Pemandu Ambulans Antara 62 Suspek Beli Dadah Ditahan



Pemandu ambulans antara 62 suspek beli dadah ditahan
GEORGE TOWN – Penghantar makanan serta pemandu ambulans yang sedang membeli bekalan dadah antara 62 suspek yang diberkas dalam Ops Sarang sekitar daerah Timur Laut hari ini.
Operasi bermula 12 tengah malam hingga 3 petang tadi dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang serta Polis Daerah Timur Laut itu turut membawa kepada tangkapan tujuh tokan jalanan yang dikehendaki polis.
Kawasan yang digempur membabitkan parkir, stesen bas, flat, serta lokasi panas sekitar Batu Feringghi, Tanjung Tokong, Pulau Tikus, Bandar Baru Air Itam dan Sungai Nibong.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kesemua suspek itu berusia lingkungan 21 hingga 60 tahun dan mereka terdiri daripada 59 lelaki dan tiga wanita.
Rata-rata yang ditahan merupakan penagih tegar serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
“Ketika pihak polis melakukan serbuan di kawasan Batu Feringghi dan Paya Terubong berlaku pergelutan dengan suspek memandangkan ada antara mereka cuba melarikan diri namun semua cubaan itu berjaya digagalkan.
“Dalam serbuan itu, polis turut merampas 400.38 gram (g) heroin, 16.68g syabu dan 0.67g ketamin yang secara keseluruhan bernilai RM15,770,” katanya pada sidang media di IPD Timur Laut hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.
Mengulas mengenai tangkapan pemandu ambulans dan penghantar makanan, Mustafa Kamal berkata, kedua-dua suspek itu ditahan di parkir bas kilang di Paya Terubong ketika sedang membeli bekalan dadah.
“Penghantar makanan berusia 39 tahun itu dikatakan dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan singgah untuk membeli dadah manakala pemandu ambulans pula berusia 53 tahun.
“Hasil soal siasat penghantar makanan itu mengaku sudah banyak kali ditahan polis atas kesalahan memiliki serta menghisap dadah selain baru keluar penjara pada tahun 2018,” ujar beliau.
Kes disiasat membabitkan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952; Seksyen 39A (2), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Dalam perkembangan sama, Mustafa Kamal berkata, Ops Sarang dilakukan bagi menghapuskan dan membersihkan lokasi berisiko tinggi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi Program Jihad Dadah yang dilancarkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pada 18 Ogos lalu. MG
Pemandu ambulans antara 62 suspek beli dadah ditahan
Baca Artikel Menarik :
Dos penggalak COVID-19: ‘Pergi klinik, klinik tutup’, KKM perkukuh MySejahtera Anak arwah Vanessa masih di rawat Siakap kayangan, Restoren Terapung Sas Rimba tak terjejas Kerajaan gagal lucut hak barangan milik Najib, Rosmah PAS tidak boleh bermain ‘Dua Kolam’ PRN Melaka: Serangan peribadi tidak melunturkan semangat Dira untuk berkhidmat Tak terkelip tengok Nabila Huda bertinju Sebak tengok ‘baby bump’ Neelofa Mike Tyson bidas pemimpin Melayu UMNO, Bersatu dan PAS Bekas YB ‘Juara Penambak Babi’ yakin menang walaupun bertanding bebas PRN Melaka: PH suka katak, pengkhianat hawau Layari Laman Facebook MYKMU
PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

The post Pemandu ambulans antara 62 suspek beli dadah ditahan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/09/pemandu-ambulans-antara-62-suspek-beli-dadah-ditahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Antara 46 Individu Ditahan Dadah

Suami Isteri Antara 46 Individu Ditahan Dadah

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 343 hits
Suami isteri antara 46 individu ditahan dadah Sepasang suami isteri antara 46 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes berkaitan dadah dalam Ops Sarang Khas di kawasan Projek Perumahan Rakyat Larkin Johor Bahru Ketua Polis J...
Lelaki Ditahan Telan 24 Gram Dadah

Lelaki Ditahan Telan 24 Gram Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 174 hits
MELAKA 24 Okt Seorang lelaki yang menelan pelbagai jenis dadah hari ini dihukum penjara empat tahun dan sebatan enam kali oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menyembunyikan dadah seberat 26 52 gram di dalam perutnya April lalu Majistret ...
Dadah Rm4 2 Juta Dirampas Suami Isteri Dalang Utama Ditahan Jsjn

Dadah Rm4 2 Juta Dirampas Suami Isteri Dalang Utama Ditahan Jsjn

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 290 hits
Oleh Razarudin Husain menunjukkan dadah yang dirampas hasil empat serbuan baru baru ini pada sidang media di IPK Johor hari ini Gambar FB Polis Johor SEBANYAK RM4 2 juta dadah berjaya dirampas hasil empat serbuan di sekitar Johor Bahru pada...
Dua Warga Pakistan Antara 3 Ditahan Kes Rokok Seludup

Dua Warga Pakistan Antara 3 Ditahan Kes Rokok Seludup

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 211 hits
Oleh Batalion 5 Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam merampas pelbagai jenis mercun dan rokok seludup bernilai RM5 469 dalam satu operasi di Jalan Parit Haji Hashim semalam Foto PGA KLUANG Batalion 5 Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam merampa...
Ibu Beranak 7 Pun Hisap Dadah

Ibu Beranak 7 Pun Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 281 hits
Gambar ContohMELAKA 26 Okt Seorang ibu kepada dua anak antara tujuh ditahan kerana positif dadah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan negeri bersama tujuh agensi lain di Lebuh AMJ berhampiran Hotel Straits Meridian dan Simpang...
Cuba Rempuh Polis Tembak Kereta Tahan Suspek Edar Dadah

Cuba Rempuh Polis Tembak Kereta Tahan Suspek Edar Dadah

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 241 hits
Cuba rempuh polis tembak kereta tahan suspek edar dadah Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar belakang sebuah kereta yang dipandu suspek dipercayai pengedar dadah selepas cuba merempuh anggota polis dan cuba melarikan diri di Pas...
Bekas Pramugari Teman Lelaki Ditahan Miliki Dadah

Bekas Pramugari Teman Lelaki Ditahan Miliki Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 234 hits
SUNGAI PETANI 8 Mac Polis menahan seorang bekas pramugari bersama teman lelakinya kerana memiliki dadah dipercayai jenis ganja seberat 13 19 kilogram dalam serbuan di sebuah homestay di Persiaran Cinta Sayang di sini kelmarin Ketua Polis Da...
Satu Keluarga Anak Beranak Ditahan Hisap Dadah

Satu Keluarga Anak Beranak Ditahan Hisap Dadah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 208 hits
Gambar ContohTiga sekeluarga yang kononnya mengusahakan sebuah tapak semaian di Batu 9 Cheras Jalan Hulu Langat dekat sini ditahan polis kerana menjadikan lokasi pekerjaan mereka itu sebagai stor menyimpan dadah jenis heroin sejak beberapa ...
Edar Dadah Pasangan Kekasih Dari Felda Hulu Terengganu Ditahan

Edar Dadah Pasangan Kekasih Dari Felda Hulu Terengganu Ditahan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 253 hits
Sepasang kekasih ditahan kerana memiliki dan mengedar heroin di sebuah rumah di Kampung FELDA Bading di Hulu Terengganu semalam Kedua dua suspek warga tempatan itu ditahan kira kira jam 6 45 pagi dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan ole...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told