Kit Royal Canin Untuk Penjagaan Haiwan Peliharaan Selepas Pemandulan


KUALA LUMPUR: Komplikasi terbesar yang mungkin timbul selepas haiwan kesayangan dimandulkan adalah risiko kesihatan berpunca daripada berat badan yang mungkin meningkat.
Pertambahan pengambilan makanan kucing dalam tempoh 48 jam selepas proses pensterilan berlaku adalah normal. Untuk itu, pemilik kucing dinasihatkan untuk menjaga haiwan peliharaan mereka di dalam rumah selama seminggu bagi memastikan pemulihan sepenuhnya dan memantau proses pemulihan dengan lebih baik dan tahap aktiviti kucing peliharaan mereka

Keperluan tenaga harian yang menurun selepas pemandulan dan kurangnya khasiat serta kawalan pemakanan yang betul boleh menyebabkan obesiti yang seterusnya berpotensi menyebabkan Si Bulus mengalami masalah lain seperti sakit sendi, isu saluran kencing dan peningkatan risiko penyakit kencing manis

Selain itu, ia juga terdedah kepada risiko isu berkaitan sistem pencernaan berikutan kekurangan aktiviti serta juga tabiat mendandan diri berlebihan yang biasanya ditemui dalam kalangan kucing yang tidak aktif atau hanya tinggal di dalam rumah


Justeru, adalah penting kucing peliharaan yang dimandulkan diberi diet khusus, dan Royal Canin® FHN Sterilised – disediakan khas untuk tujuan ini iaitu mengawal berat badan kucing peliharaan

Boleh didapati dalam pembungkusan 400g, 2kg, 4kg dan 15kg, makanan kering daripada Royal Canin® FHN Sterilised menyediakan pelbagai manfaat untuk kucing yang telah dimandulkan kerana ia membantu untuk mengehadkan risiko berat badan berlebihan berikutan kandungan lemaknya yang sederhana dan mengikut catuan harian yang diperlukan. Apatah lagi, ia menyokong sistem urinari yang sihat dengan menyediakan mineral seimbang dan mencukupi sekali gus mengurangkan risiko pembentukan batu karang

Tambahan kepada senarai manfaatnya, Royal Canin® FHN Sterilised disediakan dengan kandungan protein yang tinggi, antara keperluan penting untuk mengekalkan jisim otot kucing yang telah dimandulkan. Ia turut mengandungi L-Carnitine yang terlibat dalam proses metabolisme lemak

"L-Carnitine adalah asid amino tidak penting (non-essential) dan boleh membantu mengurangkan berat badan secara sihat. Diet berkhasiat tinggi boleh menyokong penggunaan simpanan lemak untuk tenaga sambil memelihara jisim otot dan menggalakkan pengurangan berat badan," katanya

Biarpun pemandulan boleh mengurangkan keperluan tenaga kucing anda dan berkemungkinan menyebabkan komplikasi obesiti serta masalah kesihatan yang lain, ia boleh dikawal dengan pemberian diet khusus. Pilihan terbaik untuk menjaga kucing peliharaan adalah dengan memberikannya makanan berkhasiat kerana ia akan memastikan haiwan berkenaan kekal sihat dan dapat mengelakkan masalah kesihatan yang mungkin menyusul

Pemandulan haiwan peliharaan adalah penting bukan sahaja untuk mengawal haiwan terbiar di kejiranan anda, tetapi juga untuk manfaat kesihatan

"Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa kucing yang dimandulkan adalah lebih sihat dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dibandingkan dengan kucing yang tidak dimandulkan," kata Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia Dr Dylan Choy

Pemilik haiwan peliharaan diminta agar memandulkan atau mensterilkan kucing mereka apabila kucing itu cukup umur atau atas nasihat doktor haiwan anda. Proses berkenaan membantu untuk mencegah jangkitan rahim dan ketumbuhan kelenjar mammary yang terbukti berbahaya atau boleh menyebabkan kanser bagi 90 peratus kucing yang dijangkiti serta turut mengurangkan risiko kanser testis dan masalah prostat bagi kucing jantan

Antara fakta lain yang kurang diketahui mengenai kucing yang telah menjalani proses pemandulan adalah, disebabkan ia bebas bergerak dan kurang merayau, haiwan tersebut akan kurang terlibat dalam percakaran atau pergaduhan dengan binatang lain. Ini sekali gus mengurangkan risiko luka yang mungkin kemudiannya menjadi bengkak dan bernanah. Hal ini akan turut mengurangkan penyebaran penyakit lain

