereka yang masih tidak mendapat kelembutan hati untuk mengamalka...
Pengunjung Padang Mbk1 Terharu Tengku Ampuan Pahang Sedia Dan Agihkan Bubur Lambuk Kepada Rakyat

Pengunjung Padang Mbk1 Terharu Tengku Ampuan Pahang Sedia Dan Agihkan Bubur Lambuk Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 101 hits
KUANTAN Tengku Ampuan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengagihkan kira kira 2 500 pek bubur lambuk kepada rakyat yang berkunjung di Padang MPK 1 di sini hari ini Baginda berangkat tiba pada pukul 2 20 petang dan be...
Merdeka 118 Agih Bubur Lambuk Buat Julung Kalinya Di Stadium Merdeka

Merdeka 118 Agih Bubur Lambuk Buat Julung Kalinya Di Stadium Merdeka

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 190 hits
MERDEKA 118 AGIH BUBUR LAMBUK BUAT JULUNG KALINYA DI STADIUM MERDEKA Assalammualaikum semua Sempena bulan Ramadan PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad telah menganjurkan acara tahunan Bubur La...
Syed Saddiq Forced To Back Government Or Face Prosecution Claims Ally

Perdana Menteri Merasmikan Alamanda Berwajah Baharu Bernilai Rm 100 Juta

Mencari Tuhan Di Sebalik Dosa

Entering A Competitive Market

Gobind Calls For Restraint Amid Dewi Sri Pathrakaliamman Temple Relocation Talks

Iftar Kl 2025 Meriah Dengan Pelbagai Pengisian Kerohanian Aktiviti Menarik Sempena Ramadan

Tarikh Akhir Pos Barang Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025 Penutupan Operasi

Malaysia Bukan Lagi Destinasi Pilihan Utama Warga Indonesia Untuk Cari Peluang Kerja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuala Krai Residents On High Alert After Elephant Attack Injures Elderly Woman And Perhilitan Officer

Nutp Lega Kpm Jamin Projek Sekolah Bertingkat Tak Abai Keselamatan

Surfing The Net

888 Pg 888 Top 52 By Modesto Gaojing888 Biz 27 25

Malam Lailatul Qadar

Semak Ncd Kereta Anda Dengan Mudah Panduan Ringkas 2025