Mitos Bandar Malaysia Pula Terbongkar


Oleh Ab Jalil Backer
Jika anda mengikuti perkembangan politik negara sejak tiga tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Bandar Malaysia merupakan satu daripada projek yang dikambinghitamkan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
Selain projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Bandar Malaysia adalah sebahagian mantera Pakatan Harapan bahawa BN telah melelong dan menggadaikan negara kepada China.
Bagi yang kurang jelas, Bandar Malaysia merupakan projek pembangunan baharu di atas tanah seluas 197 hektar di Sungai Besi. Tapak ini sebelumnya merupakan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuala Lumpur.
Pada permulaannya, anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengambil alih tanah ini dengan kos lebih RM3 bilion. RM400 juta dibayar tunai kepada kerajaan dan sebanyak RM2.7 bilion diperuntukan 1MDB bagi pembinaan kem TUDM yang baharu di Sendayan, Negeri Sembilan dan pemindahan aset-aset sedia ada di Sungai Besi.
Jika anda masih ingat sebelum pilihan raya lalu, bekas Menteri, Rafidah Aziz, pernah bersumpah bahawa semua tanah Angkatan Tentera Malaysia, telah dijual kepada pihak swasta semasa Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan.
Jika telah dijual kepada swasta mengapa 1MDB perlu bayar kepada kerajaan dan menanggung kos pemindahan kem ini?
Bandar Malaysia dirancang sebagai pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan pekerjaan, termasuk bagi KL Internet City yang baharu – hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia. Kawasan ini dijangka mewujudkan 200 ribu peluang pekerjaan baharu pada masa depan.
Bagi menjayakan agenda pembangunan ini, Bandar Malaysia direka letak sebagai pusat pengangkutan utama seluruh negara membabitkan Keretapi Laju Kuala Lumpur ke Singapura, laluan MRT, KTM Komuter, Airport Express Rail Link serta menghubungkan dua belas lebuh raya lain dan pusat kewangan baharu Tun Razak Exchange (TRX).
Bertentangan dengan cerita politik, pembangunan Bandar Malaysia adalah melalui bidaan sebagai rakan pemaju untuk saham berjumlah 60%. Manakala lebihan 40% ekuiti lagi dipegang oleh Kerajaan Malaysia.
Menurut CH Williams Talhar and Wong (WTW) sebanyak 12 syarikat telah menghantar cadangan untuk mengambil bahagian sebagai rakan pemaju bagi pembangunan Bandar Malaysia pada tarikh tutup bidaan, 28 Ogos 2015.
Disember 2015, Kerajaan mengumumkan pemilihan konsortium IWH-CREC Sdn Bhd sebagai rakan pemaju Bandar Malaysia. Konsortium ini merupakan usahasama syarikat Malaysia Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang mempunyai 60% saham dan China Railway Engineering Corp (CREC) sebanyak 40%.
Rafizi Ramli dengan pantas menyambutnya dalam catatan menjelang tahun baru, “Tahun 2015 adalah tahun jualan lelong harta negara. Semalam, tanah-tanah yang dulunya Kem Tentera Udara Sg Besi seluas 400 ekar di tengah-tengah Kuala Lumpur dijual lagi kepada konsortium yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China. Sebelum ini, aset strategik negara iaitu aset penjanaan elektrik juga dijual kepada syarikat milik Kerajaan China. Lelongan seterusnya ialah projek keretapi laju KL-Singapura berharga RM47 bilion. Saya jangka juga akan dianugerah kepada syarikat milik Kerajaan China. Terima kasih”
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula mendakwa kerajaan telah menjual 60 peratus tanah Bandar Malaysia kepada syarikat dari China.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ketika itu telah menafi dan memaklumkan bahawa “40% dari saham Bandar Malaysia masih dipegang kerajaan Malaysia. Daripada 60% yang kita jual kepada IWH dan China Railways, IWH memegang 36% dari jumlah 60% tersebut. Ini bermakna jika 40% dipegang Kementerian Kewangan dan 36% IWH, maka jumlah pegangan kerajaan dan rakyat Malaysia adalah 76%. Hanya 24% dipegang China Railways,”
Sudah tentu penjelasan Rahman ketika itu tidak dianggap sebagai kebenaran dan mantera kerajaan jual tanah kepada China terus berlarutan sehingga PRU14.
Namun seperti mana tidak benarnya dakwaan bahawa harga ECRL telah dinaikkan berkali ganda dari harga sebenar (lihat tulisan kolum ini pada 22 April 2019: “Mitos ECRL terbongkar”), demikian jugalah mitos kononnya tanah Bandar Malaysia sudah tergadai kepada China.
Kini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan konsortium IWH-CREC yang memenangi tender untuk membangunkan Bandar Malaysia, sebenarnya adalah sebuah syarikat Malaysia.
“Kami (pada awalnya) beranggapan ia diberikan sepenuhnya kepada syarikat China. Apabila dilakukan siasatan, syarikat yang menjalankan kerja awal bagi Bandar Malaysia sebenarnya bukan syarikat China. Disebabkan itu, kami mengubah pendirian dan kami mahu mengembalikan semula Bandar Malaysia kepada syarikat yang pertama memenangi bidaan (IWH-CREC),” kata Dr Mahathir.
Agak-agaknya apa perasaan Rafizi Ramli, Shafie Apdal dan pemimpin Pakatan Harapan yang berkempen selama bertahun-tahun menyebarkan fitnah kononnya Bandar Malaysia sudah dijual kepada China untuk membayar hutang 1MDB?
Apakah Perdana Menteri hari ini berbohong juga?
Demikianlah kebenaran memerlukan masa untuk muncul. Kata pepatah Melayu, “nasi sudah menjadi bubur”.
Sinar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/05/06/mitos-bandar-malaysia-pula-terbongkar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memperincikan Mitos Bandar Malaysia

