Memenuhi Keperluan Selepas Pemandulan Kucing Anda
Royal Canin Memperkenalkan Rangkaian FHN Sterilised Buat Pemilik Haiwan Peliharaan Untuk Penjagaan Lebih Baik Bagi Kucing Yang Dimandulkan..
Pemandulan haiwan peliharaan anda ternyata penting bukan sahaja untuk mengawal haiwan terbiar di kejiranan anda, tetapi juga untuk manfaat kesihatan
“Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa kucing yang dimandulkan adalah lebih sihat dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dibandingkan dengan kucing yang tidak dimandulkan,” kata Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia Dr Dylan Choy
Dr Dylan Choy, Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia
Pemilik haiwan peliharaan diseru agar memandulkan atau mensterilkan kucing mereka apabila kucing tersebut cukup umur atau atas nasihat doktor haiwan anda. Proses berkenaan membantu untuk mencegah jangkitan rahim dan ketumbuhan kelenjar mammary yang terbukti berbahaya atau boleh menyebabkan kanser bagi 90% kucing yang dijangkiti serta turut mengurangkan risiko kanser testis dan masalah prostat bagi kucing jantan
Antara fakta lain yang kurang diketahui mengenai kucing yang telah menjalani proses pemandulan adalah, disebabkan ia bebas bergerak dan kurang merayau, haiwan tersebut akan kurang terlibat dalam percakaran atau pergaduhan dengan binatang lain. Sekaligus mengurangkan risiko luka yang mungkin kemudiannya menjadi bengkak dan bernanah. Hal ini akan turut mengurangkan penyebaran penyakit lain
Antaranya adalah risiko menjangkiti feline immunodeficiency virus (FIV) yang tersebar menerusi air liur dan darah apabila kucing bergaduh dan menggigit satu sama lain. Begitu juga dengan Feline Leukaemia Virus (FeLV) yang lebih membawa maut juga mampu dijangkiti menerusi air liur atau rembesan hidung. Retrovirus berkenaan, sekiranya tidak dilawan oleh sistem imun si bulus anda boleh mengakibatkan penyakit yang membawa maut
“Keputusan untuk mensteril atau memandulkan kucing peliharaan anda sememangnya penting. Ia juga satu keperluan kerana ia ternyata meningkatkan jangka hayat si bulus di samping mengetengahkan manfaat lain termasuklah mengurangkan kemungkinan dan penyebaran jangkitan seksual, mengehadkan bilangan kucing terbiar dan tindakan zalim membuang anak kucing yang tidak diingini,” tambah Choy
Mengikuti prosedur berkenaan, pemilik kucing dinasihatkan untuk menjaga haiwan peliharaan mereka di dalam rumah selama seminggu bagi memastikan pemulihan sepenuhnya dan memantau proses pemulihan dengan lebih baik dan tahap aktiviti kucing peliharaan mereka
“Komplikasi terbesar yang mungkin timbul adalah risiko kesihatan berpunca daripada berat badan yang mungkin meningkat membabitkan kucing yang telah dimandulkan. Pertambahan pengambilan makanan kucing dalam tempoh 48 jam selepas proses pensterilan berlaku merupakan satu situasi yang normal,” tambahnya
Keperluan tenaga harian yang menurun selepas pemandulan dan kurangnya khasiat serta kawalan pemakanan yang betul boleh menyebabkan obesiti yang seterusnya berpotensi menyebabkan Si Bulus mengalami masalah lain seperti sakit sendi, isu saluran kencing dan peningkatan risiko penyakit kencing manis. Selain itu, ia juga terdedah kepada risiko isu berkaitan sistem pencernaan berikutan kekurangan aktiviti serta juga tabiat mendandan diri berlebihan yang biasanya ditemui di kalangan kucing yang tidak aktif atau hanya tinggal di dalam rumah
Adalah penting bagi kucing peliharaan yang dimandulkan untuk diberi diet khusus, dan ROYAL CANIN® FHN Sterilised – disediakan khas untuk tujuan ini iaitu mengawal berat badan kucing peliharaan
Boleh didapati dalam pembungkusan 400g, 2kg, 4kg dan 15kg, makanan kering daripada ROYAL CANIN® FHN Sterilised menyediakan pelbagai manfaat untuk kucing yang telah dimandulkan kerana ia membantu untuk mengehadkan risiko berat badan berlebihan berikutan kandungan lemaknya yang sederhana dan mengikut catuan harian yang diperlukan. Apatah lagi, ia menyokong sistem urinari yang sihat dengan menyediakan mineral seimbang dan mencukupi sekali gus mengurangkan risiko pembentukan batu karang
ROYAL CANIN® FHN Sterilised disediakan khas mengawal berat badan kucing peliharaan
Tambahan kepada senarai manfaatnya, ROYAL CANIN® FHN Sterilised disediakan dengan kandungan protein yang tinggi, antara keperluan penting untuk mengekalkan jisim otot kucing yang telah dimandulkan. Ia turut mengandungi L-Carnitine yang terlibat dalam proses metabolisme lemak
"L-Carnitine merupakan asid amino tidak penting (non-essential) dan boleh membantu mengurangkan berat badan secara sihat. Diet berkhasiat tinggi boleh menyokong penggunaan simpanan lemak untuk tenaga sambil memelihara jisim otot dan menggalakkan pengurangan berat badan,” jelasnya
Biarpun pemandulan boleh mengurangkan keperluan tenaga kucing anda dan berkemungkinan menyebabkan komplikasi obesiti serta masalah kesihatan yang lain, ia boleh dikawal dengan pemberian diet khusus. Pilihan terbaik untuk menjaga kucing peliharaan adalah dengan memberikannya makanan berkhasiat kerana ia akan memastikan haiwan berkenaan kekal sihat dan dapat mengelakkan masalah kesihatan yang mungkin menyusul
Dapatkan pek pilihan ROYAL CANIN® FHN Sterilised di kedai haiwan peliharaan Rakan Dipercayai Royal Canin (https://www.royalcanin.com/my/where-to-buy) dan Kedai Rasmi Royal Canin yang boleh didapati di Shopee (https://shopee.com.my/royalcanin.os) dan Lazada (https://www.lazada.com.my/royal-canin/). Untuk maklumat lanjut, layari https://www.royalcanin.com/my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2021/02/memenuhi-keperluan-selepas-pemandulan.html