January 16, 2021 @ 2:04pm 20210116Sumber: Royal Canin perkenal kit penjagaan haiwan selepas pemandulan di https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2021/01/776755/royal-canin-perkenal-kit-penjagaan-haiwan-selepas-pemandulan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/Interpretzz/~3/px5CmgY34A4/kit-royal-canin-untuk-penjagaan-haiwan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Didera Selepas Kematian Ibu Jadi Buruh Paksa Di Kandang Haiwan

Kanak Kanak Didera Selepas Kematian Ibu Jadi Buruh Paksa Di Kandang Haiwan

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 189 hits
Sudahlah didera seorang kanak kanak berusia 11 tahun mendakwa menjadi buruh paksa di sebuah kandang haiwan di Banting Begitulah nasib malang kanak kanak berkenaan selepas dipelihara bapa kandung dan ibu tirinya di PPR Air Panas Setapak sele...
Memenuhi Keperluan Selepas Pemandulan Kucing Anda

Memenuhi Keperluan Selepas Pemandulan Kucing Anda

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 267 hits
Royal Canin Memperkenalkan Rangkaian FHN Sterilised Buat Pemilik Haiwan Peliharaan Untuk Penjagaan Lebih Baik Bagi Kucing Yang Dimandulkan Pemandulan haiwan peliharaan anda ternyata penting bukan sahaja untuk mengawal haiwan terbiar di keji...
Selepas Salahkan Anwar Kini Mahathir Salahkan Kit Siang Pula

Selepas Salahkan Anwar Kini Mahathir Salahkan Kit Siang Pula

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 214 hits
Mahathir salahkan Anwar bila dia tak dpt jadi PM lagi sekali Terbaru dia salahkan Kit Siang juga Manusia kutuk ini tidak pernah salahkan dirinya yg sengaja letak jawatan hanya untuk sekat kemaraan Anwar Dia sedar jika dia letak jawatan dan ...
Selepas Ibu Bapa Pula Tarbiah Aiman Tino

Selepas Ibu Bapa Pula Tarbiah Aiman Tino

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 254 hits
Hebahkan Malam tadi dia ada pulang ke rumah berjumpa dengan ahli keluarga terutama ibunya Selepas itu saya tarik Aiman bawa masuk berbincang dalam kereta iyalah mungkin kalau bercakap depan adik beradik lain dia malu Saya peringatkan
Pesakit Boleh Pulang Sehari Selepas Pemindahan Lutut Sepenuhnya Di Bawah Program Baru

Pesakit Boleh Pulang Sehari Selepas Pemindahan Lutut Sepenuhnya Di Bawah Program Baru

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 227 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Para pesakit yang menjalani pemindahan lutut sepenuhnya kini boleh pulang dalam masa sehari selepas pembedahannya di bawah satu program pemulihan yang dipertingkat Buat masa ini merek
Tips Untuk Bakal Pengantin Sebelum Selepas Majlis Akad Nikah

Tips Untuk Bakal Pengantin Sebelum Selepas Majlis Akad Nikah

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 432 hits
Pertama sekali aku ucapkan terima kasih sangat kepada atas perkongsian Aku tulis kat blog supaya bila bila masa aku boleh baca balik Sumber gambar Sebelum Hari Majlis Akad Nikah 1 Simpan semua dokumen keperluan dalam satu sampul dan kemudia...
Gerai 0 Pelanggan Selama 2 Minggu Peniaga Dapat Tempahan Besar Selepas Sedekah Secawan Air Jagung

Gerai 0 Pelanggan Selama 2 Minggu Peniaga Dapat Tempahan Besar Selepas Sedekah Secawan Air Jagung

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 440 hits
Gerai 0 pelanggan selama 2 minggu peniaga dapat tempahan besar selepas sedekah secawan air jagung Dia mungkin rugi RM3 Khamis 11 Februari 2021 7 00 AMOleh IWAN SHU ASWAD SHUAIBHanif yang menjual air jagung di persimpangan lampu isyarat mend...
Apa Akan Berlaku Pada Perniagaan Anda Selepas Wabak Covid 19 Berjaya Dibendung

Apa Akan Berlaku Pada Perniagaan Anda Selepas Wabak Covid 19 Berjaya Dibendung

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 268 hits
Apa agaknya yang akan berlaku pada perniagaan saya selepas tamatnya masalah wabak covid 19 nanti Bagi yang sedang berniaga terutamanya yang terkesan dengan apa yang berlaku soalan yang sama tentu sedang The post appeared first on
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik