Membuat Cheese Cake Lebih Mudah Dengan Air Friyer Ini Resepi Nya
Air Friyer peralatan memasak yang makin menjadi kegilaan bagi suri rumah dan juga kaum lelaki samada bujang atau yang telah berkahwin.
Alat masakan yang boleh menjimatkan penggunaan minyak masak serta lebih sihat kerana penyediaan masakan menggunakan udara panas tanpa minyak.
Di samping itu, Air Friyer juga boleh digunakan untuk membuat Cake dengan begitu mudah.
Berikut dikongsi kan cara membuat Cheese Cake yang gebu untuk dijual bagi menambah pendapatan sampingan.
Alang2 dah beli whipping cream kotak besar tu kan..kerap la membuat burnt cheese cake..selalu tu susah sgt nak cari whipping cream ni..lagi pun amat mudah membakar guna Af Nakada..😊 ok resepi nya...250 gram cream cheese..1/2 cwn gula halus..3 biji telor..1/2 cwn whipping cream..2 sudu mkn tepong gandum..1 sudu kecil esen vanila..blender kan je semua tu sampai sebati n tuang kan dlm acuan n bakar sampai masak....senang kan...😊
Hanya Yang Satu 🧀Cheese kek terbako🧀
Bahan-bahan :
250g Tatura cream cheese
80g Gula Kastor
170g Whipping Cream
1 biji telur kuning sahaja
2 biji telur keseluruhannya
1 Sudu kecil Esen Vanilla
1 Sudu Tepung + secubit baking powder
🎂🍰🥧🎂🍰🥧
Cara menyediakannya :
*Tempat membakar :*
1-Lipat Aluminium foil dan letak di sekeliling bekas air fryer membentuk lingkaran.
2- Letakkan baking paper dalam lingkaran aluminium itu dan trim lebihan baking paper yang terkeluar dari bekas.
3-Panaskan (pre-heat) selama 10 minit dengan suhu 200°C
*Adunan :*
1- Putarkan cream cheese bersama gula kastor sehingga kembang.
2- Masukkan telur kuning lalu putar kembali
3-Masukkan 2 biji telur lalu putar sehingga kembang
4-Masukkan whipping cream lalu putar kembali.
5-Masukkan esen vanilla lalu putar kembali
6-Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan lalu putar sehingga sebati. Done !
7- Masukkan adunan ke dalam dalam bekas.
*Bakar dengan suhu 180°C selama 20 Minit*
*Pada 3 minit terakhir, tingkatkan suhu sebanyak 200°C*
Selamat Mencuba !
Selamat MencubaMORE feed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://adsenseephoto.blogspot.com/2020/06/membuat-cheese-cake-lebih-mudah-dengan.html