Memberi Salam Kepada Yang Dikenali Sahaja Tanda Kiamat



SOALAN:
Apakah memberi salam kepada yang dikenali sahaja termasuk di dalam tanda-tanda Kiamat?

JAWAPAN:
Memberi salam sesama Islam merupakan punca dan sebab timbulnya kasih sayang dan ia merupakan sejuzuk daripada tanda kesempurnaan iman yang akhirnya melayakkan kita masuk ke dalam syurga Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا تَدْخُـلُوا الـجَنَّةَ حتـى تُؤمِنُوا، ولا تُؤمِنُوا حتـى تَـحابُّوا أوَلا أدُلُّكُمْ علـى شَيءٍ إذا فَعَلْتُـمُوهُ تَـحَابَبْتُـمْ؟ افْشُوا السّلامَ بَـيْنَكُمْ
“Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian.” [Riwayat Muslim (81)]

Para ulama' mengatakan hukum mengucapkan salam adalah sunat yang sangat digalakkan (سنة مستحبة) dan amat dituntut oleh Rasulullah SAW walaupun di sana terdapat perintah atau arahan daripada Nabi SAW untuk kita menyebarkan dan mengucapkan salam, namun perintah tersebut bukanlah bersifat wajib. Inilah pendapat yang masyhur dalam kalangan para ulama'.

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith di dalam Musnad Imam Ahmad menceritakan berkaitan hal tersebut iaitu:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُسَلِّمَ الرَّجُلُ عَلَى الرَّجُلِ، لَا يُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِلَّا لِلْمَعْرِفَةِ
“Di antara tanda-tanda Kiamat adalah apabila seseorang itu memberi salam ke atas seseorang yang lain dan tidak diberikan salam ke atas seseorang itu melainkan kepada orang yang dikenalinya sahaja.” [Riwayat Ahmad (3848), Syeikh Syua’ai al-Arna’outh menilai hadith ini adalah hasan]

Daripada Ibn Mas’ud RA berkata, aku mendengar bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَمُرَّ الرَّجُلُ فِي الْمَسْجِدِ لَا يُصَلِّي فِيهِ رَكْعَتَيْنِ، وَأَنْ لَا يُسَلِّمَ الرَّجُلُ إِلَّا عَلَى مَنْ يَعْرِفُ
“Di antara tanda-tanda Kiamat adalah apabila seseorang itu melalui satu masjid tetapi dia tidak solat padanya walaupun dua rakaat dan tidak memberi salam ke atas seseorang yang lain melainkan kepada orang yang dikenalinya sahaja.” [Riwayat Ibn Khuzaimah (1326)]

Hadith ini menunjukkan pensyariatan memberi Islam kepada orang yang tidak dikenali bagi membuka perbualan dalam bersosial untuk menjadikan kesemua orang beriman itu bersaudara dan bukannya menjauhkan diri di antara satu sama lain. [Lihat: Fath al-Bari, 11/21]

Justeru, perkara ini bertepatan dengan hadith Nabi SAW agar kita memberikan salam bukan sahaja kepada orang yang kita kenal, bahkan kepada orang yang kita tidak kenali.

Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda apabila ditanya berkaitan Islam apakah yang terbaik:

تُطْعِمُ الطَّعَامَ، وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَعَلَى مَنْ لَمْ تَعْرِفْ
“Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan kepada orang yang kamu tidak kenal.” [Riwayat al-Bukhari (6236)]

Penutup

Kesimpulannya, hadith yang menceritakan berkaitan memberi salam hanya kepada yang dikenali sahaja termasuk di dalam tanda-tanda Kiamat adalah sahih. Selain itu, budaya memberi salam di dalam masyarakat Islam pada hari ini sudah mula hilang sedangkan ia merupakan satu sunnah yang amat disukai oleh Rasulullah SAW kerana ia mampu untuk menyatukan perpaduan umat Islam. Tambahan pula, mengucapkan salam tidak memerlukan belanja atau tenaga yang banyak kerana ia hanya cukup dengan melafazkannya di bibir dengan disertakan hati yang ikhlas. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam mengamalkan sunnah Nabi SAW serta memelihara kita daripada fitnah akhir zaman. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/memberi-salam-kepada-yang-dikenali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Tanda Ibu Bayi Meroyan

Tiada Tanda Ibu Bayi Meroyan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 339 hits
SEBELUM ini tiada apa yang pelik terjadi pada anak saudara termasuk meroyan tapi saya ada dengar dia bercakap sesuatu tidak masuk akal Sehingga saat ini saya tak pasti apa yang dia lakukan terhadap bayinya sehingga meninggal dunia kata seor...
Bulan Berkibar Di Pwtc Tanda Gencatan Senjata Umno Pas Selepas 60 Tahun

Bulan Berkibar Di Pwtc Tanda Gencatan Senjata Umno Pas Selepas 60 Tahun

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 607 hits
Bendera Umno dan PAS dipasang berselang seli dengan Jalur Gemilang di dalam Dewan Merdeka PWTC PETALING JAYA Pusat Dagangan Dunia Putra merupakan tempat keramat Umno dan Barisan Nasional sejak puluhan tahun di mana ia menjadi medan gabungan...
8 Tanda Implantasi Berhasil Boleh Tahu Anda Hamil Sebelum Keluar Tanda Kehamilan

8 Tanda Implantasi Berhasil Boleh Tahu Anda Hamil Sebelum Keluar Tanda Kehamilan

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 727 hits
Kalau anda sedang ikhtiar untuk hamil pasti anda sedia maklum mengenai tanda tanda kehamilan Tapi untuk kenalpasti tanda hamil boleh mengelirukan malah anda mungkin terlepas pandang tanda implantasi berhasil yang anda boleh ketahui lebih aw...
Sepasang Angsa Di Batik Bj Habibie Tanda Cinta Kasih Untuk Ainun

Sepasang Angsa Di Batik Bj Habibie Tanda Cinta Kasih Untuk Ainun

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 288 hits
Motif batik Rudy Habibie terdapat sejumlah gambar yakni sepasang angsa parang hingga bunga wijaya kusuma
Gabungan Punca Sebab Tanda Dan Tips Kaedah Serta Cara Merawat Demam Bayi

Gabungan Punca Sebab Tanda Dan Tips Kaedah Serta Cara Merawat Demam Bayi

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 369 hits
Berikut adalah gabungan puca sebab tanda tamda tips dan kaedah serta cara merawat demam bayi Ia digabungkan daripada beberapa blog dan laman web kesihatan Punca Sebab 1 Bayi Bintang Sebenarnya demam pada anak bukanlah suatu penyakit Demam b...
Martabat Jawi Pada Papan Tanda

Martabat Jawi Pada Papan Tanda

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 205 hits
KUANTAN Sejak dahulu lagi tulisan Jawi menjadi bahasa perantara dan pengantara penting dalam semua urusan pentadbiran adat istiadat perdagangan dan urusan seharian masyarakat Sehinggalah selepas tulisan rumi dijadikan tulisan rasmi pengguna...
Punca Dan Tanda Demam Denggi Serta Rawatan Dan Langkah Pencegahan

Punca Dan Tanda Demam Denggi Serta Rawatan Dan Langkah Pencegahan

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 960 hits
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 14 hari sebelum menunjukkan tanda tanda Pesakit mungkin ak...
Jangan Diabaikan Inilah Gejala Dan Tanda Awal Peranakan Turun

Jangan Diabaikan Inilah Gejala Dan Tanda Awal Peranakan Turun

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 299 hits
Jaringan otot ligamen juga kulit di sekitar organ vagina merupakan struktur penyokong yang kompleks untuk menjaga agar organ panggul dan jaringan tetap pada tempatnya Proses kehamilan dan persalinan yang terlalu sering bisa membuat organ pa...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025

Resipi Bihun Goreng Limau Purut Yang Sedap Pedas Wangi

Bantuan Sara Ini Desakan Daripada Presiden Ibu Tunggal