Memperincikan Mitos Bandar Malaysia


JIKA anda mengikuti perkembangan politik negara sejak tiga tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Bandar Malaysia merupakan satu daripada projek yang dikambinghitamkan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN)

Selain projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Bandar Malaysia adalah sebahagian mantera Pakatan Harapan bahawa BN telah melelong dan menggadaikan negara kepada China
Bagi yang kurang jelas, Bandar Malaysia merupakan projek pembangunan baharu di atas tanah seluas 197 hektar di Sungai Besi. Tapak ini sebelumnya merupakan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuala Lumpur
Pada permulaannya, anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengambil alih tanah ini dengan kos lebih RM3 bilion. RM400 juta dibayar tunai kepada kerajaan dan sebanyak RM2.7 bilion diperuntukkan 1MDB bagi pembinaan kem TUDM yang baharu di Sendayan, Negeri Sembilan dan pemindahan aset-aset sedia ada di Sungai Besi
Bandar Malaysia dirancang sebagai pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan pekerjaan, termasuk bagi KL Internet City yang baharu – hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia. Kawasan itu dijangka mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan baharu pada masa depan
Bagi menjayakan agenda pembangunan ini, Bandar Malaysia direka letak sebagai pusat pengangkutan utama seluruh negara membabitkan Keretapi Laju Kuala Lumpur ke Singapura, laluan MRT, KTM Komuter, Airport Express Rail Link serta menghubungkan 12 lebuh raya lain dan pusat kewangan baharu Tun Razak Exchange (TRX)
Bertentangan dengan cerita politik, pembangunan Bandar Malaysia adalah melalui bidaan sebagai rakan pemaju untuk saham berjumlah 60 peratus manakala lebihan 40 peratus ekuiti lagi dipegang oleh kerajaan Malaysia
Menurut konsultan hartanah CH Williams Talhar and Wong (WTW), sebanyak 12 syarikat telah menghantar cadangan untuk mengambil bahagian sebagai rakan pemaju bagi pembangunan Bandar Malaysia pada tarikh tutup bidaan, 28 Ogos 2015. PemajuKerajaan mengumumkan pemilihan konsortium IWH-CREC Sdn Bhd sebagai rakan pemaju Bandar Malaysia. Konsortium ini merupakan usaha sama syarikat Malaysia Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang mempunyai 60 peratus saham dan China Railway Engineering Corp (CREC) sebanyak 40 peratus
Pemimpin PKR, Rafizi Ramli dengan pantas menyambutnya dalam catatan menjelang tahun baharu: “Tahun 2015 adalah tahun jualan lelong harta negara. Semalam, tanah-tanah yang dulunya Kem Tentera Udara Sungai Besi seluas 400 ekar di tengah-tengah Kuala Lumpur dijual lagi kepada konsortium yang dianggotai syarikat milik kerajaan China. Sebelum ini, aset strategik negara iaitu aset penjanaan elektrik juga dijual kepada syarikat milik kerajaan China. Lelongan seterusnya ialah projek kereta api laju KL-Singapura berharga RM47 bilion. Saya jangka juga akan dianugerahkan kepada syarikat milik kerajaan China. Terima kasih."Pemimpin dari Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula mendakwa kerajaan telah menjual 60 peratus tanah Bandar Malaysia kepada syarikat dari China
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ketika itu telah menafi dan memaklumkan bahawa “40 peratus daripada saham Bandar Malaysia masih dipegang kerajaan Malaysia. Daripada 60 peratus yang kita jual kepada IWH dan China Railways,IWH memegang 36 peratus daripada jumlah 60 peratus tersebut. Ini bermakna jika 40 peratus dipegang Kementerian Kewangan dan 36 peratus IWH, maka jumlah pegangan kerajaan dan rakyat Malaysia adalah 76 peratus. Hanya 24 peratus dipegang China Railways.”Sudah tentu penjelasan Rahman ketika itu tidak dianggap sebagai kebenaran dan mantera kerajaan jual tanah kepada China terus berlarutan sehingga PRU-14
Kini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan konsortium IWH-CREC yang memenangi tender untuk membangunkan Bandar Malaysia sebenarnya ialah sebuah syarikat Malaysia
“Kami (pada awalnya) beranggapan ia diberikan sepenuhnya kepada syarikat China. Apabila dilakukan siasatan, syarikat yang menjalankan kerja awal bagi Bandar Malaysia sebenarnya bukan syarikat China. Disebabkan itu, kami mengubah pendirian dan kami mahu mengembalikan semula Bandar Malaysia kepada syarikat yang pertama memenangi bidaan (IWH-CREC),” kata Dr Mahathir
Demikianlah kebenaran memerlukan masa untuk muncul
*Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2019/05/memperincikan-mitos-bandar-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mitos Bandar Malaysia Pula Terbongkar