Memperincikan Mitos Bandar Malaysia

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 353 hits
JIKA anda mengikuti perkembangan politik negara sejak tiga tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 Bandar Malaysia merupakan satu daripada projek yang dikambinghitamkan untuk menjatuhkan Barisan Nasional Selain projek Landasan Kereta Api Pant...
Kesan Besar Kepada Ekonomi Malaysia Apabila Projek Bandar Malaysia Diteruskan

Kesan Besar Kepada Ekonomi Malaysia Apabila Projek Bandar Malaysia Diteruskan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 582 hits
Kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan semula Projek Bandar Malaysia yang sebelum ini telah dihentikan pada Mei 2017 bagaimanapun akan ditambah baik khusus untuk rakyat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan tersebut...
Dengan Modal Rm1 Juta 1mdb Mampu Jana Rm140 Bilion Untuk Projek Bandar Malaysia Masih Berdosakah Lagi Ds Najib

Dengan Modal Rm1 Juta 1mdb Mampu Jana Rm140 Bilion Untuk Projek Bandar Malaysia Masih Berdosakah Lagi Ds Najib

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 646 hits
Dengan Bangga PM ke 7 kata Projek 1MDB Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion Sekarang PH bolehlah jilat ludah sendiri bila sendiri terkejut dengan kehebatan projek hasil dari 1MDB Sesungguhnya yang teraniya ialah DS Najib Kerana ini adalah ...
Salam Satu Penggal Bandar Auta Malaysia

Salam Satu Penggal Bandar Auta Malaysia

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 431 hits
Jahat betul Najib Tiba tiba Dulu percaya kata ECRL dan Bandar Malaysia diguna Najib untuk dapatkan China bayar hutang 1MDB Takkanlah tak tahu dan siasat bukan syarikat kroni Sekarang jadi kroni boleh pula Antara broker jadi penyambung kepad...
Samsung Galaxy Tab A Dengan Sokongan S Pen Kini Di Malaysia Berharga Rm1099

Samsung Galaxy Tab A Dengan Sokongan S Pen Kini Di Malaysia Berharga Rm1099

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 345 hits
Samsung pada bulan Mac lepas telah memperkenalkan salah satu tablet baru yang hadir dengan sokongan input berasaskan S Pen iaitu Galaxy Tab A Menariknya selepas sekitar sebulan lebih tablet berkenaan turut telah mula ditawarkan di Malaysia ...
Pendaki Malaysia Yang Diselamatkan Kini Kritikal

Pendaki Malaysia Yang Diselamatkan Kini Kritikal

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 311 hits
Pendaki Malaysia yang diselamatkan kini kritikal nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Apr 2019 7 53PM
Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia Giat Padam Kebakaran

Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia Giat Padam Kebakaran

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 442 hits
KUANTAN Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang akan melepaskan kira kira 56 000 hingga 87 000 liter air dari udara bagi mengawal kebakaran yang semakin marak di Sungai Ular berdekatan MCKIP 2 Gebeng bermula petang ini hingga esok Peng...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak