Memori Perkahwinan Paling Indah Wanita Diuji Dengan Pemergian Suami Selepas Dua Bulan Bernikah
Sumber Gambar Akaun Instagram Airina Roslan
Seorang wanita berkongsi satu cerita sedih menerusi akaun Intagram miliknya, Airina Roslan apabila Airina telah kehilangan suami tercinta Muhammad Amirul Ashraf selama-lamanya selepas genap 2 bulan Airina mendirikan rumah tangga bersama suaminya.
View this post on Instagram
Assalamualaikum you.. you tak sempat nak siapkan vd ni.. tapi takpe.. i tk kesah.. you pergi dulu tinggalkan i, family & kawan2 you kat sini. You saje tak kasi i balik jb sbb taknak i tgk u pergi depan i kan? I faham..... maafkan semua kesalahan i kat you ye.. halalkan semua makan minum i yg you selama ni dah bagi. Hari ini genap 2 bulan kita nikah (7th Sept 2019). Tapi perkahwinan ini akan menjadi memori i yang paling terindah. Mak i cakap “kakak dah tunaikan kewajipan dia untuk berkahwin” kata2 yang buat i kuat terima semua ni. Jangan pernah berhenti sayang i ok? I sayang you Mirul.. you lelaki yang sempurna. mintak semua sedekahkan alfatihah ye untuk arwah suami saya.. terima kasih you 💓A post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on Nov 6, 2019 at 4:09pm PSTManusia memang tak akan lari dari perasaan sedih terutamanya apabila kehilangan orang yang tersayang kan? Tapi, ajal maut dan pertemuan semuanya Allah yang tentukan. Kita perlu sabar dan tabah bila ditimpa musibah.
Airina menyatakan yang dia tetap akan menyimpan semua memori yang telah mereka lalui bersama selepas mendirikan rumah tangga. Amirul merupakan seorang lelaki yang sangat sempurna buat dirinya dan Airina juga berharap suaminya tidak akan berhenti menyintainya di sana.
Suaminya meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 pagi pada 7 November selepas pengsan ketika bermain futsal. Hari yang sama merupakan genap tarikh mereka mendirikan rumah tangga selama 2 bulan. Punca sebenar suaminya meninggal dunia masih belum diketahui.
Sumber : OHBULAN!
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/11/memori-perkahwinan-paling-indah-wanita.html