Martabat Jawi Pada Papan Tanda




KUANTAN – Sejak dahulu lagi tulisan Jawi menjadi bahasa perantara dan pengantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat, perdagangan dan urusan seharian masyarakat.
Sehinggalah selepas tulisan rumi dijadikan tulisan rasmi penggunaan tulisan Jawi semakin lama semakin dilupakan pada hari ini.
Lebih menyedihkan apabila tidak ramai generasi baru yang berkebolehan menulis dan membaca tulisan Jawi dengan baik padahal tulisan berkenaan pernah mencapai zaman kegemilangannya satu ketika dahulu.
Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata masyarakat umat Islam mahukan tulisan Jawi dipopularkan semula di papan-papan tanda supaya tulisan tersebut tidak hilang dari jiwa masyarakat Malaysia.
Mohd Faizzuldin Abdul Rashid, 35, merasakan hiba kerana masyarakat khususnya generasi baharu tidak ramai yang berkebolehan menulis dan membaca tulisan Jawi dengan baik padahal tulisan berkenaan pernah mencapai zaman kegemilangannya satu ketika dahulu.
Menurutnya, dirinya amat bersetuju dengan tindakan kerajaan Pahang menggunakan papan tanda bertulisan Jawi bagi menyemarakkan semula tulisan berkenaan sebagai budaya hidup masyarakat Islam amnya.
“Pendekatan ini sangat bagus kerana jika mereka tidak ambil pendekatan sebegini, lama-kelamaan tulisan Jawi akan luput ditelan zaman.
“Sekurang-kurangnya dapat membantu murid sekolah dan anak-anak kita menguasai tulisan Jawi daripada semasa ke semasa selain daripada buku-buku dibekalkan pihak sekolah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini hari ini.
Bagi Nor Asfa Yusuf, 27, turut memberi respon positif dengan tindakan kerajaan negeri yang meletakkan tulisan Jawi di papan nama jalan yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya juga memartabatkan tulisan Jawi.
Menurutnya, memartabatkan dan membudayakan penggunaan tulisan Jawi melalui pendekatan tersebut sebenarnya merupakan yang menyeronokkan dan bukan sekadar sebagai suatu pembelajaran.
“Sudah tiba masanya kita menyemarak dan menyuburkan tulisan Jawi yang merupakan warisan kebangsaan.
“Harus di ingat, tulisan Jawi bukanlah bersifat keagamaan tetapi medium penulisan warisan Melayu,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Dr Asmadi Abdul Rahman, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan Pahang memberi peluang dan melantik KUIPSAS sebagai pusat rujukan bagi ejaan tulisan Jawi di negeri ini.
Beliau yang juga merupakan Munsyi Dewan Jawi Negeri Pahang akan sentiasa melakukan pelbagai langkah bagi memastikan penggunaan tulisan Jawi diperkasakan di negeri ini.
“Banyak agensi kerajaan dan swasta telah merujuk kepada kita demi memastikan penggunaan tulisan Jawi yang digunakan betul mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka.
“Kita juga sedang ke arah untuk melantik seorang pegawai di setiap agensi kerajaan dan akan kita berikan kursus kepada mereka supaya mereka mudah dan terus boleh buat semakan dengan pegawai tersebut,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/47227/EDISI/Pahang/Martabat-jawi-pada-papan-tanda
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/10/martabat-jawi-pada-papan-tanda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Nunggu Oleng Ini 6 Tanda Ban Motormu Harus Diganti Segera Nggak Ada 200 Ribu Kok

Jangan Nunggu Oleng Ini 6 Tanda Ban Motormu Harus Diganti Segera Nggak Ada 200 Ribu Kok

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 239 hits
Nggak cuma kembangannya aja yang tipis ada beberapa simbol pada ban yang juga jadi indikator ban motormu sekarat
Tanda Lahir Rupanya Ketumbuhan Membesar Hingga Senget Mulut Bayi Sebulan Derita Pendarahan

Tanda Lahir Rupanya Ketumbuhan Membesar Hingga Senget Mulut Bayi Sebulan Derita Pendarahan

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 491 hits
Tiada siapa menduga kehadiran tanda lahi pada bahagian pipi kiri si kecil ini mengundang pendarahan teruk hingga memerlukan transfusi darah Menjadi impian setiap ibu dan ayah melihat anak yang dilahirkan membesar dengan sihat Tanda lahir pa...
Label Tanda Produk Muslim

Label Tanda Produk Muslim

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 447 hits
Kempen utamakan produk muslim perlu dilakukan secara lebih berfokus dan berterusan Pembeli sebenarnya tidak mendapat maklumat khusus mengenai produk muslimDari segi nama banyak produk bukan muslim menggunakan jenama yang bercirikan Melayu d...
Ketahui 5 Tanda Dalam Islam Yang Dia Adalah Jodoh Kita

Ketahui 5 Tanda Dalam Islam Yang Dia Adalah Jodoh Kita

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 536 hits
Ketahui 5 Tanda Dalam Islam Yang Dia Adalah Jodoh Kita Mungkin itu antara kata kata yang biasa kedengaran bagi mereka yang masih bujang Lebih lebih apabila usianya sudah menjangkau 30 an Sudah pasti hal tersebut sedikit menggusarkan hatinya...
Jika Ada Tanda Ini Anda Mungkin Telah Terkena Sihir Pemisah

Jika Ada Tanda Ini Anda Mungkin Telah Terkena Sihir Pemisah

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1223 hits
Jika Ada Tanda Tanda Ini Anda Mungkin Telah Terkena Sihir Pemisah Sihir pemisah atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih suami isteri atau pun ahli keluarga...
Punca Dan Tanda Demam Denggi Serta Rawatan Dan Langkah Pencegahan

Punca Dan Tanda Demam Denggi Serta Rawatan Dan Langkah Pencegahan

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 964 hits
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 14 hari sebelum menunjukkan tanda tanda Pesakit mungkin ak...
Tiada Tanda Ibu Bayi Meroyan

Tiada Tanda Ibu Bayi Meroyan

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 343 hits
SEBELUM ini tiada apa yang pelik terjadi pada anak saudara termasuk meroyan tapi saya ada dengar dia bercakap sesuatu tidak masuk akal Sehingga saat ini saya tak pasti apa yang dia lakukan terhadap bayinya sehingga meninggal dunia kata seor...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Bread High In Protein Omega 3 And Fibre In Every Low Carb Bite

Tips Elak Sinki Tersumbat Mudah Sungguh Dan Menjimatkan

Asian American Women S History Illuminate The Past


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dua Jenis Nikmat Menurut Ibnul Qayyim Nikmat Mutlak Dan Nikmat Terbatas

Gdm Diabetes Amalan Selepas Bersalin

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Bila Hati Tak Tahu Nak Cakap Apa Kita Tulis Saja

Kenapa Jam Azan 30 Juzuk Al Quran Perlukan Sijil Kdn Info Penting Sebelum Anda Membeli