Mitos Bandar Malaysia Pula Terbongkar

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 215 hits
Oleh Ab Jalil Backer Jika anda mengikuti perkembangan politik negara sejak tiga tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu Bandar Malaysia merupakan satu daripada projek yang dikambinghitamkan untuk menjatuhkan Barisan Nasional Selain ...
Dengan Modal Rm1 Juta 1mdb Mampu Jana Rm140 Bilion Untuk Projek Bandar Malaysia Masih Berdosakah Lagi Ds Najib

Dengan Modal Rm1 Juta 1mdb Mampu Jana Rm140 Bilion Untuk Projek Bandar Malaysia Masih Berdosakah Lagi Ds Najib

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 566 hits
Dengan Bangga PM ke 7 kata Projek 1MDB Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion Sekarang PH bolehlah jilat ludah sendiri bila sendiri terkejut dengan kehebatan projek hasil dari 1MDB Sesungguhnya yang teraniya ialah DS Najib Kerana ini adalah ...
Salam Satu Penggal Bandar Auta Malaysia

Salam Satu Penggal Bandar Auta Malaysia

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 381 hits
Jahat betul Najib Tiba tiba Dulu percaya kata ECRL dan Bandar Malaysia diguna Najib untuk dapatkan China bayar hutang 1MDB Takkanlah tak tahu dan siasat bukan syarikat kroni Sekarang jadi kroni boleh pula Antara broker jadi penyambung kepad...
Kesan Besar Kepada Ekonomi Malaysia Apabila Projek Bandar Malaysia Diteruskan

Kesan Besar Kepada Ekonomi Malaysia Apabila Projek Bandar Malaysia Diteruskan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 491 hits
Kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan semula Projek Bandar Malaysia yang sebelum ini telah dihentikan pada Mei 2017 bagaimanapun akan ditambah baik khusus untuk rakyat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan tersebut...
Mahathir Warns Malays About The Dangers Of Allowing Chinese Into Malaysia

Mahathir Warns Malays About The Dangers Of Allowing Chinese Into Malaysia

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 497 hits
I am certain that if we bring in three million more people from China we will lose our place The rich among them will buy our land We will be moved further from the city until we have to live next to the jungle Tun Dr Mahathir Mohamad voice...
Mingguan Amanz Realme 3 Pro Galaxy A70 Malaysia Maxis 800mbps

Mingguan Amanz Realme 3 Pro Galaxy A70 Malaysia Maxis 800mbps

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 259 hits
Minggu ini menyaksikan sejumlah peranti baru dilancarkan bukan sahaja pada peringkat global tetapi juga di Malaysia Antaranya adalah termasuk Realme 3 Pro Redmi Y3 Oppo A9 Wiko Y60 dan juga Nokia 4 2 Di Malaysia sendiri pihak Samsung telah ...
Railwaymen Union Malaysia Berhentilah Cuba Sabotaj Pelan Pemulihan Ktmb Malaysiabaru Relevankahrum

Railwaymen Union Malaysia Berhentilah Cuba Sabotaj Pelan Pemulihan Ktmb Malaysiabaru Relevankahrum

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 278 hits
Railwaymen Union Malaysia satu entiti yang diketahui lantang dalam usaha usaha mensabotaj segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan melalui Kementerian Pengangkutan nampaknya kini masih meneruskan agenda jahat dan jijik mere...
International Festival Of Innovation On Green Technology 2019 19 21 April 2019 Universiti Malaysia Pahang

International Festival Of Innovation On Green Technology 2019 19 21 April 2019 Universiti Malaysia Pahang

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 387 hits
INTERNATIONAL FESTIVAL OF INNOVATION ON GREEN TECHNOLOGY 2019 19 21 APRIL 2019 UNIVERSITI MALAYSIA PAHANGTempat UNIVERSITI MALAYSIA PAHANGTarikh 19 21 APRIL 2019Butiran AktivitiIKM Johor Bahru telah menghantar 1 penyertaan di UMP Gambang ba...
Video Julang Bendera Malaysia Di Palestin Ella Suami Laksana Misi Kemanusiaan Di Bumi Bergolak

Video Julang Bendera Malaysia Di Palestin Ella Suami Laksana Misi Kemanusiaan Di Bumi Bergolak

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 417 hits
Julang bendera Malaysia di Palestin Ella suami laksana misi kemanusiaan di bumi bergolak Minggu lepas ratu rock Tanah Air Ella Aminuddin dilaporkan akan berlepas ke Syria dan Palestin pada 26 April 2019 Kehadirannya ke negara bergolak itu a...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Lost Opportunities In Labuan

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord

Yoursay Time And Patience Running Out For Anwar

Put Targeted Subsidy Plan In Place Quickly To Combat Diesel Smuggling Govt Urged

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Koleksi Video Melawat Taiping 2024

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd